Eyza ni dari dulu lagi akan beli kain untuk buat baju kurung ke, kebaya ke dekat Jakel Textile. Dari Jakel di Bangunan lama sampai la Jakel dah pindah ke JAKEL MALL.
Eyza sukakan fabrik, corak dan warna yang ada kat Jakel ni. Harga pun sangat la mampu milik dengan poket Eyza ni. Sape kata semua kain dekat Jakel tu mahal? Selalu je Jakel buat 'HAPPY HOUR'. Kalau xde Happy Hour pun, ada je yg semeter RM 10 ringgit macam tu.
Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan. Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama ketika musim perayaan. Disamping menitik beratkan soal kualiti, tawaran harga yang dipasarkan juga memainkan peranan penting.
Melihatkan keadaan ekonomi yang kurang rancak, ramai pelanggan di luar sana lebih bijak dan selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif.
Sedar mengenai hal ini, pusat gedung tekstil tanah air Jakel mengambil inisiatif dengan berperanan sebagai “one stop centre” bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung.
Ini merupakan salah satu konsep berbelanja di Jakel yang ingin para pelanggan rasai sense of belonging ketika berbelanja bersama Jakel.
Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini “up-to-date”.
Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua. Bagi mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel, pastinya ia dapat menimbulkan aura keanggunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka.
JAKEL BARULAH RAYA
Jakel menganjurkan kempen raya yang pertama untuk tahun 2019 di Jakel Mall Kuala Lumpur.
Majlis berkonsepkan sembang santai ini menampilkan kemunculan Duta Raya tahun ini antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen raya pada hari ini adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar.
Majlis lebih bertambah erti apabila Jakel turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Ini adalah satu platform untuk pihak Jakel mendekati golongan berkemampuan disamping meraikan mereka.
Atas nama kemanusiaan dan keperihatinan Jakel, majlis sosial korporat (CSR) juga dianjurkan untuk membantu golongan ini mendapatkan baju baru untuk sambutan hari raya nanti. Malah Jakel turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada penerima. Usaha ini adalah salah satu cara pihak Jakel membantu mereka yang memerlukan.
Majlis santai ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Majlis ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan.
Selain mendekati golongan OKU dan asnaf, majlis juga dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan “Happy Hour” untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel.
JAKELSTORE.MY
Pertama kalinya juga, Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online). Atas permintaan ramai daripada pelanggan, Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaian Jakel dihujung jari.
Memandangkan pelanggan Jakel berada di serata negeri, ini menjadikan mereka sukar untuk berkunjung ke Jakel secara fizikalnya. Oleh itu Jakel mengambil peluang untuk membuat satu medium yang membolehkan para pelanggan Jakel berbelanja tanpa sempadan. Kesemua produk Jakel kini ini boleh dibeli menerusi laman jualan online di carian www.jakelstore.my .
KOLEKSI BAJU MELAYU
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna.
Husband Eyza memang tiap-tiap tahun akan beli Baju Melayu Aaron Aziz sebab potongan dia cantik dan selesa. Harga pun sangat berpatutan. Kalau nak beli kain dan nak tempah rasanya dekat RM 200 kut. Ni dah la murah, dapat pulak percuma butang baju melayu dan sampin. Mana nak dapat dekat tempat lain. Tahun ni pun dia awal-awal lagi dah beli koleksi Aaron ni. Tak sabar dia nak try. Cuma kaler dirahsiakan. Tak surprise plak nnt. Hihihi.
Lebih istimewa tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.
Selain daripada itu, untuk tahun keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari.
Menjadi kelainan pada tahun ini juga, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi baju melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat.
Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu “plus size” untuk mereka bersaiz besar. Ini membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa.
Untuk Tahun ini, Duta untuk Baju Melayu "Plus Size" adalah Abam Bocey. Lepas ni, abg2 yang sebelum ni kata tak ada saiz besar, dah boleh la ke Jakel je sebab InsyaAllah ada saiz abg2 semua.
KOLEKSI KURTA
Raya pada tahun ini juga, Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi kurta. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualitie kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Ianya juga dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket.
Keluaran koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta.
BAJU KURUNG
Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, moden dan mesra Instagram (Instagram friendly) di musim lebaran.
Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan. Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini.
Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya.
KOLEKSI KANAK-KANAK
Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dibawah Koleksi Upin Ipin. Walaubagaimanapun ianya diolah kepada rekaan baharu bersesuaian dengan masa kini.
Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu.
Jakel turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di aidilfitri.
Oleh itu, Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak dibawah Label Lara Alaana dan Yusuf Iskandar.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen Jakel Barulah Raya, anda boleh ikuti info terkini Jakel, di media sosial instagram Jakel di jakeltextile dan juga Facebook Gedung Tekstil Jakel .
Para pelangan juga boleh memeriahkan kempen Jakel Barulah Raya ini di media sosial dengan hashtag #jakelbarulahraya #ingatrayaingatjakel #seronoknyarayajakel
Jangan terlepas tau promosi menarik koleksi baju raya ni. Mesti glamer di pagi lebaran nanti.
Jangan terlepas tau promosi menarik koleksi baju raya ni. Mesti glamer di pagi lebaran nanti.
Tahun ini pakaian kami seisi keluarga semuanya keluaran Jakel heheeee... Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.
ReplyDelete