Masa mula-mula kat Malaysia ni pemes ngan Churros, Eyza sanggup cari merata tempat jual makanan ni. Lama jugak la dok cari baru jumpa dekat CM. Tapi kat situ, dia buat Churros kosong tapi ada pencicah coklat dan karamel. Eyza pilih coklat. Rasa? Agak tak menepati selera Eyza. Dah la mahal. Sejak dari tu rasa malas nak makan Churros lagi. Takut dapat yang tak sedap.
Tapi kan.. Persepsi Eyza tentang Churros terus berubah bila Eyza try Churros dekat Street Churros yang terletak di Ground Floor, IOI Mall Putrajaya. Street Churros ni memang famous dekat Korea. Ni adalah outlet pertama kat Malaysia. Eyza rasa bertuah pulak sebab menjadi antara orang terawal yang dapat rasa.
Eyza suka tengok susun atur dalam kedai. Dah la tu, setiap staff pakai uniform yang cantik dan kemas.
Kita boleh take away atau makan kat sini. Kalau nak makan kat sini, mereka ada sediakan meja ala-ala bar. Boleh makan sambil chit chat dengan member-member.
Eyza suka ketiga-tiga air ni. Milk Tea Latte, Green Tea Latte dan Cocoa Latte.
Untuk penggemar air panas, jangan risau tau sebab mereka juga ada sediakan air panas.
Eyza siap order 2 air. Satu Green Tea Latte dan satu lagi Passion fruit. Kedua-duanya ada rasa berbeza dan sedap. Kalau nak tau rasa macam mana kena cuba la.
Kat sini setiap Churros dihidangkan panas-panas. Customer order baru diaorang akan masak. Memang sedap. Dah la rangup di luar lembut di dalam. Tengah taip ni pun rasa terliur. Uwaa...Nak Churros lagi.
Ada 3 jenis Churros yang dijual di Street Churros ni.
1. Original Churros
~ Ianya Unik sebab bentuk Churros ni macam bentuk U tapi versi cantum. Ada 3 jenis perisa iaitu Cinnamon, Cheese dan Chocolate. Tiga-tiga sedap. Tapi yang paling Eyza suka dan Win di tekak Eyza ialah Perisa Cinnamon. Sedap Weh. Dah la rangup di luar lembut di dalam. Buat Eyza rasa tak cukup satu tau. Harga pun murah je. 1 cuma berharga RM 4.90.
2. Filling-Chu
~ Churros yang ni unik sikit sebab dalam Churros ada perisa. Kita boleh pilih sama ada nak filling coklat, Cream Cheese atau blueberry. Yang ni pulak berharga RM 7.90
Kredit : Emi
3. Ah-Chu
~ Yang ni adalah gabungan Churros dan Aiskrim serta dihiasi dengan topping. Kita boleh pilih salah satu dari 3 topping untuk dipadankan dengan Ah-Cu ni. Ada topping Choco Choco, Choco Berry dan Strawberry. Bagi yang tak suka topping, boleh je request yang plain. Harga untuk plain RM 7.90 dan RM 8.90.untuk yang ada topping.
Eyza puas hati sangat dapat makan Churros sedap ni. Dah tak perlu nak pergi Korea. Rasa nak repeat lagi. Sape nak ikut? Hihihi.
Kredit : Sally
Untuk keterangan lanjut, boleh layari:
Mmg sedap smpi susah nak stop mengunyah... lagi seronok makan time ramai2 sambil chit chat dgn rakan2... happening dan marveles.. :)
ReplyDeleteDap!!
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeletenak ikut! hahahahaha....sedap gila wehhh! nak makan lagiiii~
ReplyDeleteTerliur angat2 dah ni.... nanti nak foodhunting kat sini
ReplyDeletehehe fav is ice cream punya :D
ReplyDeletemlm2 tgk churros lg, rs lpr blk haha..cpt2 la die buka cawangan kt kl plak
ReplyDeletehi hi nice meeting you eyza :)
ReplyDelete