Sarapan lebih lengkap dengan segelas Susu Dutch Lady PureFarm - Blog Eyzamiel

27.8.17

Sarapan lebih lengkap dengan segelas Susu Dutch Lady PureFarm

Assalammualaikum...

Sarapan apa pagi ni? Hari ni kan cuti, mesti ramai yang buat sarapan best-best kan? Eyza cuma buat Nasi Goreng je. Boleh la kan. Janji sedap. Hahahah.

Eyza ni paling suka minum susu. Kalau sarapan tak sah kalau tak ada susu dan Eyza paling suka Susu dari Dutch Lady. Dari dulu sampai sekarang Dutch Lady tetap di hati tau.


Ok.. Uolls minum susu tak pagi? Jom kita #StrongStart pagi ni dengan minum susu dari rangkaian Dutch Lady.

Apakah yang kurang dalam sarapan pagi rakyat Malaysia? Ha.. itulah yang cuba dijawab oleh Dutch Lady PureFarm, susu sedia untuk diminum no 1 di Malaysia sewaktu pelancaran kempen sarapan pagi.

Kajian menunjukkan menambah segelas susu Dutch Lady PureFarm dalam hidangan sarapan membantu memenuhi keperluan pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak.


Masa kempen sarapan pagi ni, Eyza minum 2 gelas susu Dutch Lady PureFarm ni pun dah kenyang. Maknanya kalau kita ambik susu dan makanan lain seperti Nasi Lemak atau Mee Goreng mesti kita lagi super duper kenyang. Bolehlah kita buat kerja dengan lebih semangat sebab dah cukup membekalkan tenaga, Protein, Vit A, Vit B2, Vit D dan Kalsium yang secukupnya untuk tubuh badan.


Sarapan merupakan hidangan paling penting sebab ianya merupakan makanan pertama yang kita makan selepas tempoh 8 hingga 12 jam daripada hidangan terakhir yang kita makan sebelum tidur. So, jangan skip sarapan tau. 


Kalau boleh setiap pagi kita ambik sekotak susu Dutch Lady PureFarm ni tak kisah la perisa Coklat ke, Strawberry ke.. yang penting mesti ada khasiat yang secukupnya untuk mulakan hari kita.

Rakyat Malaysia biasanya makan Nasi Lemak, Mee Goreng dan Nasi Goreng waktu sarapan tapi makanan ni tak bagi makro dan mikro nutrien yang mencukupi untuk kita memulakan hari dengan bertenaga.Untuk kita dapatkan nutrien yang cukup, setiap hidangan tu perlu dilengkapi dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm.





Susu Dutch Lady PureFarm mengandungi Nutrien berikut untuk memulakan hari yang bertenaga:

❤ PROTEIN membantu membina dan membaiki tisu otot supaya sentiasa berfungsi dengan sempurna

❤ VITAMIN A membolehkan mata berfungsi dengan sempurna dan membantu kita memberi tumpuan dan perhatian di sekolah atau dipejabat.

❤ VITAMIN B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein

❤ VITAMIN D membantu menyerap kalsium dan fosforus

❤ KALSIUM adalah penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat


Dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm kita lebih cergas untuk memulakan hari!


Eyza dengan Sari Yanti dah sarapan dengan Susu Dutch Lady PureFarm. Uolls dah ke?


Untuk maklumat lanjut boleh layari:

4 comments:

  1. Fav family jenama ni. Even susu tepungnya pun kami guna jenam Dutch Lady. Sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Acik.. Kak Yong paling suka yang Low Fat.. sekotak besar tu boleh habis dalam sehari. :)

      Delete
  2. tipu kata suka Dutch Lady..kata suka susu pisang Korea? hahahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yo la.. Kita nak susu Korea awak tak nak belikan... huhuhu..

      Delete