TIPULAH YFS Concept Store.. Tak sangka... - Blog Eyzamiel

27.5.19

TIPULAH YFS Concept Store.. Tak sangka...


Minggu lepas, Eyza jalan-jalan dekat The Mines. Dah lama tak pergi sana. Ada la dekat 5 tahun. Dah banyak kedai-kedai baru.


Tujuan pergi sana tu, dah tentu la nak shopping raya kan. Jalan-jalan nampak la kedai YFS Concept Store kat tingkat 3 tu. Tengok dari luar, nampak menarik dan terus rasa macam nak masuk.


Dari pintu depan tu je Eyza dah nampak harga RM 10, RM 20 camtu. Eh.. Biar betul. Nakkan kepastian, Eyza pun tanya la staff kat situ. Ye la, kekadang kan diaorang tulis harga murah tapi tetiba kat bawah ada pulak t&c. Menipu je kan!


Mula-mula Eyza ingatkan staff YFS ni menipu bila dia cakap ada yang berharga RM 20. Eyza terfikir, ada lagi ke baju harga murah macam tu. Dah la jual dalam Mall. Modal lagi semua. Ni taktik je ni nak tarik orang masuk dalam kedai dia. Dah biasa dah dengan marketing teruk macam ni.





Tapi, bila Eyza sendiri masuk jalan-jalan dalam tu baru lah Eyza tahu. Betul korang. Tak tipu! Sebelum ni Eyza selalu shopping dekat P****i sebab baju dia murah. Tambah-tambah kalau time sale. Tapi, lepas ni memang Eyza akan ajak hubby shopping dekat YFS je la sebab harga murah, kualiti terjamin dan yang paling penting tak payah nak bersesak-sesak dan beratur panjang untuk shopping.

Masuk je Eyza jadi rambang mata. Semua baju hubby berkenan ada je kat sini. Puas hati la. Dah la design semua up to date.



Bayangkan seluar jeans 2 helai baru RM 140, lepas tu kalau korang beli 3 helai, yang ketiga tu cuma RM 20. Maknanya 3 helai baru RM 160. Kiranya sehelai dalam RM 53.33 sen je. Murah sangat-sangat.

Bukan tu je, ada jugak promo seluar jeans yang sehelai RM 30. Kalau macam ni, beli 5 baru RM 150. Boleh pakai tukar-tukar di hari raya. Murah sangat ni. Pasar malam pun tak dapat harga murah macam ni.


Bab T-shirt tak payah cerita la. Yang New Arrival pun baru sehelai RM 39. Eyza banyak memborong yang 2 RM 50. Memang berbaloi sangat. Beli 4 helai baru RM 100. Boleh pakai raya nanti.





Selalu kalau kedai macam ni, memang takde la saiz Eyza. Eyza akan shopping baju dengan seluar hubby je la. Tapi, rupanya kat sini, ada jugak baju yang sesuai untuk orang comel macam Eyza ni. Tengok la baju-baju yang Eyza berkenan ni. Semua saiz i. Happy tau.

Ramai je yang tanya Eyza selalu beli baju dekat mana. Eyza ni senang je. Eyza kalau beli baju, Eyza titik beratkan material, warna, saiz, harga dan keselesaan. Tak semestinya yang murah tu x best. Eyza ok je. Macam baju-baju dekat YFS ni. Selesa dan murah. Yang penting cantik. Terus je la Eyza berkenan.Tambah-tambah bukan senang nak jumpa saiz Eyza ni. Limited Edition sikit.



Kiranya lepas ni, Eyza dengan Hubby boleh shopping sama-sama dalam satu kedai je. Tak payah hubby shopping kedai lain, Eyza pulak shopping kedai lain. Mudah sangat kan bila ada YFS Concept Store ni.

Kalau korang masuk je kedai ni, mesti akan jadi rambang mata macam Eyza jugak. Fesyen dah la up to date, harga pun murah sangat. Mana nak dapat baju berharga RM 20. Kat sini je tempatnya. Dah la selesa nak shopping.

Baju wanita saiz biasa lagi la banyak pilihan. Walau Eyza tak boleh pakai saiz ni, Eyza beli jugak untuk adik-adik Eyza. Mau tak rambang mata kalau sehelai cuma harga RM 29 ke atas je. Kena pandai cari pastu kita mix n matchkan.






Seluar jeans perempuan kat sini murah giler. 2 helai RM 80. Tempat lain, paling tak pun sehelai dah RM 80. Berbaloi sangat ni kalau beli seluar jeans kat sini.


Bukan saja ada baju lelaki dan wanita dewasa tapi jugak ada baju kanak-kanak. Ya Allah, Eyza rasa geram sangat tengok baju budak-budak. Kiut jenis tak boleh bawak bincang. 

Bayangkan gaun yang cantik-cantik tu 2 pasang RM 100. Selalu gaun macam ni mau RM 80 sehelai. Baju Tshirt budak lelaki pun murah. 2 helai cuma RM 50. Siap berkolar lagi.



Selain dari baju, kat sini ada jugak jual backpack dan handbag wanita. Tapi yang ni Eyza tak sempat belek harga cuma Eyza ada nampak bagpack ada promo RM 30 je.



Semua Eyza rasa nak borong. Baju untuk ayah, suami dan anak-anak buah Eyza beli je kat sini. Bukan tu je, Eyza siap ambik order kawan-kawan yang nak pesan minta beli. Ala-ala jadi PS la. Murah kan. Rugi la tak grab.


Sempena nak raya ni, diaorang ada buat promo. Beli RM 200 ke atas, korang akan dapat baucer sebanyak RM 50. Syaratnya cuma RM 200 tu kena dalam 1 resit. Baucer tu boleh redeem hari berikutnya. 

Promo ni berlangsung dari 11 Mei 2019 hingga 4 Jun 2019 di semua outlet YFS Concept Store. Cash Voucher RM 50 tu boleh redeem di mana-mana cawangan diaorang.


Selain dari tu, ada satu lagi promo iaitu pembelian item ketiga, korang cuma perlu tambah RM 20 je. Berbaloi sangat. Promo ni berlangsung sehingga 9 Jun 2019.


Lama jugak la Eyza tawaf dalam tu. Rambang mata punya pasal. Nasib la staff diaorang penyabar layan apa je yang Eyza tanya. Last-last settle shopping keluar kedai dengan hati yang berbunga sebab persiapan raya settle dalam 1 kedai je. Yeay.

So, korang kalau nak berjimat dan cari baju dalam satu kedai je, Eyza memang suggest sangat korang ke YFS Concept Store ni.

YFS Concept Store ni ada 32 cawangan tau di Malaysia termasuk di Sabah Sarawak.

Cawangan YFS Concept Store:
1. JOHOR - 15 cawangan
2. MELAKA - 2 cawangan
3. KL & SELANGOR - 6 cawangan
4. NEGERI SEMBILAN - 1 cawangan
5. PAHANG - 1 cawangan
6. PERAK - 1 cawangan
7. SABAH - 1 cawangan
8. SARAWAK - 5 cawangan

Mudahkan nak shopping. YFS ni ada di kebanyakan negeri di Malaysia ni. Balik kampung kat Sarawak pun nanti, Eyza nak ajak adik2 ipar shopping lagi kat sini. 

Kalau korang nak tau detail tentang barangan dan lokasi YFS Concept Store ni boleh layari:



3 comments:

  1. Hushhhh murah ! Sesuai lah untuk manusia yang berjimat macam auni dan suami. Thanks for review. InsyaAllah ada rezeki mahu terjah !

    ReplyDelete