Eyza ni jenis yang cepat terpengaruh. Semalam tengok ramai yang dok tweet kat Twitter pasal Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan (HPPNK) terus Eyza tergoda nak pi. Dan hari ni Eyza berjaya jugak sampai kat sana.Yeay. Sebelum pukul 8.00 pagi Eyza dah sampai. Gigih kan?
Tips utk ke HPPNK:
1. Datang awal ( kalau boleh sebelum pkl 8.30 pagi) bagi elakkan jammed di pintu masuk dan mudah dapat parking yang dekat.
2.Kalau naik kenderaan awam, ada shuttle dekat Putrajaya Sentral & KTM Serdang setiap 30 minit.
3. Bawa bag troli kalau bercadang nak shopping macam-macam.
4. Kosongkan perut sebab kat sana nanti ada pelbagai jenis makanan yang kita boleh makan.
5. Tips terakhir, bawak duit banyak-banyak sebab korang akan rambang mata dan rasa nak beli semua benda kat sana.
HPPNK ni lebih kurang MAHA jugak cuma ianya takdelah sebesar MAHA tu. Kiranya ni Mini Maha tapi ada lebih dari 600 gerai dengan keluasan 80,000 meter persegi. Yang ni Eyza yakin korang boleh jelajah tanpa rasa penat tapi rasa best sebab dapat memborong macam-macam kat sana.
Dengar kata ramai jugak artis yang akan turun padang untuk majlis ni macam Aiman Tino, Elizabeth Tan, Fara Fauzana dan ramai lagi.
Bila dah sampai sini, Eyza dok fikir jugak nak mula jelajah dari mana. Jalan-jalan nampak Petting Zoo. Wow. Nampak menarik. Tapi sebelum tu, Eyza pergi tengok Ayam Ketawa dulu. Betul ke ayam tu ketawa?
Ayam Ketawa ni masa Eyza datang dia sombong tak nak ketawa. Maybe sebab Eyza tak buat lawak kut sebab tu la dia tak mau ketawa. Kalau nak tengok dia ketawa boleh tgk kat Sini
Ayam tu x mau ketawa ngan Eyza takpe la. Eyza terua bawak diri pegi Petting Zoo.Best sebab dapat peluang masuk main dengan binatang-binatang dalam ni. Comel-comel je semua.
Dah habis tengok si comel tu semua.. Eyza pergi pulak ke Khemah yang ada jual Durian uolls. Dari jauh dah bau buah durian semerbak.Teruja betul nak makan durian sebab sekarang ni dah hujung-hujung musim. Susah dah nak jumpa.
Nasib baik kat sini ada lagi. Dapat la Eyza rasa. Konsep kat sini ialah Timbang, Bayar & Makan.
Puas hati sangat. Ya Allah. Sedapnya. Isi tebal dan manis lemak-lemak gitu. Yang Eyza makan ni ialah Durian D24.
Sekejap je kami dapat habiskan 3 biji. Macam tak cukup je. Siap mintak dengan orang meja sebelah. Nasib baik diaorg sporting.. Dapat la kitaorg makan lagi..
Selain durian, kat sini ada gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.Salah satu gerai ialah gerai Juicy Bucket. Tengok macam menarik. Tak tahu nak mangga ke Dragon Fruit. Tapi bila fikir balik x payah la nak pilih, ambik je dua-dua. Senang cerita.
Dah kenyang kendurian kat sini, kami masuk dalam Dewan pulak.. Nak amik Aircond sikit. Hahahah. Ramai jugak orang yang datang. Penuh la dekat pintu masuk tu.
Masuk je nampak demo masakan.Nampak macam menarik je. Terus tunggu kat situ sampai Chef habis masak sebab nak rasa.
Agak rare sebab yang hitam tu arang tapi x rasa pahit pun. Sedap je.
Untuk mak-mak yang sukakan orkid boleh la datang rumah orkid ni. Cantik2 kaler orkid. Rasa macam nak beli, tapi kang xde tempat nak letak kat umah tu. Tak jadi la nak beli.
Dekat Booth ni, kita boleh bergambar secara percuma dan nanti diaorang akan print untuk kita simpan gambar kita tu. Selain dari tu ada juga pertandingan meneka ulas nangka yang diletakkan di sini. Mana la tu ada rezeki kan menang.
Masa Maha hari tu Eyza ada singgah gerai Bob Nenas. Hari ni pun Eyza singgah jugak sebab nak minum jus nenas yang manis tu. Sebotol cuna RM 5 je.
Kalau Eyza tak datang sini, Eyza tak tahu pun yang banyak hasil pertanian yang boleh kita komersialkan. Dekat gerai NafasCube ni, Eyza nampak Cip Cendawan (Eyza dah rasa dan memang sedap), ada Jus Kedondong dan paling best ada Sambal Belacan. Wah.. senang sangat. Dah tak payah nak tumbuk sambal belacan lagi.Bukak je pek dah boleh makan.
Selain tu, diaorang juga ada jual biji benih dan dedak ayam yang di proses dari jagung.
Gerai Mardi pulak ada Emulsi Cocos yang dibuat khusus untuk kanak-kanak. Yang ni macam Scoot Emulsion tapi dibuat dari Minyak Kelapan Dara.
Yang paling best dekat gerai Mardi ni kami dapat try Bubble yang dibuat dari Madu Kelulut. Bila kita gigit akan rasa masam-masam manis dari madu tu.
Kat sini jugak ada sate Tuna. Tahun lepas Eyza dah makan kat Maha. Tak sangka tahun ni pun ada. Terubat rindu Eyza nak makan Sate ni.
Sate Tuna ni memang sedap. Rasanya macam Ayam. Selain sate, Booth Jabatan Perikanan ni juga ada serunding Tuna dan Ketam.
Suka tak beli online? AgroBazaar pun menawarkan pembelian secara online. Ada lebih 7000 produk yang dijual di laman web ini. Agrobazaar Online ni macam platform maya yang menemukan pengilang, pembekal dan pengguna.
Orang kata kalau nak awet muda boleh lah minum air sarang burung. Eyza sempat juga rasa sup sarang burung dekat Booth Jabatan Perkhidmatan Veterinar tadi. Sedap juga sup tu. Rasa macam kuah Sizzling. Kalau nak rasa jangan lupa singgah booth diaorg ya.
Dah penat berjalan, perut rasa lapar la pulak. Eyza terus ke Empayar Makanan untuk makan.
Dekat Empayar Makanan pulak ada lebih kurang 401 jenis makanan yang dijual disini dengan 4 kategori iaitu NostalgicFood, HipsterFood, ViralliciousFood dan Foodgasm..
Eyza memang tak kuat kat Empayar Makanan ni sebab semua makanan kat sini sedap. Habis la diet macam ni.
So, uolls yang nak datang esok.. datang awal pagi supaya tak sesak dan boleh sarapan dulu dekat NafasCube. Pagi tadi pun Eyza sarapan kat sini. Sedap giler pulut kuning dengan rendang ayam.Puas hati la.
HPPNK ni dibuat di MAEPS, Serdang dan akan berlangsung sampai 1 Okt iaitu Ahad ni. Jom la datang ramai-ramai sebab banyak pameran dan makanan best ada kat sini. Kalau nak cari kerja pun boleh datang kat sini sebab Karnival Kerjaya Agro tawarkan 3,000 peluang pekerjaan oleh 40 syarikat Agromakanan.
Untuk keterangan lanjut boleh layari:
Facebook :
Instagram :
Twitter :
Jangan lupa tau. Datang beramai-ramai!
Huishhh syoknyaaaa dapat makan sedap-sedap kat sana. Acik nak pergi tapi tak ada siapa nak bawa
ReplyDeleteYa Tuhan, apa byk sgt gambar makanan ni? Sengaja tau nak kasi kita terliur, huhu
ReplyDeletedia kendurian bagai...main bunag orkid laa..huh! jeles! hahahahaha
ReplyDeletehai, nak tanya... apa nama booth yang ada orkid tu?
ReplyDeleteHai dear, I pun tak sure nama apa.. just jalan2 dalam tu jumpa je.. tapi kalau tak silap Orchid House kut..
Deletebila ada lagi ya
ReplyDelete