Annyong!
Tetiba plak nak cakap Korea kan? Eyza ni dah lama sangat teringin nak pergi Korea. Asyik tengok Blogger Sally Samsaiman travel ke sana je dan Alhamdulillah Bulan April hari tu Eyza dah pun sampai ke bumi Korea. Eyza travel ke Bumi Korea dengan Travelling Buddies. Kelebihan yang Eyza dpt pegi ngan diaorang ni ialah Pakej Murah, tourist guide kepala gila-gila dan tak terikat dengan tentatif sangat. Eyza suka jenis yang tak terikat sebab kita boleh plan mana kita nak pergi. Kalau nak ke Korea boleh la deal dengan diaorang ni.
Eyza ke Korea dengan adik Eyza. Berdua je sebab hubby tak minat pergi Korea walaupun dia hantu cerita Korea. Reason dia takut makanan Korea tak boleh masuk tekak dia. Lawak-lawak. Tapi takpe, nasib baik Hubby izinkan Eyza pegi bujang.
Eyza ke Korea naik AirAsia je. Tu pun harga jenuh jugak la nak bayo.Flight kitaorang dari KL pukul 7.35 pagi. Pukul 4 pagi Hubby hantar ke TBS dan Eyza naik bas je ke KLIA2. Sampai sana pukul 5, makan dulu pastu baru masuk balai pelepasan. Eyza tak bawak bag besar, so tak payah la nak check in bag tapi Eyza cuak jugak sebab masa tu kan AA dah ketatkan peratyran untuk bawk bag naik kabin. Nasib baik bag Eyza lepas. Tapi walaupun tak check in bag, Eyza tetap kena ke kaunter untuk verify tiket yang dah eyza buat web check in. Nasib baik boleh pegi mana-mana kaunter. Kalau kena kaunter check in bag mau pitam kat situ sebab panjang giler beratur.Patut la banyak kes tertinggal flight semata-mata nak check in bag je.
Dab masuk dalam, Eyza naik buggy dan kena jalan sikit je ke gate P4.
First time sebenarnya Eyza naik flight lama-lama. Macam2 yang eyza fikir. Adoi. Fobia tak abis-abis. Nasib baik perjalanan lancar je sepanjang 6 jam tu.
Alhamdulilah.. selepas 6jam.. sampai la kami kat bumi Korea, bangga jugak la sebab nampak screen kat bawah ni.
Keluar je dari balai ketibaan tu, Dayah dari traveling Buddies dah tunggu kat situ. Sementara Dayah pegi beli T-Money, kitaorg pegi Mart dulu cari susu pisang. Yeay. Dapat jugak merasa minum susu Pisang di Bumi Korea.
Dapat je T-Money, terus Dayah bawak kitaorang naik Subway ke Guest House. Kami menginap di Four Season House. Sampai je guest house, mandi dan lepak makan. Pastu rehat sebab esoknya banyak tempat nak pergi jalan-jalan.
Settle hari pertama. Nanti Eyza sambung lagi ye. :)
Kira-kira:
Susu Pisang - 1300 won ( RM 5.23)
Susu Strawberry - 1300 won ( RM 5.23)
Total : RM 10.46
Nak baca lagi. Nak baca lagi. Cept2 sambung tau sis 😀
ReplyDeleteEntry percutian la yang paling lama Eyza amik masa nak update sampaikan kkdg dah lupa pegi mana n buat apa. Hahaha. Doakan sis berjaya habiskan entry ni ye.
DeleteBest dpt p sana kann.nnti sharela berapa belanjawan kt sana..senang nk savingnn
ReplyDeleteInsyaAllah.. Nnt last Entry Eyza masukkan bajet..
Delete