Mudahnya Melaksanakan Ibadah Qurban dengan EZ Qurban - Blog Eyzamiel

3.9.15

Mudahnya Melaksanakan Ibadah Qurban dengan EZ Qurban


Alhamdulillah... Tak lama je lagi kita nak Menyambut Hari Raya AidilAdha ataupun kita lebih suka sebut Hari Raya Haji sempena Umat Islam menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah... Salah satu keistimewaan AidilAdha ini adalah  Ibadah Qurban... Dan ramai jugak yang tak mahu ketinggalan untuk melaksanakan Ibadah Qurban sempena hari yang mulia ini... Ianya hanya boleh dilakukan empat hari iaitu selepas Khatib menyampaikan Khutbah AidilAdha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Ibadah Qurban sangat dituntut di dalam Islam... Dari segi bahasa , korban bermaksud dekat manakala dari segi istilah ianya bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya...

Ramai dikalangan kita yang mampu dan ingin melaksanakan Ibadah Qurban ni.. tapi tak pasti atau tak tahu cara bagaimana nak laksanakan... 

Sekarang ni dah banyak Syarikat yang uruskan ibadah Qurban ni.. dan salah satunya adalah syarikat EZ Qurban Sdn. Bhd. . Syarikat ini beroperasi di Batu Caves, Selangor dan menawarkan Ibadah Qurban secara dalam talian ataupun lebih dikenali sebagai online.

Qurban secara online ni bermaksud kita mewakilkan pihak syarikat melalui akad atau lafaz niat diatas kertas/telefon untuk menguruskan Qurban atau penyembelihan binatang bagi pihak kita.

Perlu dimaklumkan bahawa, Ibadah Qurban yang dilaksanakan oleh EZ Qurban ini dilakukan di negara-negara yang umat Islamnya amat memerlukan makanan (daif). Antara negara-negara yang terpilih ialah Kemboja , Indonesia , Thailand , Vietnam , Bangladesh dan Filipina.


Pihak EZ Qurban sentiasa memberi keutamaan dalam membantu komuniti Muslim di kawasan pedalaman dan kampung yang uzur dan tidak berkemampuan dan  tiada pembaziran makanan disana. Masyarakat di sana menggunakan setiap bahagian lembu dan kambing Qurban dengan sepenuhnya.




Jangan risau dan was-was melaksanakan Ibadah Qurban dengan EZ Qurban Sdn. Bhd. Ini adalah kerana Syarikat ini telah berpengalaman selama 7 tahun dalam melaksanakan Ibadah Qurban dan aqiqah dinegara-negara yang dinyatakan di atas. Malah, EZ Qurban juga akan memberi Sijil Penyertaan kepada penama yang membuat Ibadah Qurban atau Aqiqah.

 Macam mana nak daftar? Mudah je.. ada banyak cara.. antaranya...

1. Isi Borang Pendaftaran di Laman Web EZ Qurban... 

dan jika bermasalah untuk mengisi borang secara online... jangan risau.. anda boleh juga :

1. Whatsapp ke +60133186984
2. Emel ke ezqurban.adm@gmail.com
3. Laman Facebook EZ Qurban Sdn. Bhd

atau bole jugak walk in ke pejabat mereka di :

No. 126-1A, Jalan 3,
Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves,
Selangor.

Pembayaran boleh dibuat melalui :
Maybank: 5624 0550 5189 (EZ Qurban Sdn Bhd)
Bank Islam: 1211 3010 0292 76 (EZ Qurban Sdn Bhd)

Bila selesai dan bayaran telah dibuat, peserta akan mendapat email atau sms pengesahan dari EZ Qurban dan jangan lupa simpan slip bank in sebagai bukti pembayaran. Status penyertaan boleh disemak melaui online dengan hanya masukkan no kad pengenalan. Mudah kan?


Jika anda ingin lihat sendiri sembelihan Aqiqah dan Qurban boleh ikuti Kembara Bersama EZ Qurban semasa Hari Raya AidilAdha ini. InsyaAllah, anda boleh merasai pengalaman mengembara ke negara-negara tersebut untuk menyampaikan sumbangkan Aqiqah dan Qurban tersebut.

Maklumbalas & pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline:
03 618 619 11 / 013 238 600 0

#BlooggersMedia
#EZQurban
#QurbanAqiqah

2 comments:

  1. Thanks sharing kak... bagus info ni.. boleh bagi abang ena baca...

    ReplyDelete
  2. Assalam sis,
    nice sharing
    iols berminat ni :)

    ReplyDelete