Dashing Anytime EDT boleh dibawa ke mana sahaja - Blog Eyzamiel

4.9.17

Dashing Anytime EDT boleh dibawa ke mana sahaja

Assalammualaikum... Hai uolls...

Eyza ni jenis yang suka bau perfume lelaki. Tapi, bukanlah semua bau Eyza suka.. setakat ni Eyza memang suka kalau Hubby pakai jenama Dashing. Bau maskulin gitu.. Rasa nak cium hari-hari.. eh.. hahaha...

Hubby kerja site. Biasa la bila dah berpeluh campur dengan asap rokok, balik rumah nanti dah bau semacam. Takkan la hubby nak usung perfume sebotol 50ml pergi kerja pulak kan. Perfume pun tak elok letak dalam kereta lama-lama nanti kering.

Nasib baik la Dashing ada keluarkan Dashing Anytime EDT yang kecik comel je. First time tengok, Eyza dah suka sebab bentuk perfume ni comel sangat. Hubby boleh letak dalam poket seluar je. Bila-bila nak dia boleh sembur je.


Rekaan pek DASHING Anytime EDTyang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrickdan Ultimate Kick 

Active
• Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda. 

Cool
• Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu. 

Ultimate Kick
• Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 

 Hattrick
• Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber


DASHING Anytime EDT 18 ml dijual pada harga RM7.00 setiap satu dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.


Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.dashing.com.my

4 comments:

  1. Comel bekasnya. Senang nak selit dalam poket. Kan orang lelaki ni tak gemar bawa barang banyak-banyak kat badannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Acik.. Husband Kak Yong pun camtu. Silap2 handbag kita tempat dia sumbat barang.. Hahaha

      Delete
  2. Suka bau Dashing Hatrick tuh...wangi dia x kuat sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza pun suka Hatrick dan lagi satu cool. Bau kelakian gitu. Hahaha.

      Delete