Assalammualaikum...
Selamat Hari Raya AidilAdha uolls. Sambut kat mana? Mesti balik kampung kan? Eyza tahun ni sambut kat KL je.. Tak balik kampung pun sebab hubby kerja. Ok la.. Sambut mana-mana pun takpe. Lagipun sekarang ni dah senang, buat je video call dengan family. Tak terasa sangat beraya di perantauan walaupun sedih sikit adik beradik semua ada kat kampung.
Sebut pasal Hari Raya mesti kita fikirkan ketupat dan rendang kan? Sekarang ni dah senang sangat nak buat rendang. Semudah ABC tau. Hihihi.
Sabtu minggu lepas Eyza sempat ke Ayamas Kitchens Bloggers Party. Sape yang tak kenal Ayamas yang terkenal dengan Tagline "Lebih daripada hanya Ayam".
Kedai Ayamas baru-baru ini dah lancarkan aneka pes dan sos segera melalui jenama "Ayamas Kitchen".
Lepas ni senang la sebab pelanggan boleh ubah hidangan ayam kepada pelbagai jenis masakan melayu, dari masakan tradisional seperti rendang, kepada sajian enak kurma hingga ke hidangan Masak Merah yang memukau selera.
Pes segera ni menggunakan campuran rempah-rempah asli. Dengan slogan "Cepat,Mudah dan lazat", pes segera Ayamas Kitchen ni memudahkan pelanggan untuk masak kat rumah. Dah la dapat jimatkan masa dan duit sebab pes ni murah bebenor iaitu cuma RM 2.80 (100gm) sebungkus.
Selain dari harga yang murah, kita jugak senang nak masak guna pes ni. Cuma perlu tambah air, stok atau santan,hirisan bawang, kentang atau tomato cincang kita dah dapat hasilkan masakan ayam, daging atau makanan laut yang lazat dalam masa kurang dari 30 minit.
Sekarang ni memang ramai wanita yang bekerjaya. Mana lagi balik kerja nak jaga anak, nak masak. Kalau guna pes ni senang je. Cuma sediakan ayam, Pes Ayamas Kitchen dan bahan tambahan sikit dah pun siap hidangan mabeles untuk family.
Masa bloggers Party tu, Eyza sempat jugak tengok demo masakan gunakan Pes Ayamas Kitchen ni. Memang sekejap je dah siap rendang. Just sediakan Ayam, Pes Rendang, santan sikit dan Kerisik. Dah siap.
Hari Raya ni kalau kita malas nak blend serai, lengkuas, kunyit bagai untuk buat rendang better uolls beli je pes yang berharga RM 2.80 ni terus siap rendang uolls. Tak payah nak duduk dekat dapur sampai sejam. Hihihi.
Selain dari Pes Rendang, Ayamas Kitchen jugak ada keluarkan Pes Ayam Masak Kurma dan Ayam Masak Merah. Semua masakan ni sama macam kita masak sendiri kat rumah walaupun kita guna pes segera. Selain Pes segera ni, Ayamas Kitchen juga memperkenalkan serbuk stok ayamnya sendiri untuk menaikkan rasa hidangan.
Kami yang duduk kat situ pun jadi tak sabar nak makan bila bau makanan semua sedap-sedap.
Apa yang Eyza boleh katakan, Pes segera dari Ayamas Kitchen ni memang memudahkan kita untuk masak tak kira la kat rumah atau bila kita travel. Lepas ni kalau travel naik kereta, bawak je pes ni, bawak ayam, bawak beras dengan periuk nasi dah boleh masak sendiri. Kalau takut ayam tu busuk, kita rebus la siap-siap. Nanti just masak je semua dalam tu. Jimat pun jimat. Hihihi.
Pes segera Rendang, Kurma dan Ayam Masak Merah Ayamas Kitchen dijual dengan harga serendah RM 2.80 setiap peket (100 gm) dan boleh dibeli di semua Kedai-kedai Ayamas.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, layari www.kedaiayamas.my atau log masuk ke Kedai Ayamas - Ayamas Roasters Facebook Page.
No comments:
Post a Comment