September 2015 - Blog Eyzamiel

29.9.15

Makan-makan di WonderMamaX-Avenue K

Tuesday, September 29, 2015 3
Makan-makan di WonderMamaX-Avenue K
Ingat lagi tak entry yang aku menang contest MahaMahu Raya tu? Tak ingat.. Cer klik sini....

Masa tu kan aku ada mention yang aku menang Baucer Makan bernilai RM50 dari WonderMama. Yeay.. 

Memandangkan Raya Haji hari tu aku ngan hubby raya KL.. kami pun decide nak gi makan kat WonderMama... kami pilih yang dekat Avenue K sebab dekat je ngan umah.. satu lagi cawangan WonderMama ni kat Bangsar... 

Ni la Baucer yang aku menang tu..
 Ni la makanan dan minuman yang kami pilih....

7-Asamboi  
7-Asamboi ni sedap.. ada rasa masam-masam asam boi dan kombinasi dengan air sprite tu buat rasa best ar.. mmg kena sangat ngan tekak...

Mango Smoothies 
 Aku memang rekemen sangat korang Order Mango Smoothies ni.. sedap sangat.. rasa fresh mangga tu buat aku rasa kalau pegi sana nak order lagi air ni...

Close up sikit.. ;)
Ibu's Nasi Goreng Kampung 
 Nasi Goreng kampung ni pun sedap.. bagi penggemar petai korang kena order ni sebab dalam nasi goreng ni ada petai tau.. dihidangkan pulak dengan cili kicap.. memang terangkat..

Cili Kicap

Mum's Nyonya Laksa
 Rasanya lebih kurang Mee Kari.. cuma tak pakai mee.. diganti dengan Bihun... Pun sedap.. portion banyak.. aku share ngan hubby sebab tak habis makan sorang...

Nasi goreng untuk hubby... Nyonya laksa untuk aku...
Udang yang diletak dalam Nyonya laksa.. Fresh dan besar jugak..
Sotong sumbat
 Sotong sumbat aku tak rekemen korang order.. kecik.. tak berbaloi dengan harga.. 

Durian Krep
 Ramai yang suggest makan Durian Krep kat WonderMama ni.. dan memang betul.. SEDAP.. berbaloi tau order...


Terasa durian dan kerangupan cornflakes tu.. susah la nak gambarkan.. korang try dulu baru tau...


Dekorasi kedai ni pun menarik.. santai jer.... Harga pun sangat berpatutan sebab portion besar...


Ni bil kami hari tu.. sebab ada baucer RM 50.00 tu.. kami cuma top up lagi RM32.60.. Berbaloi sangat.. Tq Mahamu.. ;)

28.9.15

REVIEW : Restoran LOBBEE Thai Connection Untuk Penggemar Makanan Asli Thailand

Monday, September 28, 2015 1
REVIEW : Restoran LOBBEE Thai Connection Untuk Penggemar Makanan Asli Thailand
Alhamdulillah.. sejak dua menjak ni ada je jemputan untuk review Restoran best-best.. rasa macam nak tukar jadi Food Blogger je... hahaha...

Aku n gang Einaangel Network Crew baru-baru ni berkesempatan untuk merasa sendiri Makanan thai Asli di Restoran Lobbee Thai Connection yang bertempat di Empire Damansara...

Aku ni memang pencinta makanan Thailand.. lebih-lebih lagi Tomyam.. Rindunya nak pegi Hatyai lagi.. nak makan tomyam best... 

Ok, berbalik pasal Restoran Lobbee Thai ni... masa mula-mula sampai je.. aku dah rasa suka ngan dekorasi restoran ni... santai dan menenangkan.. tak perlu hias macam2.. dengan kombinasi warna kuning dan putih buat Restoran ni nampak simple but nice.. 





Einaangel Network Crew
Mula-mula kami dihidangkan dengan 5 jenis air.. Unik tau setiap air-air ni...

warna-warni air ni.. meriah..

Iced Butterfly Pea Lime Juice ( RM 8.00 )
~ air ni macam air magic tau.. mula-mula kaler biru.. tapi bila kita campurkan dengan Lime Juice trs jadi purple macam kat bawah ni... Unik sangat... kaler biru tu pulak dari bahan semulajadi iaitu dari Bunga yang kita buat pewarna nasi kerabu tu.. tak pakai pewarna tiruan tau..

dari biru bertukar purple... 


Red Lemon Soda ( RM 8.00 )
 ~ air ni kalau tak dicampur soda rasa biasa-biasa je.. tapi bila dah dimasukkan soda.. rasa sedap la sebab ada masam-masam sikit...


Iced Butterfly Pea Milk (RM 9.00 )
 ~ air ni rasa unik sebab bunga nasi kerabu direbus hingga dapat pewarna biru.. dan lepas tu tambah susu.. aku pun tak tau nak gambarkan rasa dia macam mana.. cuba sendiri la baru tahu...


Iced Thai Tea With Grass Jelly ( RM 8.00 )
 Sape yang sukakan Tea Ais Thai.. ha.. ni la teh ais yang sedap dan menjadi kegemaran kalau ke Restoran Thailand...


Lobbee Ice Tea (RM 9.00 )
~ Untuk sesiapa yang tak berapa gemarkan minuman yang manis.. try la Lobbee Ice Tea.. Rasa manis2 buah je.. dalam tu ada buah Laici...

Untuk makanan pulak ada banyak pilihan.. ni antara yang aku rekemen sebab aku dah cuba...


Fried Prawn With Sesame ( RM 8.00 )
 ~ udang yang digoreng rangup bersama bijan dan dicicah dengan cili sos.. mmg starter yang best...


Chicken Skewers ( RM 9.00 )
~ nampak macam sate.. tapi bukan ye.. ianya adalah isi ayam yang diperap.. sedap dicicah dengan sos yang dibuat khas...


Thai Squid Cake ( RM 12.00 )
~ ni sedap.. rasa lembut dan juicy.. x cukup seketul je...


Fried Potato with Thai Salad Dressing ( RM 11 )
 ~ ni pulak memang sesuai makan sambil bergosip.. sedar-sedar je dah habis.. sos dia paling win.. semua yang aku makan aku cicah dengan sos ni... rasa sos ni ala-ala sos somtam...


Crispy Wanton Pad Thai ( RM 16.00 )
 ~ yang ni pulak rangup dan best sebab ada wantan.. aku ni dah la penggemar wantan goreng... udang pun fresh...



Lobbee Combo 3 Tomyam ( RM 98.00 )
~ Set besar sangat tau.. boleh makan 4 hingga 5 orang.. kitaorang makan berlima pun tak habis sebab portion dia banyak...
~ Dalam Set ni kami pilih Thai Noodle yang dimakan bersama Tomyam dan dimasak bersama dengan Lobster, Mussel,King Crab,Salmon, Squid & Soft Boil Egg.
~ Puas hati makan set ni.. seafood pun fresh... Tomyam pun sedap.. memang berbaloi..
ni aku close up sikit..hihihi..
Last but not least.. mesti la dessert.. yummy.. aku ni dah la penggemar desert...


Coconut Ice Cream With 3 topping ( RM 7.00 )
 ~ terasa rangup kacang tanah apbila ditabur atas aiskrim... 


dan desert yang menjadi kegemaran aku adalah.. jeng..jeng..jeng...


Blue Ruby With Coconut Ice Cream & Jack Fruit ( RM 9.00 )
 ~ yang ni paling win sebab dalam Blue ruby tu ada sengkuang cina.. aku pulak memang penggemar sengkuang cina.. rangup bila digigit... dapnya..

Pendapat aku.. makanan kat sini sedap.. harga berpatutan cuma lokasi susah sikit nak cari.. tapi jangan risau.. waze je.. n dari parking LG korang boleh jalan ke Restoran ni.. dekat sangat..


Nak try? Bole la terjah

Lobbee Thai Connection
LG-07, 
Empire Damansara,
Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana.

Tel: 03-76294869

Like FB: www.facebook.com/lobbeethai
Instagram: https://instagram.com/lobbeethai


Operation Hours :
11 pagi hingga 3 ptg
5.30 ptg hingga 10 malam
(Isnin Tutup)

Untuk tempahan function bole email:
lobbeethai@gmail.com


27.9.15

Taman Mini Korea di Oriental Village

Sunday, September 27, 2015 1
Taman Mini Korea di Oriental Village
Turun dari Duck Tours.. aku ngan hubby berjalan-jalan la dalam Oriental Village.. tak naik pun Skyway sebab dah pernah naik 2 kali.. malas la nak naik lagi...

Masa jalan-jalan dalam tu.. terjumpa la dengan Taman mini Korea ni.. apa lagi.. sempat la bergambar sekeping dua kat sini...






Nak pergi Korea tak tahu lagi bila bole pergi.. dapat bergambar kat sini dulu pun jadi la kan.. hihihi....

26.9.15

Pertama kali naik Langkawi Duck Tours

Saturday, September 26, 2015 0
Pertama kali naik Langkawi Duck Tours
Sape pernah naik Langkawi Duck Tours? Sebelum ni aku dok tengok jer.. tak pernah teringin nak naik.. tapi sebab percutian kami kali ni bertema kan santai.. Aku pun masukkan la Langkawi Duck Tours ni dalam Tentatif program kami.. Bole duduk-duduk dalam tu sambil nikmati keindahan alam.. ;)


Duck Tours ni terletak dekat Oriental Villoage.. ala... kat tempat Skyway tu.. betul-betul kat pintu masuk.. 



so, sebelum masuk untuk naik Skyway, bole la cuba naik Duck Tours.. dan kalau nak masuk 3d Museum baiklah korang ambik pakej kombo... Aku cuma naik Duck Tours je.. tak masuk pun museum art...


Harga untuk Langkawi Duck Tours ni ialah RM 38.00 seorang. Sama je harga untuk orang Malaysia dan Pelancong.. Takde keistimewaan.. 


Teringin nak merasa naik bolehla beli tiket... Masa aku pergi tu tak ramai pun naik.. cuma ada 7 orang jer... kami je satu2nya couple Malaysia.. lain semua pelancong....


Ok la tak ramai.. santai je dalam tu...

Ok.. Jom naik.. nak jalan dah ni...



Mula-mula kami dibawa melalui jalan darat.. suka tengok kehijauan alam dan suasana tenang kat sana... Kami dibawa sampai ke satu tempat untuk kita nak masuk ke dalam air plak..


Ni la tempat untuk Kapal Itik ni turun... 


sebelum turun tu...pemandu pelancong dah suruh kami semua pakai jacket keselamatan dan duduk kat tengah-tengah sikit sebab nanti air akan terpercik... 


Alhamdulillah aku ngan hubby tak basah.. tapi ada sorang pelancong ni dia tak dengar sebab dok pakai ipod... last-last.. masa masuk je dalam air... terus air tu terpercik kena kat dia.. banyak jugak la... dah la seksi.. basah lencun.. lagi seksi n seksa nak tengok.. sian dia...


Cantik betul Ciptaan Allah ni.. teruja aku dok tengok keindahan alam ni...






Eksited aku tengok kapal-kapal mewah kat sini.. Bestnya la kan pemilik kapal ni...




Dah selesai dok menikmati keindahan alam... dah naik kat darat.. la.. tak puas lagi dok pusing-pusing dalam air...



Naik ke darat.. Bot ni akan berhenti sebab diaorang cuci dulu dengan air paip biasa.. ye la.. air laut kan banyak garam.. kalau tak dibilas nnt cepat berkarat...


Nanti diaorang akan hantar kita semula ke oriental Village... Kalau ada anak, mesti lagi seronok naik Duck Tours ni.. So, kalau gi Langkawi.. Try la naik.. satu pengalaman yang berbeza tau...