Pejam celik pejam celik dah masuk Bulan Ogos. Bulan Ogos sinonim dengan Bulan Kemerdekaan bagi kita di Malaysia ni.
Meraikan Ogos sebagai bulan yang penuh cinta, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad ( "Yeo's"), syarikat peneraju minuman dan makanan yang terkenal telah melancarkan Kempen Yeo's 'I Love Malaysia' musim kedua yang berlangsung dari 28 Julai hingga 15 Oktober 2016.
Majlis Perasmian ini juga telah dimeriahkan dengan kehadiran duta Yeo's Yeogurt iaitu Akim Ahmad dan isteri tercinta Stacy Anam. Kempen ini bertujuan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mengikuti #RentakBahagia Malaysia sempena perayaan 59 tahun kemerdekaan.
Sempena kempen 'Yeo's I Love Malaysia' musim kedua ni dan bulan Kemerdekaan, Yeo's bakal mengadakan jelajah di Pusat membeli-belah terkemuka seluruh Malaysia.Pelbagai aktiviti disediakan bagi memeriahkan bulan Kemerdekaan ini dan mengamit keutuhan warga Malaysia yang berjiwa patriotik.
Pasangan romantis ini dipilih sebagai duta Yeo's Yeogurt dan turut bekerjasama utk menjayakan kempen ini.Ianya bersesuaian dengan kehidupan mereka yang bahagia melalui perkahwinan antara dua kaum dan budaya serta latarbelakang yang berbeza.
Akim dan Stacy akan berada di lokasi-lokasi berikut utk kempen ini:
East Coast Mall, Kuantan (28-31 Julai 2016)
1Borneo, Kota Kinabalu (19-21 Ogos 2016)
Setia City Mall, Selangor (1-4 Sept 2016)
Queensbay Mall, Pulau Pinang (29 Sept - 2 Okt 2016)
Plaza Merdeka, Kuching (7-9 Okt 2016)
Dan sempena kempen ini, Yeo's telah melancarkan Cabaran Instagran #RentakBahagia, bawa pasangan ke Korea bermula 28 Julai 2016 hingga 15 Oktober 2016 dengan misi mengumpulkan 10,000 foto dan video berkisarkan kecintaan kepada yang tersayang.
Cabaran ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dengan hanya mengikuti langkah-langkah berikut:
#RentakBahagia Foto
1. Ambil foto yang berkonsepkan 'cinta', contohnya - foto keluarga, kawan karib dan sebagainya.
2.Muat naik foto tersebut ke laman instagram masing-masing.
3.Gunakan hashtag #RentakBahagia bersama #YeosYeogurt. Hashtag tambahan dibenarkan.
4.Tag 5 orang rakan dan cabar diaorg sebarkan rasa cinta.
Kalau nak buat video pun boleh.
#RentakBahagia Video
1.Rekod video durasi 30 saat hingga 1 minit berdasarkan lagu #RentakBahagia Akim dan Stacy. Nyanyian dan tarian adalah dibenarkan.
(*Lagu boleh didapati di laman Youtube Yeo's Malaysia pada 20 Ogos 2016)
2.Muat turun video ke laman instagram masing-masing.
3.Gunakan hashtag #RentakBahagia bersama #Yeosyeogurt, hashtag tambahan dibenarkan.
4. Tag 5 orang rakan dan cabar diaorang sebarkan rasa cinta ini.
Pastikan laman instagram masing2 'public' ye!
Hadiah yang ditawarkan pun lumayan tau. Tiga pemenang Utama akan menerima tiket percutian ke Korea bersama pasangan, manakala 11 hadiah saguhati akan ke Taman Tema seperti Sunway Lagoon, Legoland dan sebagainya bersama keluarga tercinta.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman sesawang Yeo's www.yeos.com.my
Atau
Boleh berhubung terus dengan Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 1300-80-2828
wahhhh! syok ni...Sally nak join la...moga-moga ingat!
ReplyDelete