Buffet Ramadhan 2019 : Buffet Ramadhan di Restoran Rebung mengetengahkan konsep Nostalgia Sajian Desa - Blog Eyzamiel

5.5.19

Buffet Ramadhan 2019 : Buffet Ramadhan di Restoran Rebung mengetengahkan konsep Nostalgia Sajian Desa


Alhamdulillah, esok semua Umat Islam akan berpuasa di Bulan Ramadhan. Kejap je rasanya. Dah nak masuk Bulan Ramadhan balik. Allah, bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam bagi mengejar pahala yang berlipat kali ganda.

Bila tibanya Ramadhan, mesti ramai yang tercari-cari Buffet Ramadhan dengan harga yang berpatutan.

Salah satu tempat berbuka puasa yang akan Eyza recommend ialah Restoran Rebung. Semua mesti dah kenal kan dengan Chef Ismail, kalau ada yang  teringin nak rasa air tangan Chef, wajib la datang ke sini.


Tahun ni, Restoran Rebung mengenengahkan Konsep "Nostalgia Sajian Desa". Pertama kali Eyza keluar je dari lif, dah rasa mengimbau kenangan kat kampung. Siap ada hiasan kain batik, tikar mengkuang dan pelita ayam. Betul-betul kat kampung la.



Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Restoran Rebung

Ruang makan kat sini dapat menampung sehingga 500 orang dalam satu masa.

Blue Room berkapasiti 20-23 orang, Red Room 70-80 orang, Green Room 110-120 orang, Stage Area 120-130 orang, Yellow Room 50 orang dan Anjung boleh menampung sehingga 70 orang.

Surau lelaki dan perempuan pulak boleh menampung sehingga 20 orang pada satu masa. Lepas je berbuka boleh solat dulu dan lepas tu sambung makan balik. Senang kan. 

Kemudahan Lif dan suasana restoran juga mesra OKU.

Persembahan Ghazal sepanjang Bulan Ramadhan

Untuk sepanjang bulan Ramadan ni, pelanggan akan dihiburkan dengan alunan merdu irama Ghazal oleh Kumpulan Ghazal Sri Nuansa.

Perkhidmatan Katering Dan Private Function

Restoran Rebung juga ada menyediakan perkhidmatan katering di kediaman ataupun di pejabat. Kalau ada yang nak menempah, boleh menghubungi pihak katering.




Selain itu, bagi mereka yang ingin mengadakan Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan atau Majlis Rumah Terbuka, anda boleh menghubungi 03-22763535 atau 03-22762525 untuk maklumat lanjut.

Aktiviti Restoran Selain Bulan Ramadhan

Selain dari Bulan Ramadhan, Restoran Rebung ada menyediakan buffet Breakfast, Lunch, Hi-Tea dan Dinner.

Buffet Breakfast : 
Bermula pada jam 8 pagi hingga 10.30 pagi
Harga: RM 21.20 dan Breakfast Set bermula dari harga RM 6.00

Buffet Lunch:
Bermula pada jam 11.30 pagi hingga 3.00 petang
Harga: RM 42.40 (Dewasa), RM 29.70 (Kanak-kanak)

Buffet Hi-Tea:
Bermula pada jam 3.30 petang hingga 5.30 petang
Harga: RM 37.10 (Dewasa), RM 21.20 (Kanak-kanak)
*bergantung pada tempahan

Buffet Dinner:
Bermula pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam
Harga: RM 53.00 (Dewasa), RM 35.00 (Kanak-kanak)


Bermula bulan Mac 2019, Restoran Rebung telah memperkenalkan konsep Pick & Pay iaitu konsep makanan rakyat dengan harga serendah RM 0.50 untum sebiji kuih dan RM 1.50 untuk segelas air (tidak termasuk 6% sst dan 10% service charge). Konsep ini diilhamkan sendiri oleh Dato' Chef Ismail.

Harga Buffet Ramadhan 2019

Dewasa : RM 84.80 nett
Kanak-kanak : RM 53.00 nett (5-11 tahun)

Terdapat lebih daripada 90 jenis makanan dari pembuka selera hingga la ke pencuci mulut.









Pakej Buffet Ramadan Rebung akan bermula 6 Mei 2019 hingga 3 Jun 2019.

Untuk tempahan boleh datang sendiri ke restoran, telefon atau email:

Alamat:
5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur

No. Telefon : 
03-2276 3535 / 2525

Emel:  restoranrebungchefismail@gmail.com


Untuk tempahan katering, boleh hubungi:

Cik Lina : 019-3443428
En. Hafiz : 017-7787895
En. Fahmi : 018-9894103

No comments:

Post a Comment