Meriahnya Majlis Hari Lahir di The Parenthood Playland Sunway Putra Mall - Blog Eyzamiel

21.8.16

Meriahnya Majlis Hari Lahir di The Parenthood Playland Sunway Putra Mall

Selama ni Eyza tak tahu pun ada tempat best untuk sambut Birthday di Sunway Putra Mall sampai la Eyza dapat jemputan dari Mommy Blogger, Jane Chua. Jane jemput rakan-rakan blogger untuk sama-sama raikan Majlis Hari Lahir 2 orang anaknya iaitu Chai Wen dan Wei Han.


Majlis Hari Lahir ni diadakan di The Parenthood Playland Sunway Putra Mall.


Rupa-rupanya setiap hari Ahad, dekat The Parenthood Playland ni  ada Sunday Birthday Theme Party. Kita boleh buat tempahan untuk Majlis hari jadi dengan harga serendah RM 1200.00.


Untuk Majlis Hari Jadi Chai Wen dan Wei Han ni Jane memilih tema Minion. So cute. Kat sini ada banyak tema yang kita boleh pilih. Antara tema yang ada ialah Minion, Frozen, Princess, Superhero, Pikachu dan lain-lain.

Dekat sini, budak-budak la paling happy. Ada banyak permainan yang diaorang boleh main. Memang tak bosan langsung. Eyza yang dah 'tua' ni pun rasa macam nak join je bebudak tu main kat situ. Cuma, Takut viral je so Eyza tak jadi buat. Hahaha.





Kalau nak tengok costum yang ada, boleh check dekat Dream World Costume

Kalau dah namanya Birthday Party, mesti la kena ada makanan kan. Ha.. Kalau kita buat majlis kat sini, jangan risau sebab kita boleh order makanan terus dari Cafe LilliPilli (Andy Lam: 016-2054048). Diaorang akan hias mengikut tema yang kita pilih.


Kek pun cantik dan sedap. Kek Minion tu dibuat khas oleh Catherine Cakery (012-3921217).



Cute sangat. Sayang nak makan.


Untuk ibu bapa, jangan risau tau sebab ada jugak permainan utk uolls iaitu Nerf Gun. Permainan ni ala ala Paintball. Nerf Gun ni cuma berharga RM7/pax dan boleh main sebanyak 3 game.


Pendek kata memang best la kalau buat Birthday Party kat sini. Bukan saja anak-anak happy. Mak ayah pun happy. Silap-silap mak n ayah yang tak nak balik nanti. Hihihi.

Berminat nak buat Party kat sini? Boleh contact:

The Parenthood Playland
2-1, Level 2,
Sunway Putra Mall,
50350 Kuala Lumpur.
03-40503808


2 comments:

  1. Eyza, thanks for coming and the post.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya tempat ni.. ena pula rasa nak main kat sini.. hahaha

    ReplyDelete