Jalan-Jalan Makan Angin Ke Seoul, Korea (Hari Kedua) - Blog Eyzamiel

24.9.17

Jalan-Jalan Makan Angin Ke Seoul, Korea (Hari Kedua)

Annyong!

Masih lagi cerita Korea! Mood update tengah rajin ni. Hari Kedua di Bumi Korea, banyak jugak la tempat kami sempat jelajah. Kat sini kami just gunakan Subway untuk pergi ke mana-mana. Senang sikit. Tapi kat Korea ni kita kena kental sikit kalau naik Train sebab kebanyakan Stesen takde lif atau eskalator, kita kena menapak naik tangga. Kalau ada lif pun khas untuk OKU sahaja. Boleh kurang lelemak kat badan bila duduk kat sana.Asyik turun naik tangga. Tapi orang kata pengalaman ni la yang best kalau kita ke tempat orang. Bila naik pengangkutan awam, kita boleh tengok aktiviti dan gelagat orang Korea ni. 

Pagi hari kedua kami ke Gyeongbukgung Palace. Besar jugak istana ni. Boleh mengah jugak la kalau nak jalan sampai hujung. Tapi dah alang-alang pegi rugi kalau x explore semua tempat kan. Istana ni terletak betul-betul tepi jalan besar dan kami ke sini naik train aje. X jauh pun dari stesen. Jalan sikit dah jumpa Istana.


Masuk je dalam kami dipersembahkan dengan upacara pertukaran pengawal Istana. Upacara ni dibuat dengan teliti dan penuh simbolik. Untuk masuk ke sini kena beli tiket. Eyza pun tak sure berapa kena bayar sebab dah termasuk dalam pakej.


Masa Eyza ke Korea tengah musim Spring. Cantik sangat bunga2 dalam kawasan Istana ni. Tak puas tengok. Ramai jugak yang sewa baju Tradisional Korea dan bergambar dalam kawasan ni. Dah rasa macam ada kat Korea zaman maharaja dulu pulak.









Dah puas bergambar dekat kawasan Istana, kami gerak ke Itaewon sebab nak makan tengahari. Dekat kawasan Itaewon ni ada Masjid Seoul dan banyak kedai makanan Halal kat sini. 

Kami pilih untuk makan dekat Restoran Siti Sarah. Banyak jugak gambar artis yang pernah makan dekat sini.



Kami order Ayam Bakar dengan nasi. Dekat Korea ni, semua kedai makan/restoran dah sediakan air sejuk kosong. Tak perlu dah kita nak order air. Minum je air tu. Tapi bagus jugak, boleh kurangkan gula dalam badan. Patut la orang Korea ni slim-slim je. Hihihi. Satu set Nasi Ayam Bakar berharga 10,000.00 won lebih kurang RM 40.20 duit kita (mengikut kadar kami tukar duit waktu itu). Nasib baik la duit makan pun dah termasuk sekali dalam pakej. So, kami makan saja. Tapi walaupun harga mahal tapi portion makanan kat sini besar. Tak larat nak habiskan. Siap boleh tapau ayam separuh lagi bawak balik untuk makan malam pulak.


Dekat sini jugak ada pakistan jual Aiskrim yang macam kat Istanbul tu. Eyza beli tapi lama nau dia main2. Kalau orang tak sabar boleh blah macam tu je. Ni videonya kat Instagram




Dah kenyang, kami terus naik train untuk ke EWHA WOMANS UNIVERSITY. Ni jugak salah satu location popular untuk penggambaran Running Man.



Dekat Korea ni walaupun sejuk tapi bahang matahari memamg direct ke muka. Boleh jadi Sunburn, tapi Eyza ok je sebab Eyza pakai BB Cream Seqybeauty sepanjang kat sana. So, memang tak ada masalah sangat. Sorry la ni bukan promote tau, tapi lebih kepada sesi sharing. Hihihi.


Sekitar Universiti ni pun pemandangan cantik sangat. Boleh buat tempat photoshoot. Tak puas berjalan kat sini je.


Dari stesen train nak ke EHWA Universiti tu ada deretan kedai-kedai yang jual pebagai barangan dengan harga yang murah. Kiranya ni macam Kenanga yang lama tu. Yang lot kedai satu-satu. Ha.. kat sini konsepnya begitu. Kalau ikutkan harga semua kat sini murah. Tapi disebabkan rate yang kitaorang dapat waktu tukar duit kat Malaysia agak tinggi, kira barang kat sini takdelah murah sangat. 


 Eyza nak tergelak pun ada baca signboard kat bawah ni. Kalau kita kat Malaysia, takkan ada kedai yang akan letak nama Babi. Tapi lain kat Korea ni, maybe maksudnya berbeza. Tapi jangan salah paham, kedai ni x jual babi cuma jual stokin yang pelbagai kaler dan kiut. Kat Korea ni, stokin kiut ni antara barangan yang orang akan beli untuk buat buah tangan. Eyza pun ada la terjebak beli beberapa pasang. Tu pun rambang mata nak pilih sebab semua kiut.





Habis shopping kat situ, kami sambung shopping lagi kat Namdaemun pulak. Kat sini ianya macam konsep pasar. Harga barangan kat sini murah sampaikan shopping macam-macam tanpa rasa bersalah.

Dekat sini Eyza beli TShirt murah sangat-sangat. 3 Tshirt x kira kaler dan saiz cuma 10,000.00 won. Tempat lain semua sehelai je dah 10,000.00 won. Memang berbaloi sangat. Kat sini jugak Eyza shopping souvenir, Aloe Vera Mask dan makan makanan best-best.


Eyza dapat merasa fish cake dan sotong kurita. Sotong tu dia dah potong kecik-kecik, bakar dan letak sos sama ada nak pedas ataupun tak. Kalau x silap secucuk fish cake cuma 500 won dan sotong pulak mahal sikit iaitu 3000 won.


Selain dua makanan tu, Eyza juga sempat rasa ManjooHana. Rasanya sebiji macam bahulu kita cuma ianya kecik-kecik comel.


Sebelum balik rumah, beli jugak Toppoki dan nasi untuk makan malam.


Nasi kat Korea ni dijual di Mart. Kita just balik panaskan aja. Ayam tengahari tadi tu ada lagi, so untuk malam kami cuma panaskan nasi dan makan dengan ayam tu. Settle.


Settle dah hari kedua kami kat Bumi Korea. Kang ada mood rajin, Eyza update aktiviti hari ke 3 pulak ye. 

Tunggu tau...

Kira - kira :
Susu Pisang - 3900 won ( RM 15.68)
Aiskrim Turki - 3000 won ( RM 12.06)
T-shirt - 30,000 won ( RM 120.60)
Stokin - 8000 won ( RM 32.16)
Aloe Vera - 4400 won ( RM 17.69)
Chop Stick - 6000 won ( RM 24,12)
Pengepit Kuku - 7000 won ( RM 28.14)
Manju - 2000 won (RM 8.04)

Total : RM 258.49

Entry Korea yang Lain:


4 comments:

  1. rasa nak pegi lagi bila nampak gambar sis di korea nii.....besttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ar.. Eyza pun rasa nak pegi lagi..Hihihi

      Delete
  2. mahal gak makan kat sana tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal.. Maybe rate masa Eyza dapat pun agak mahal tu yg sekali makan cecah RM40.00

      Delete