Salam Ramadan. Kejap je kan hari ni dah masuk 6 Ramadan. Setakat ni Eyza still belum ke Bazar Ramadan. Masak sendiri je untuk berbuka. Simple-simple sudah. Duduk berdua je pun kan. Tak nak la membazir ke Bazar.
Sebenarnya Eyza bukan nak cerita pasal Bazar Ramadan tapi Eyza nak cerita pasal Eyza dan kawan-kawan bloggers yang lain sempat sertai Pertandingan Memasak anjuran California Raisin yang bertempat di Berjaya University College Of Hospitality sebelum Ramadan hari tu.
Mula-mula Eyza tak plan pun nak join pertandingan masak ni. Last minit sangat Eyza tanya Sally dan Jue untuk ajak join. Nasib baik dua-dua free lagi masa tu. Kumpulan kami adalah kumpulan terakhir yang cornfirmkan nak join dan tema pun takde pilihan. Tinggal tu satu je. Tema yang kumpulan kami dapat ialah "Gratitude" . Nama kumpulan kami ialah Mahalo Aidilfitri.
Kami bincang pun melalui whatsapp je. Decide menu, barang nak dibeli dan hiasan. Nasib baik semua sekepala je. Kami sepakat nak pakai tudung warna "Royal Blue" supaya nampak satu team.
Sampai je kat sana, kami mendaftar dulu. Masa ni dah nervous dah.
Acara bertema "Raya Rasa Sayang" ni bertujuan membangkitkan suasana manis mesra menerusi makanan sempena musim perayaan Aidilfitri. Ia menunjukkan bahawa kismis california ni bukan sahaja lazat tapi juga boleh digunakan dalam masakan.
Sally, Jue dan Eyza
Hadiah yang kami semua rebutkan ni pun best jugak. 2nd Runner Up dapat RM 300, 1st Runner Up dapat RM 500 dan Grand Prize dapat RM 800.
Eyza suka Kismis California ni sebab kismis ni dikeringkan di bawah sinar matahari di California ni mempunyai rasa yang manis semulajadi dan mmepunyai banyak khasiat. Bukan saja dapat makan macam tu je, sedap jugak diletak dalam masakan.
Menurut Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Asia Tenggara iaitu En. Richard Lieu, bagi kebanyakan pengguna, terutama sekali kanak-kanak, Kismis California ni adalah snek sihat berbanding snek lain kerana kemanisan semulajadi tanpa gula tambahan.
Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengesyorkan orang dewasa mengambil 1 1/2 hingga 2 cawan buah-buahan sehari. Tapi, takkan kita nak usung buah ke mana-mana kan. Kita bawak je California Raisin ni. Senang je. Bebila nak makan, ngap je.
Kelebihan Kismis California ni ialah:
🍇Semulajadi sepenuhnya
🍇 Manis semualajadi tanpa gula tambahan
🍇Tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan rendah natrium(garam) secara semulajadi
🍇Sumber Kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
🍇Sumber serat
🍇Sumber Nutrien
🍇Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.
Selepas mendengar serba sedikit pasal Kismis California ni, tiba la masa untuk kami beraksi di dapur pulak.
Kami semua dah ada tugas masing-masing. Sally buat kuah kacang, Jue buat Sate dan Eyza ambik tugas potong memotong, Plating dan kemaskan workstation. Bila kita bekerjasama macam ni, memang semua kerja jadi mudah dan cepat.
Mula-mula, kami risau sangat menu ni tak dapat disiapkan dam masa sejam. Tapi, berkat kerjasama Alhamdulillah kami berjaya jugak.
Walaupun ada masa sejam je, tetap kamera friendly tau. Hahaha.
Akhirnya menu kami iaitu Bumbu Kacang Nenda dan Sate Goreng ni siap. Resepi kuah kacang bersama perut muda ni ialah resepi warisan keluarga Sally. Mula-mula kami ragu-ragu jugak nak blendkan kismis dan masukkan dalam kuah tu. Tapi, kami ambik ni sebagai challenge. Alhamdulillah, Sate dan Kuah kacang kami disukai.
Kat bawah ni adalah semua masakan pasukan yang bertanding. Kalau tengok semua hebat-hebat. Kami tak menaruh harapan yang tinggi pun untuk menang.
Lepas je pengadil merasa semua masakan, kami tukar baju raya dan di bawa untuk tengok demo masakan dari Chef Selebriti iaitu Chef Ili Sulaiman. Chef Ili menyediakan "Beriani Ayam Kismis California" dan "Roti Sosej Masala Kismis California".
Akhirnya, acara yang ditunggu-tunggu pun sampai iaitu pengumuman pemenang.
Alhamdulillah, Kumpulan kami dapat 2nd Runner Up. Rezeki kami masuk last minit.
Tempat kedua pulak dimenangi oleh kumpulan yang diwakili oleh Kak Ayu, Ruby dan Zharif. Hebat jugak diaorang ni. Menu diaorang ialah Ayam Masak Masam manis Kerinduan bersama Ketupat Kemaafan.
Juara kita iaitu kumpulan yang diwakili oleh Aliza, Miriam dan Suki dengan Menu Ramadan Blessing.
Happy sangat. Moga tahun depan masuk dan menang lagi. Hihihi.
Thank you California Raisin sebab anjurkan program macam ni. Fun sangat. Jumpa lagi tahun depan.
Maklumat lanjut boleh layari : https://caraisins.com
Maklumat lanjut boleh layari : https://caraisins.com
No comments:
Post a Comment