IJM Land Half Marathon meriah dengan penyertaan diluar jangkaan. - Blog Eyzamiel

18.8.16

IJM Land Half Marathon meriah dengan penyertaan diluar jangkaan.

Ahad lepas Eyza ke Dataran Centrio di Seremban 2 untuk memeriahkan IJM Land Half Marathon 2016. Meriah betul. Ramai yang sertai acara ni. 


Ni bukan kali pertama tau IJM Land anjurkan Half Marathon, rupa-rupanya tahun ni adalah tahun kelima acara ni diadakan. Wah.. nampak sangat Eyza baru tahu tahun ni..hihihi.. biasa la seorang Eyza.


Tahun lepas penyertaan hanya berjumlah kira-kira 1500 peserta tapi tahun ni betul-betul diluar jangkaan sebab dapat 6000 penyertaan. Wah.. Rakyat Malaysia memang best. 


Acara larian macam ni dapat eratkan silaturrahim antara kawan-kawan dan keluarga. Ada peserta yang datang satu keluarga. Kiranya, selain dapat sihatkan badan acara ini juga boleh menjadi acara tahunan untuk keluarga.


Sesi larian bermula pukul 5.30 pagi dan berakhir  pukul 8.30 pagi dengan acara kemuncaknya adalah Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang.


Antara tetamu VIP yang hadir ialah Yang Berbahagia Dato' Hj. Abdul Halim B Abdul Latif, Yang diPertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato' Soam Heng Choon , Ketua Pengarah Eksekutif IJM Corporation Berhad dan ACP Tuan Muhammad Zaki bin Harun, Ketua Polis Daerah Seremban.


Tahun ni sebanyak 6 kategori dipertandingkan dan kebanyakkan peserta adalah dari generasi Muda. Hebat sangat semua peserta-peserta ni sebab berjaya habiskan larian sejauh 5km dan 21km.

Selain itu, IJM land juga telah menyumbangkan dana bagi membantu Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysian Lysosomal Disease Association (MLDA)



Ini pulak antara pemenang untuk 6 kategori yang telah dipertandingkan.



Tahun ni jugak, ada 'Challenge Trophy' . Trofi ini adalah untuk peserta dengan larian terpantas dan menjadi orang pertama yang sampai digarisan penamat. Yang bestnya, untuk lelaki dimenangi oleh Peserta untuk acara Senior Citizen dan yang wanita dimenangi oleh peserta dari Women Open. Memang mantap!


Ramai betul budak-budak sekolah join aktiviti ni. Bagus. Selain dapat menyihatkan badan, ianya dapat menggalakkan anak-anak muda ni menjalani gaya hidup sihat.


Selain itu, pihak penganjur juga telah menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah. Kitaorang yang x join ni pun berdebar-debar nak tahu siapa la yang dapat hadiah iphone plus 6s dengan TV Plasma.Akhirnya, dua2 hadiah paling best ni dimenangi oleh budak muda. Wah...best betul. 



Terima kasih juga untuk semua penaja yang menaja acara ini. Antara penaja yang terlibat ialah BMW Millennium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, Mc Donalds dan Spine & Joint. Selain itu, ianya ditaja bersama dengan media cetak Sin Chew Daily, SEHAT Medical Wllness Centr, Technical Partner The Event Crew (TEC) dan official apparel, Reverse.


Untuk tahun ni dah berjaya dengan bergaya. Kita jumpa lagi tahun depan pada 13 Ogos 2017. 

Kredit : http://www.khirkhalid.com/?m=1

Untuk keterangan lanjut boleh layari http://www.ijmlandrun.com/

1 comment:

  1. ada setahun lagi untuk prepare for ijm land half marathon 2017 ;p

    ReplyDelete