Baru-baru ni aku sempat hadir untuk Party Mewah oleh Magnum White Almond yang bertempat di Hilton Kuala Lumpur. First time aku jejak ke Hilton KL ni...
Sampai je sana.. aku terpegun tengok hiasan yang diaorang buat untuk Party ni.. memang ohsem... Tampak Mewah dan Elegant...
Magnum, jenama aiskrim tangan pertama amat terkenal dengan kemewahan dan keseronokan dalam setiap gigitan serta hanya diperbuat menggunakan kandungan terbaik. Terkenal sebagai pakar coklat, Magnum diperbuat daripada aiskrim vanila bak selembut sutera dan disaluti dengan coklat Belgium tebal.
Sebagai peneraju kenikmatan dalam hidup, Magnum memperkenalkan inovasi produk tebaharu - Magnum White Almond. Edisi baharu daripada Magnum ini merupakan tambahan kepada variasi aiskrim sedia ada dengan kepuasan berganda bersama salutan coklat putih serta hirisan badam yang rangup pada aiskrim vanila. Magnum White Almond memaparkan keanggunan, kelas yang tersendiri dan kepuasan serta kenikmatan mutlak.
“Di Magnum, kami tidak hanya fokus terhadap menghasilkan aiskrim yang berkualiti; malah kami juga bersemangat tinggi dalam memenuhi keinginan para pemburu keseronokan (pleasure seeker) yang mahu menikmati manisan mewah pada harga berpatutan. Malam ini merupakan parti eksklusif Sensasi Magnum in White. Magnum dengan bangganya mempersembahkan kepada anda Magnum White Almond. Lapisan coklat putih dengan hirisan badam panggang yang rangup pasti menjanjikan anda kepuasan mutlak. Edisi terbaharu ini memberi jaminan terhadap rasa yang tidak dapat dilupakan,” ujar Pengerusi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Rakesh Mohan.
Pelancaran Magnum White Almond diraikan secara unik dan luar biasa iaitu melalui penganjuran parti eksklusif dan premium. Para tetamu yang hadir turut terpesona dengan kehadiran penuh bergaya oleh pemilik-pemilik kereta berkuasa tinggi. Masing-masing kemudiannya melangkah keluar dari kenderaan dengan penuh stail dan segak.
Majlis dimulakan dengan keletah pengacara majlis, Stephanie Chai diikuti ucapan Pengerusi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Rakesh Mohan yang seterusnya merasmikan pelancaran pada hari itu. Acara diteruskan dengan pengenalan Magnum White Almond yang dipersembahkan dalam koreografi tarian di udara sehingga memukau seluruh tetamu.
Kemuncak parti Sensation in White memberikan para tetamu pengalaman premium menerusi kewujudan tiga stesen menyeronokkan. Setiap stesen melambangkan kenikmatan mutlak yang boleh ditawarkan di dalam kehidupan. Stesen santapan sensasi Magnum mempamerkan kepelbagaian manisan White Decadent, manakala stesesn kecantikan menawarkan khidmat rias kuku dan tatu yang berkonsepkan warna putih Magnum.
Akhir sekali adalah stesen Magnum White Almond yang dipenuhi tetamu yang semestinya memberikan keseronokan dan kenikmatan mutlak.
Parti hanya bermula selepas belon-belon putih yang bergantungan di siling dilepaskan dan menghujani segenap dewan sambil DJ Joey G mula menonjolkan kemahiran turntable-nya sekali gus menghidupkan kegamatan parti. Menerusi pelancaran Magnum White Almond, Magnum menyasarkan untuk meraih pengiktirafan sebagai perintis gaya hidup mewah dan premium yang tidak sekadar tertumpu sebagai mediator fesyen.
Sebelum party bermula.. kami semua bergambar dulu kat luar... Ramai jugak blogger yang dijemput...
Penat berphoto gediks kat luar.. masuk dalam sebab acara dah nak bermula... Hiasan dalam dewan lagi best.. sana sini ada Aiskrim Magnum White Almond.. Tak sabar nak try...
Selain Magnum White Almond, kat situ juga dipamerkan pelbagai jenis Aiskrim keluaran Magnum...
Di tengah-tengah ruang legar.. ada Magnum White Almond yang besar... kalau makan yang ni memang tak habis-habis.. hihihi...
Sana sini Aiskrim.. sampai tak larat plak nak makan... aku suka bila kita gigit je... rangup Almond tu terasa... sedap.. cuma aku rasa white Almond tu manis sikit untuk aku yang tak berapa suka manis ni... tapi bila Coklat Putih digabung dengan Aiskrim Vanila.. memang serasi la..
Magnum Almond White kini boleh didapati di semua Pasaraya Besar, Kedai Serbanika, Kedai Stesen Minyak dan Kedai Runcit. Aiskrim ini boleh didapati dalam pek individu pada harga runcit RM 4.50 atau pek pelbagai (3 batang aiskrim) dengan harga runcit cadangan RM 13.50.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Magnum White Almond, sila layari laman Facebook www.facebook.com/Magnum atau www.walls.com.my/magnum
bertuahnya badan dpt join even camtu dan siap da wefie dgn retis gituu..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rezeki.. x sangka jugak sebenarnya..
Delete