Shopplus Memperkenalkan Sistem On-The-Go Pertama di Malaysia - Blog Eyzamiel

9.8.17

Shopplus Memperkenalkan Sistem On-The-Go Pertama di Malaysia

Hai uolls.. Sape kat sini suka shopping online? Mesti ramai yang suka kan? Eyza lagi la suka. Jimat masa dan tenaga. Klik je dekat pc atau handphone, buat payment..pastu tunggu je barang sampai dekat rumah.. senang kan?..

Semalam Eyza sempat ke Pelancaran satu website shopping yang baru iaitu Shopplus. Seorang Eyza dan website shopping memang tak dapat dipisahkan. Boleh kata semua website shopping Eyza ada akaun. Hahaha.


Pelancaran ini berlangsung di Aloft Kuala Lumpur dan disaksikan oleh YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan  Menteri Industri & Perdagangan Antarabangsa.


Shopplus secara rasminya telah melancarkan ruang runcit digital mereka yang akan bagi kita pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada rakyat Malaysia untuk memperolehi produk Taiwan dengan masa yang singkat dan berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada pasaran e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia.


Shopplus adalah inisiatif yang didorong oleh Malaysia dan disokong oleh Kumpulan teknikal Taiwan yang menyediakan platform membeli belah, berkongsi dan memperolehi wang tunai serta merta bila kita membeli belah daripada sistem tersebut. Best kan? Selalu bila kita shopping asyik duit kita je abis.. xde pun dapat pulangan wang tunai balik. Hahaha...

Setakat ni, Shopplus mempunyai salah satu rebat bonus tertinggi yang menawarkan pulangan 3 kali ganda dengan usaha mudah perkongsian dan membeli belah.

Sistem ni sebenarnya dari Taiwan dan dibawa masuk ke Malaysia di mana pengguna boleh menjadi sebahagian daripada e-Dagang tanpa melabur sejumlah besar masa dan wang.

Caranya senang je.. kita cuma perlu berkongsi laman web ni dan pihak Shopplus yang akan menguruskan penyimpanan stok, pemasaran, pembungkusan dan penghantaran untuk pelanggan.

Eyza sempat jugak ushar web Shopplus ni.. wah.. tengok macam best je.. sebab ada macam-macam barangan yang ditawarkan dekat sini.


Shopplus mempunyai 6 kategori utama untuk kita shopping iaitu:
1. Fesyen
2. Barangan Digital & Elektronik
3. Barangan Rumah & Hiasan
4. Sukan & Riadah
5. Bayi & Kanak-kanak
6. Automotif

Wah.. menarik kan? Dengar kata pihak Shopplus akan bawak masuk banyak lagi jenama bagi menampung permintaan rakyat Malaysia.

Ni antara barangan yang dijual di Shopplus.. Macam-macam ada. Eyza pun dah rambang mata. Dah plan dah nak shopping apa kat sini.


Kalau uolls nak tau apa lagi yang best kat sini, jangan lupa terjah je Website Shopplus. Ada pelbagai tawaran yang menarik untuk kita shopping online.

Untuk mendapat tawaran menarik, diskaun dan ganjaran membeli belah dan pulangan tunai, boleh lawati laman web rasmi, www.shopplus.com.my , atau 'Like' Shopplus di Facebook, www.facebook.com/shopplus.my. Untuk maklumat lanjut mengenai Shopplus, sila hubungi 03-61433212 atau email ke service@shopplus.com.my.


1 comment:

  1. Perghhh makin banyak Online Shopping sekarang. Ni buat acik rambang mata nak membeli belah. Fuhhh!

    ReplyDelete