Jatuh Cinta dengan Imaan Suci Cleansing Wipes - Blog Eyzamiel

6.8.16

Jatuh Cinta dengan Imaan Suci Cleansing Wipes

Wanita dan mekap memang susah dipisahkan... Kalau pun tak suka mekap, at least kita akan pakai bedak supaya muka tak pucat sangat..

Eyza ni boleh dikategorikan suka mekap. Kalau datang mood rajin, siap tepek eyeliner bagai. Part paling susah nak tanggal dah tentu la eyeliner, maskara dan lipstik. Kalau cuci dengan air je, nanti habis bawah mata jadi hitam.

Sebelum ni, eyza akan bawa pencuci muka kalau keluar sebab nanti mudah bila nak cuci muka untuk ambik wuduk.. Takpun tisu basah. Tapi, kalau bawak pencuci muka agak menyusahkan sebab dah la semak dalam bag. Kekadang tumpah plak. Adoi. Kalau bawak tisu basah pulak, memang la ia boleh buang mekap. Tapi tak berapa bersih. Kekadang rasa muka cam gatal2 sikit.


Baru-baru ni Eyza ada cuba Imaan Suci Cleansing Wipes. Eyza suka sangat. Bau wangi dah tu muka jadi segar je lepas guna.

Saiz pun kecik je, senang masukkan dalam handbag. Dah la ringan. 


Ni pulak antara pengguna yang puas hati dengan cleansing wipes ni. 



Eyza yang dah pakai ni pun rasa puas hati sangat. Pasni gi mana-mana memang akan sentiasa bawak Imaan Suci Cleansing Wipes ni. Mudah.




Habis semua mekap tanggal.


Imaan Suci Wipes ni ada banyak kelebihan. Antaranya:
-Suci Tanpa Alkohol
-Pembuang Solekan Waterproof
-Mudah membersihkan mekap yang tebal
-Fungsi 2+1 (membersih & menyegar)
-Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yng sensitif
-Senang dibawa


Kalau berminat boleh contact/whatsapp adik comel kita ni.
Zira - 0193922261

1 comment:

  1. Memang best! Ena suka wipe yang ni.. tak melekit pun muka lepas guna

    ReplyDelete