Golden Churn memperkenalkan Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Oil dan Avocado Oil - Blog Eyzamiel

24.8.16

Golden Churn memperkenalkan Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Oil dan Avocado Oil

Eyza dah lama teringin nak makan masakan Datuk Chef Wan. Selama ni ingatkan ni cuma angan-angan je. Tapi tak sangka pulak ianya dapat jadi kenyataan masa Majlis memperkenalkan dua jenis Butter terbaru dari Golden Churn.


Eyza tak pernah tahu yang Butter Golden Churn ni dah ada selama 70 tahun di pasaran. Wah..lama tu. Kakak Ipar Eyza memang suka buat kek lapis Sarawak guna Butter Golden Churn. Dia kata, Butter Golden Churn lebih sedap dan moist berbanding kalau guna butter jenama lain.Patut la kek Lapis Sarawak sedap, rupanya pakai butter yang berkualiti.


Golden Churn telah menjadi jenama Antarabangsa terkemuka dengan slogan "Goodness Guaranteed".


Di Majlis ini, Golden Churn telah memperkenalkan 2 rangkaian Butter terbaru yang dipek dalam pek yang eksklusif dan menarik dengan warna metalic.


Golden Churn Spreadable with Avocado Oil 
Gabungan citarasa ikonik Golden Churn Butter dengan tekanan sejuk minyak Avokado dari Australia memberikan rasa lemak dan kekacang yang turut mengandungi 25% kurang lemak berbanding mentega sapuan jenama lain. Tidak menggunakan pewarna dan perasa tiruan, minyak Avokado bertaraf premium ini memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Lemak mono-tidak tepu membantu memperbaiki tona kulit, potassium yang terkandung baik untuk melancarkan peredaran darah, serta serat makanan juga membantu mengawal paras gula dalam badan. Berikan kepuasan pengembaraan deria rasa anda dengan mencuba pada hidangan sandwich.


Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Olive Oil
Melengkapi kualiti premium dan rasa Golden Churn Butter, rasa unik Mediterranean terhasil daripada tekanan sejuk pada minyak Zaitun dari Australia yang turut mengandungi 25% kurang lemak berbanding mentega sapuan jenama lain. Tidak menggunakan pewarna dan perasa tiruan, mentega ini memberikan manfaat kesihatan dari minyak Zaitun yang diperkaya dengan antioksida serta lemak mono-tidak tepu. Ia sememangnya amat sesuai digunakan sebagai bahan masakan, atau sapuan di atas roti.


Eyza rasa bertuah sebab dapat tengok live Datuk Chef Wan masak. Bau je dah buat Eyza rasa lapar. Datuk Chef Wan masak makanan istimewa menggunakan Butter Golden Churn iaitu Special Savoury Corn Muffin dan Special Lebanese Chicken Rice.


Macam mana kat TV, macam tu la Datuk waktu live. Memang banyak bercakap. Tak bosan langsung tengok dia memasak.


Sekejap plak tu dia masak. Sambil masak sambil bercakap tapi semua kerja dia buat laju je.

Special Savoury Corn Muffin

Special Lebanese Chicken Rice

Dua-dua tu sedap. Muffin tu rasa lain dari Muffin yang Eyza pernah makan. Memang sedap. Tapi, tak tau nak describe macam mana kesedapannya. Kena cuba dulu baru tahu.


Eyza suka makan Butter ni sapu terus atas roti. Sekarang breakfast mesti makan Roti dengan Butter Golden Churn. Tukar-tukar. Hari ni Butter Golden Churn Spreadable With Extra Virgin Oil, esok pulak with Avocado Oil. Memang best.

Ianya boleh dibeli di Pasaraya dan hypermarket dan didatangkan dalam pek 200gm dengan harga RM 16.22 (RCP)

Untuk info lanjut, boleh layari:


1 comment:

  1. Acik teringin sangat nak jumpa Chef One depan2.. my idol niiii

    ReplyDelete