Assalammualaikum..
Hai uolls.. Sape ada masalah macam Eyza? Eyza dengan member-member opis mesti akan susah hati bila dah nak dekat lunch sebab mesti soalan nak makan apa dan nak makan kat mana akan keluar. Susah hati sebab tu soalan paling susah nak jawab. Hahaha.
Geng lunch Eyza ni pulak.. ada yang makan ikan tapi tak makan ayam dan ada yang makan ayam tapi tak makan ikan.. Susah jugak dok pikir tempat makan yang menepati selera semua orang.
Tapi...Eyza rasa dah jumpa tempat yang best untuk Eyza lepak dengan member-member opis. Eyza dah try makan 2 hari lepas dan Eyza tau makanan kat sini mesti menepati selera ramai orang.
Eyza mula-mula macam tak percaya je ada Semi Buffet Lunch dekat hotel yang berharga RM 38nett seorang tanpa ada caj lain tau. Uolls bayar je RM 38 dan boleh makan lunch sampai kenyang dan puas hati.
Bestnya..Betul uolls. Ada hotel yang tawarkan lunch Semi Buffet Murah ni.Fabulous Merdeka Lunch ni dibuat sempena Bulan Kemerdekaan Negara kita.Dah la Vivatel ni tak jauh dari ofis Eyza. Boleh la selalu makan kat sini sebab promosi ni bukan sampai 31 Ogos je tapi Chef baik hati panjangkan tempoh promosi sampai 16 September 2017. Banyak masa lagi kita nak pergi makan. Sempat la nak tunggu gaji nanti. Hihihi.
Ok.. dari tadi dok bebel tak jugak Eyza cerita menu kan? Ok..ok.. sabo ye...jom kita tengok menu apa yang best dalam Semi Buffet ni.
Ada tak penggemar Ikan Siakap atau Ayam Kampung? Macam Eyza, dua-dua Eyza suka. Tapi kalau disuruh buat pilihan, Eyza akan pilih Ayam Kampung.
Dalam Semi Buffet ni ada pelbagai jenis makanan tapi hidangan utamanya kita boleh pilih sama ada nak ikan siakap atau Ayam Kampung. Kalau Ikan Siakap kita akan dapat seekor dan kalau Ayam Kampung kita akan dapat setengah ekor. Kedua-dua lauk ni akan digoreng garing dan dicicah dengan 3 jenis pencicah.
Ikan siakap yang dihidangkan bukan kecik tau.. tapi besar sampai terkeluar dari pinggan. Memang puas hati la.. Kalau Eyza rasanya tak habis makan sorang ni sampaikan kawan Eyza cakap lain kali kalau makan ikan siakap kat sini kena bawak tupperware kalau tak rugi. Hihihi.
Disebabkan ikan siakap besar sangat, Eyza pilih Ayam Kampung. Wow. Memang pilihan Eyza tepat sangat. Ayam kampung sedap. Digoreng garing diluar, isi dalam lembut dan cukup rasa garam kunyit semua. Rasa macam tak cukup. Kalau nak minta lagi pun boleh, cuma add RM 12.00 je.
Makanan kat sini kebanyakkannya konsep masak bila kita pesan. So, kita nak makan pun best sebab panas lagi.
Ni bukti Ikan Siakap ni besar sampai terlebih dari pinggan. Ikan siakap ni pun digoreng garing. Krup krap krup krap bila kita makan. Langsung tak ada bau hanyir.
Ni la 3 jenis sos pencicah dan yang paling Eyza suka ialah sambal kicap. Terangkat.
Ok.. kita dah tgk main course kan? Jom tengok menu apa lagi yang ada dalam Semi Buffet ni.
Nasi Putih
-biasa la tu kan. Kalau ada lauk mesti ada nasi putih. Barulah best makan dengan ikan siakap atau ayam kampung.
Kuah pulak pihak hotel sediakan Masak Lemak dan Kari. Eyza suka kuah masak lemak dan hubby pulak suka kari. Maknanya dua-dua memang sedap. Kena pulak dengan kombinasi nasi putih dan lauk panas-panas.
Makan pulak dengan ulam-ulam dan sambal belacan. Rasanya memang tak sedar makan bertambah-tambah.
Kalau tak nak makan nasi pun boleh. Ada seleksi pilihan sama ada nak pilih pasta atau mee rebus. Untuk dua hidangan ni pun konsepnya kita pilih apa yg kita nak letak dan bagi pada Chef. Nanti chef akan masakkan untuk kita makan panas-panas.
Kalau nak diet pun jangan risau. Ratah je lauk dengan makan salad sayur. Wah.. Puas hati sangat kan. Ada jugak makanan untuk orang diet.
Selain tu, ada disediakan Soup Of The Day, Desert dan buah-buahan.
Memang berbaloi kan? Dengan hanya RM 38nett dapat makan macam-macam. Kalau makan dekat kedai tomyam, RM 38 tu cuma dapat ikan siakap je seekor. Hihihi.
Semua makanan ni akan ditukar-tukar menunya. Ye la, kalau sama je kita pun boring. Tapi bukanlah tukar yang ketara, contohnya soup of the day hr ni Mushroom soup, esok tukar pulak Chicken Creamy Soup.. Ha. Gitulah konsepnya.
Tempoh Promosi
Promosi untuk Fabulous Merdeka Semi-Buffet Lunch ni hanya ada pada hari bekerja sahaja dan mula dari pukul 12.30 tghr hingga 3 petang.Ianya bermula sekarang hingga 16 September 2017.
Dan sempena hari Kemerdekaan yang ke 60 ni, Vivatel Kuala Lumpur juga ada Merdeka Day Hi-Tea.Untuk Hi-Tea ianya dibuka dari pukul 12.30 tengahari hingga 4 petang.
Ada pelbagai pilihan makanan yang best dan harga ialah RM 58.00 nett per adult dan RM 22.00 nett per child and senior citizens.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh layari:
Atau
Call : (603) 92058888
Atau
Email : retro@vivatel.com.my
alamakkk sedapnyaaa
ReplyDeleteAyam Kampung kat sini sedap Jue. :)
DeleteSedapnyaa kalau macam ni. Makan panas-panas baru sedap. Terliur tengok, aihhhh
ReplyDeleteKan.. makan panas-panas dengan sambal belacan boleh bertambah-tambah ni. :)
Delete