Assalammualaikum...
Hai uolls... Dah makan ke Spicy Korean Burger dari Mc'Donalds? Dah lama Eyza dok tengok je orang makan, Jumaat hari tu Eyza try la beli. Nak jugak cuba kan?
Eyza ambik set tapi Eyza tukar ambik fries Mc'D yang biasa tu sebab membe kata fries set tu x sedap. Disebabkan Eyza tak minum air gas, so Eyza tukar air milo. Satu set medium ni RM 17.00. Boleh tahan jugak harganya. Hihihi.
Roti burger ni kaler hitam. Mula-mula bukak kotak pun Eyza dah teruja sebab nampak sayur banyak.
Pendapat Eyza:
- Eyza dah jatuh cinta dengan Burger ni. Rasa sedap pastu pedas dari Kimchi tu pun terasa. Nak lagi kick Eyza tambah sos cili lagi sedap terangkat. Roti lembut, daging dan kimchi pun sedap. Memang kena dengan selera Eyza la kombinasi ni. Nanti Eyza nak repeat lagi la. Puas hati.
Burger dia sedap ! Moi pun suka. Fries dia tak sedap langsung. Macam kerepek.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesinggah pagi isnin...
hari ni nak try tapi ade kimchi..xjadi...kita x makan kimchi..