MOTAC akan mencatat rekod di dalam Malaysia Book Of Records untuk "Longest Underwater Human Chain By Scuba Divers" di Pulau Bidong, Terengganu - Blog Eyzamiel

12.9.17

MOTAC akan mencatat rekod di dalam Malaysia Book Of Records untuk "Longest Underwater Human Chain By Scuba Divers" di Pulau Bidong, Terengganu

Eyza ni teringin sangat nak belajar Diving tapi apakan daya berenang pun x pandai. Hahaha. Hubby dah banyak kali ajar berenang, tapi masih tak pandai-pandai sebab Eyza ni jenis penakut sikit dalam air. So, Redha je la tak pandai berenang ni. Tapi keinginan nak belajar tu masih ada. Maybe Eyza kena upah Cikgu kut untuk belajar. Ye la, kalau belajar dengan husband sendiri banyak main-main je. Tak takut sebab cikgu x garang. Kalau ambik cikgu profesional mesti cepat pandai sebab cikgu garang and fikir sayang duit yang dilaburkan kalau main-main.

Mesti ada yang pelik, nape pulak la Eyza tetiba cerita pasal nak Diving bagai. Bukannya apa, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membuat percubaan untuk mencatat nama di dalam Malaysia Book Of Record untuk "Longest Underwater Human Chain By Scuba Diver". Dan yang paling buat Eyza rasa teruja bila program ini akan diketuai oleh Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan iaitu YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan datuk jugak akan bersama-sama melakukan aktiviti menyelam ni bersama Divers lain.Wah.. Hebat ni.


Respek betul la Eyza ngan Datuk Mas ni. Kalaulah Eyza boleh berenang dan menyelam, tentu Eyza pun akan ikut Datuk untuk sama-sama mencipta rekod ni.


Percubaan memecahkan rekod ni dijangka disertai oleh Penyelam-penyelam Profesional dari Malaysia dan akan disertai oleh 3 penyelam OKU. Hebatnya. Eyza rasa bangga dengan ketiga-tiga penyelam OKU ni. Kekurangan bukan penyebab untuk diaorang tidak bersama-sama mencipta rekod. Malaysia Boleh!


Pada hari tersebut, selain dari aktiviti menyelam ada juga aktiviti membersih pantai bagi memelihara keindahan alam semulajadi dari tercemar. Usaha yang sangat bagus sebab sekarang ni dah makin kurang kesedaran memelihara pantai ni dikalangan Masyarakat kita. Sekurang-kurangnya dengan aktiviti ni dapat membangkitkan semangat cintakan keindahan pantai.


Pada majlis sidang Media hari tu, Eyza sempat tengok sendiri Datuk Mas melakukan aktiviti menyelam bagi simbolik untuk acara yang akan diadakan di Pulau Bidong nanti.






Aktiviti ini akan diadakan pada 7 Okt 2017 di Pulau Bidong, Terengganu dan dijangka akan mendapat penyertaan dari 200 divers dari seluruh Malaysia. 


Best kan? So, untuk semua Divers yang ingin sertai program memecahkan rekod ni boleh mendaftar secara online di https://goo.gl/forms/Rk31mPpzhsWEn2Ep2 atau call/whatsapp no: 019-2111258 / 017-2111792

So, apa tunggu lagi? Jom kita sama-sama sokong usaha murni Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ni bagi menjaga keindahan terumbu karang yang ada di Malaysia.

4 comments:

  1. Replies
    1. Tu la Jue.. tapi apakan daya berenang pun tak pandai. Hahaha.

      Delete
  2. Hihi Huda pun jenis takut air dan tak pandai berenang 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Eyza ni nak selam kepala dalam air pun takut macam mana la nk dive.. hahahah

      Delete