The Beauty Expert Spa menawarkan Pakej Spa yang murah dan berbaloi di Cheras - Blog Eyzamiel

29.4.19

The Beauty Expert Spa menawarkan Pakej Spa yang murah dan berbaloi di Cheras


Eyza ni sejenis yang suka "Me Time" dekat SPA. Eyza suka sesekali bila kita manjakan diri macam tu. Tahu je la duduk kat KL ni, jammed pun boleh buat stress.

Ada banyak SPA yang tawarkan pakej Eyza nak, tapi tak banyak yang tawarkan perkhidmatan terbaik.

Eyza agak cerewet sikit bab ni. Ye la, kita kalau boleh nak la lepas keluar dari SPA, kita bertambah Fresh bukan makin serabut.

Baru-baru ni, Eyza rasa stress sangat. Ye la, dengan kerja, dengan masalah peribadi, dengan jammed lagi. Memang waktu yang tepat la kalau Eyza nak pegi SPA. Cari punya cari, Eyza pun jumpa The Beauty Expert Spa yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras ni. SPA ni adalah SPA Muslimah yang terbaik di Area Cheras dan Kajang.

Masuk je Eyza dah rasa tenang. Bukan saja hiasan yang sederhana dan tak serabut, tapi jugak kita disambut dengan pekerja yang ramah serta alunan muzik yang mendamaikan je.






Sebelum datang, Eyza buat temujanji dulu. Ye la, tak nak la bila kita datang kena menunggu sebab dah ada orang lain booking awal. Tak best la kan. Kalau boleh buat temujanji seminggu awal. 


Mula-mula kan, Eyza pilih treatment Full Body Massage je. Tapi, bila dah kena urut semua rasa best sangat. Terus Eyza tambah Scrub Badan, Lulur dan Mandi Susu.

Full Body Massage tu sangat-sangat Eyza recommend sebab bukan saja dapat hilangkan angin dan lenguh-lenguh badan tapi boleh buat badan jadi ringan. Dah la sekarang ni ada promo, ambik Pakej Full Body Massage, percuma Push Up Breast, Push Up Pinggul, Urutan Seri Wajah, Urutan Sengkak Rahim dan jugak Free Tangas. Banyak kan?


Part Scrub, Lulur dengan mandi susu tu pun tak payah cerita la. Memang buat Eyza rasa nak tidur.Dah la alunan lagu-lagu tu damai je.

Memang berbaloi sangat Eyza spend 3 jam lebih kat sini untuk buat 2 treatment ni. 

Bilik yang Eyza dapat pun best. Semua ada dalam tu. Dah la dekat dengan toilet. Privacy sangat dekat sini sebab tak ada lelaki yang boleh masuk. SPA Muslimah tau ni. Tahu je la bila kita kat SPA ni, semua kena bukak. Sebab tu tak ada gambar Eyza masa treatment. Sensored! Hahaha





Tapi serius Eyza cakap, Eyza memang recommend korang datang buat treatment kat sini. Beauty Consultant Eyza ialah Linda. Ya Ampun.. Nampak je dia kecik, tapi bila urut memang berasa la. Eyza ni jenis banyak angin dia kata. Sebab tu ada bahagian-bahagian tertentu yang agak sakit bila kena urut. Tapi bila dia dah bukak simpul tu, badan rasa fresh je.


Part Scrub badan, lulur dengan mandi susu pun best. Rasa hilang semua daki kat badan. Scrub tu dah la bau Lavender. Lulur tu lagi best, bau coklat. Rasa macam nak makan coklat plak time tu.


Last sekali part berendam dalam bath tub, mandi susu. Best wo.. Rasa hilang semua stress kat kepala.


Alhamdulillah, Eyza berpuas hati dengan urutan dan semua yang Linda buat. Kat bawah ni la Linda. Dia dah kerja kat sini setahun lebih dah pun. Kira expert dah selok belok rawatan yang kita minta.


Kat sini juga ada ada kelas untuk sesiapa yang nak belajar untuk jadi Beauty Consultant.

Selain 2 pakej yang Eyza ambik tu, ada jugak rawatan seperti:

~ Facial Resdung
~ Facial Oxygen 
~ Facial LED 
~ Facial Lifting 
~ Facial Diamond
~ Facial Sulam Bedak
~ Full Body Massage
~ Combo Massage
~ Rawatan Selepas Bersalin ( Posnatal package )
~ Body Treatment
~ Bridal Spa Package


Pilih je rawatan mana yang korang suka. Bagi Eyza, harga yang ditawarkan murah dan berbaloi dengan servis. Lepas ni, Eyza akan kerap la berkunjung kat sini. 


So, kalau korang tinggal berdekatan Cheras atau Kajang, takpun memang mencari SPA yang best dengan servis terbaik, sila lah berkunjung ke Beauty Expert SPA ni. 

Serius korang akan puas hati macam Eyza.


Scrub yang macam Eyza pakai tu pun ada dijual kat sini. Lain kali kalau pergi, Eyza nak beli la. Rugi plak hr tu x beli. Scrub ni memang best. Badan jadi wangi dan lembut je.


Untuk buat temujanji atau pertanyaan boleh contact no kat atas tu atau boleh tengok dekat :


3 comments:

  1. betul tu eyza, sebagai wanita kita perlu sangat menjaga kecantikan tubuh dan paras rupa, jangan sesekali mengabaikannya kan. Sesekali apa salahnya me time dan rewards diri sendiri di Spa :)

    ReplyDelete
  2. alamak mcm best pulak full massage ni. tak la mahal mana kira ok la price tu

    ReplyDelete
  3. Bestnya buat mandian lulur semua.. nk kene try jugak nie..

    ReplyDelete