Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim di Retro Cafe - Vivatel Kuala Lumpur - Blog Eyzamiel

15.5.19

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim di Retro Cafe - Vivatel Kuala Lumpur


Baru-baru ni Eyza sempat ke Vivatel Hotel Kuala Lumpur untuk berbuka puasa bersama Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih, Anak-anak Yatim Miskin Selangor. Majlis yang dianjurkan oleh Vivatel Hotel Kuala Lumpur ni adalah bagi mengimarahkan bulan Ramadan dan sama-sama meraikan dengan adik-adik yang kurang bernasib baik ni.

Ketibaan adik-adik dari Rumah Jalinan Kasih disambut meriah oleh pihak pengurusan, kakitangan hotel dan sebahagian penaja dari WeHuman. Seramai 30 orang kanak-kanak dari pusat kebajikan ni yang hadir sebagai tetamu kehormat bagi Vivatel Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis ini diadakan di Retro Cafe yang terletak bersebelahan dengan lobi hotel. Tujuan majlis ni diadakan adalah bagi meraikan adik-adik ni dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan bersama kakitangan dan tetamu.


Pengurus Hotel ditemani Ketua Jabatan Masing-masing beserta kumpulan penaja dari WeHuman, mengagihkan duit raya untuk adik-adik ni.Kakitangan hotel pun ada bagi sumbangan peribadi bagi ringankan beban pihak pengurusan rumah Jalinan Kasih.

Eyza rasa sebak tengok adik-adik ni gembira sangat bila dapat duit raya. Sucinya semua anak-anak ni. Walaupun mereka tak mewah, tapi mereka bahagia dengan cara mereka sendiri.


Sebelum majlis berbuka puasa, pada siangnya pihak hotel telah menyumbangkan bahan mentah terus ke rumah Jalinan Kasih. 


Program ni adalah program Amal tahunan anjuran Pihak Vivatel Hotel Kuala Lumpur yang bermatlamat untuk meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan di Bulan Ramadan.

Rumah Jalinan Kasih ni didiami oleh 60 orang kanak-kanak dan remaja yang mendiami rumah itu, 20 daripadanya  adalah kanak-kanak yang ditempatkan atas sebab penderaan, ditinggalkan penjaga dan terdapat juga beberapa ibu tunggal.

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi pengetua rumah Jalinan Kasih atau menyampaikan sumbangan ke akaun seperti di bawah.

CIMB 
No Akaun : 12080003493208

Bagi maklumat lanjut boleh menghubungi talian 012-3600276 (Pn. Norlelah Othman) Pengetua Rumah Jalinan Kasih.

Sumbangan juga boleh dihantar terus ke alamat:
Rumah Jalinan Kasih
Taman Megah
Batu 9, Cheras
Selangor

Buffet Ramadan di Vivatel Hotel Kuala Lumpur


Di majlis yang sama juga, Eyza sempat merasa makanan di Buffet Ramadan Vivatel Hotel Kuala Lumpur ni. Boleh kata semua makanan yang dihidangkan dekat sini sedap-sedap belaka.




Bertemakan Sajian Ibunda, Retro Cafe, Vivatel Hotel Kuala Lumpur ni menawarkan pelbagai jenis makanan dari Lauk pauk kampung hinggalah menu western.




Ni pulak antara menu yang menarik kat sini:

MAK SI DUYUNG - Tiger Prawn, Flower Crab, Mussel, Osyter Tabasco, Lemon Wedges, Cocktail Dressing

PERIUK REMPAH - Sup Gear Box Kambing, Sup Ekor, Sup Tulang Rusuk

BAKAR-BAKAR - Kambing Panggang Whole Lamb

MAMI MAMU - Kari Kepala Ikan, Chicken and Lamb Briyani

IBU BERAKSI - Assam Pedas lkan Mayong and Assam Pedas Jenahak

LAUK UMI - Udang Sambal Terung and Udang Lemak Nenas

MAMA MODEN - Roast Beef Fiery Black Pepper Sauce and Chicken Lasagna



Eyza terpaling suka Seafood dan sup Ekor kat sini. Memang terbaik. Seafood fresh dan sup yang sedap ditambah pulak dengan daging yang empuk buat Eyza teringat-ingat.






Siap ada air kelapa yang dibelah dan diletakkan segar dekat cafe ni. Selain air kelapa, ada pelbagai pilihan air lain yang best jugak.



Seleksi pencuci mulut pun ada banyak pilihan. Seksyen ni yang paling Eyza suka.





Harga Buffet Ramadan dekat sini sangat la berpatutan dengan semua makanan yang dihidangkan. Bawah RM 100 tau. 


Harga yang ditawarkan cuma RM 95 nett per person  untuk dewasa dan RM 45 nett per person untuk kanak-kanak dan warga emas (kanak-kanak berunur 4-11 tahun & warga emas melebihi umur 55 tahun)

Untuk tempahan berkumpulan siap ada diskaun lagi. Untuk tempahan 10 pax dan ke atas, seorang hanya perlu membayar RM 88 nett per person. Ada lagi berita gembira, dengan setiap pembelian 10 baucer akan dapat percuma 1 baucer. 

Untuk tempahan dan pertanyan boleh hubungi :

603-92058888 Ext: 8810/8919/8820

Website : www.vivatel.com.my

Alamat : Vivatel Hotel Kuala Lumpur, No. 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur.

Email : enquiry@vivatel.com.my

1 comment:

  1. seronok anak2 yatim terpancar kegembiaraan diorang

    ReplyDelete