Enchanteur Stunning menyerlahkan keanggunan si pemakai - Blog Eyzamiel

15.8.17

Enchanteur Stunning menyerlahkan keanggunan si pemakai

Assalammualaikum...

Hai uolls.. Suka ke dengan wangian? Mesti la suka kan? Tambah2 kalau produk dari Enchanteur. Minggu lepas Eyza dapat satu parcel ni. Surprise la juga kan ingat sape la yang admire kat Eyza. Tapi bila tengok pengirim, terus Eyza tau sape yang bagi. Makin berbunga-bunga la hati ni.

Bukak je plastik parcel tu Eyza nampak satu kotak baldu yang cantik. Ekslusif plak tu. Wah.. Enchanteur ada wangian baru la. Wangian yang diberi nama Stunning ni betul-betul memikat hati Eyza sebab dari luar kotak je dah bau wangi. Belum buka satu persatu lagi.


Bak kata Penyajak, C.Joybell C :
"Penampilan tidak akan sempurna tanpa Wangian"

Macam tu la jugak kita. Cuba kalau kita busuk sape nak kawan kan? Sebab tu la wangian antara yang terpenting juga selain penampilan yang menarik.

Untuk koleksi Stunning ni ada 5 variasi barang iaitu Deo Roll-on, Perfume Deo Mist, Bedak, Body Lotion dan Perfume Eau De Toilet. Lengkap dah semua dalam satu koleksi je.


Buka je kotak tu hati Eyza dah berbunga-bunga sebab dah la kaler cantik. Bau pun best. Sesuai dengan usia Eyza yang semakin matang ni.

Wangian ni adalah hasil gabungan Turkish Rose dan Magnolia dan telah dipertingkatkan dengan Blackcurrent Bud dan Rasberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood.

Deo Roll On
-Didatangkan dalam 3 jenis iaitu Roll, Stick dan semburan. Jenis semburan seperti gambar kat bawah ni.

Harga dari RM 4.90 - RM 8.40

Perfume Deo Mist 
- Lebih kurang je dengan Deo Roll On cuma ni jenis semburan.

Harga sama seperti di atas.

Bedak
- Eyza suka bedak ni sebab bau wangi. Lepas mandi dah jadi acara wajib pakai bedak ni kat badan. Hihihi. Saje nak wangi-wangi sebelum tido.

Harga dari RM 4.40 - RM 11.80

Body Lotion
- Ni pun salah satu kegemaran Eyza jugak. Sebelum tido mesti nak kena sapu lotion supaya esok pagi bangun kulit moist je.

Harga dari RM 5.40 - RM 17.60

Perfume Eau De Toilette
- Ha.. mesti ramai yang suka dengan bentuk botol perfume ni kan? Bukan je botol cantik, wangian pun memang Stunning.

Harga RM 28.20 untuk 50 ml

Ha...Bestkan set ni. Eyza suka betul. Sekarang ni hati-hari pergi kerja nak pakai. Wangi sangat.

Semua barangan Enchanteur boleh dibeli di Pasaraya, Pasaraya Besar dan kedai runcit yang berdekatan tempat uolls.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:

10 comments:

  1. Sekali satu set haa dapat. bestnyaa.

    ReplyDelete
  2. kemain kotak dia bertingkek tingkek hehee

    wangi lah kak, semerbak satu bilik wangi yek? hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Satu bilik Wangi. Paling best, lepas mandi pakai bedak dia. rasa fresh je :)

      Delete
  3. ramai blogger yg dpt ni. best kan. hehe . btw busyra mmg pengguna Enchanteur. sbb bau dia tu. busyra suka yg wrna purple

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza dulu suka Charming. Sekarang macam suka Stunning ni je. :)

      Delete
  4. Acik suka bauan dari jenama ni sebab wangi sangattt. Mak acik pun suka, terutama bedaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Kak Yong pun paling suka bedak.. rasa fresh je pakai lepas mandi

      Delete
  5. Memang wangi kannn Enchanteur Stunning ni..!! Nina pun suka.
    Cantik lak tuu Botol dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Botol cantik..kotak pun best.. Boleh simpan macam2.

      Delete