Bausch + Lomb Perkenalkan Kanta Lekap Biotrue® ONEday HyperGel ™ - Blog Eyzamiel

9.9.15

Bausch + Lomb Perkenalkan Kanta Lekap Biotrue® ONEday HyperGel ™

Syarikat kesihatan mata global, Bausch + Lomb memperkenalkan inovasi bio terbaru, Biotrue® ONEday, kanta lekap pakai buang harian premium. Diinspirasikan oleh mata manusia sendiri, kanta Biotrue® ONEday diperbuat daripada HyperGel ™, satu inovasi yang menggabungkan hidrogel konvensional dengan hidgrogel silikon yang bakal menjadi bahan pakai buang harian generasi akan datang.


Diinpirasikan oleh mata manusia sendiri, kanta Biotrue® ONEday oleh Bausch + Lomb mengandungi 78% kelembapan; bersesuaian dengan kornea manusia. Permukaan luar kanta ini direka menyamai lapisan lipid air mata, yang menghalang dihidrasi kanta sambil menghantar jumlah oksigen yang sama dengan keperluan mata terbuka. Ini membolehkan mata bernafas untuk menjadikan ia selesa, sihat dan berwarna putih selama lebih 16 jam, mengatasi jenama kanta lekap paling laris di negara ini. 


Menyedari ramai pengguna kanta lekap mengalami kekeringan mata yang tidak selesa dan pandangan kabur selepas penggunaannya dalam tempoh yang lama terutama apabila menggunakan komputer, kanta lekap Biotrue® ONEday dihasilkan untuk bersesuaian dengan gaya hidup aktif penggunanya dengan keupayaan untuk mengekalkan kelembapan dan bentuk optik selepas pemakaian dalam tempoh yang lama. Optik definisi tingginya yang unik mengurangkan lingkaran cahaya dan silau selain memberikan pandangan jelas dari setiap jarak – dekat, tengah dan jauh bagi mengelak pemakainya menghadapi pandangan kabur. Sebagai kegunaan harian, pengguna tidak lagi perlu membersih dan merendamnya setiap hari, sesuai untuk mereka yang sibuk.


Sebagai tambahan, Biotrue® ONEday ditambah dengan perlindungan UV untuk melindungi mata daripada sinaran ultralembayung (UV) yang boleh menyebabkan kerosakan mata untuk jangka panjang. "Bausch + Lomb komited untuk meneruskan inovasi dalam kanta lekap dan penyelesaiannya, dan hari ini pengenalan kanta lekap Biotrue® ONEday menjadi satu lagi langkah penting untuk membantu orang ramai melihat dengan jelas,” kata Jake Kim, Pengarah Urusan Bausch + Lomb, Singapure & Malaysia.


Sempena pelancaran kanta lekap Biotrue® ONEday di pasaran Malaysia, Bausch + Lomb juga akan mengadakan kempen viral Facebook ‘Bausch + Lomb Care for Your Eyes’ mulai 11 Ogos hingga 30 September. Ia adalah ‘Senaman Mata’ mudah untuk membantu otot mata anda menjadi lebih fleksibel. Apabila anda membuat senaman mata, ia membantu untuk menguatkan otot dan meningkatkan tumpuan


Peserta boleh merakamkan versi senaman mata ‘tromboning’ mereka sendiri dan memuat naik ke halaman Facebook, #BauschAndLombMalaysia & #careforyoureyes dan mencabar tiga rakan lain untuk melakukan perkara yang sama. Setiap video yang dimuat naik sepanjang kempen dua bulan itu, Bausch + Lomb akan mendermakan sebanyak RM5 kepada Persatuan Orang Buta Malaysia (Malaysia Association for the Blind). MBA menyediakan perkhidmatan dan peluang dalam pembabitan dan integrasi dalam masyarakat selain menggalakkan pencegahan menjadi buta. 


Mengenai Bausch + Lomb
Bausch + Lomb, Valeant Pharmaceuticals International, Inc. adalah pertubuhan kesihatan mata global yang memberi fokus kepada melindungi, meningkatkan dan memulihkan penglihatan orang ramai. Teras perniagaan kami termasuklah farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta, alat pembedahan oftalmik dan instrument. Kami membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan satu daripada portfolio produk paling menyeluruh dalam industri yang boleh didapati di lebih 100 negara. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd. Adalah satu daripada 43 pejabat globalnya yang mengedarkan jenama kesihatan mata pengguna dan professional seperti Biotrue®, PureVision, SoftLens, Lacelle, Renu dan banyak lagi.

Kanta lekap Biotrue® ONEday, berharga RM 125 sekotak yang mengandungi 30 keping dan boleh didapati mulai 10 Ogos 2015 di semua kedai optikal di seluruh negara. Biotrue® Multi-Purpose Solution boleh didapati dalam pak berkembar (355mlx2) berharga RM61.50. 



2 comments:

  1. Boleh try lenses ni nanti pula.. harga pun boleh tahan

    ReplyDelete
  2. Ina.. lenses ni mmg sesuai utk orang pakai cermin mata sebab ada power..

    ReplyDelete