Althea Make up yang sangat best dari Althea Korea - Blog Eyzamiel

26.2.19

Althea Make up yang sangat best dari Althea Korea

 

Kebanyakan barang mekap aku sekarang ni semuanya dari Althea. Tapi sebelum ni, aku beli kat Althea jenama lain. Tapi, kali ni Althea sendiri pun dah keluarkan rangkaian barang mekap jenama sendiri. 

Wow. Dan aku antara yang bertuah sebab antara yang terawal dapat cuba produk-produk ni. Yang bestnya, bukan 1 produk je tau. Tapi ada macam-macam barangan mekap yang best. Sampai aku sendiri rambang mata tak tahu nak pakai yang mana dulu.

Macam biasa la, Video unboxing dan mekap aku ada kat ig aku Eyzamiel . Boleh follow aku jugak kat ig.

Kali ni aku dapat kotak berkonsepkan Hanbok iaitu pakaian tradisi masyarakat Korea. Cantik plak tu kaler dia.

Nak tau apa yang ada dalam kotak tu? Jom kita tengok satu-satu.

SKIN RELIEF SPOT FILM GEL
RM 15 / 19 ML


Produk ni best sebab ianya gel dan senang sangat menyerap. Sesuai sangat kalau korang yang berjerawat. 

Sapu je dekat jerawat dan jerawat pun segan nak tumbuh. Aku plak dah buat eksperimen. Aku letakkan dekat muka sebelum mulakan mekap. Apa yang bestnya, kulit jadi lembap macam pakai pelembap gitu. 

Ok la kan. Boleh kecutkan jerawat dan dalam masa yang sama boleh cantikkan mekap.

Untuk pembelian boleh klik sini

FLAWLESS CREAMY CONCEALER
RM 15 / 6 GM


Aku suka betul dengan concealer ni. Ada 4 jenis warna yang sesuai untuk kulit dan kegunaan yang berbeza.

Empat Kod Flawless Cremy Concealer:

√  #01 Vanilla
√  #02 Ginger
√ #03 Honey
√ # Mocha

Macam aku, semua warna aku pakai. Utk Vanilla aku letak kat batang hidung. Ginger plak untuk tutup lebihan pensil kening dan bawah mata. Mocha untuk buat batang hidung dekat kiri dan kanan. Last sekali untuk Honey, aku buat foundation. Sapu je seluruh muka. Dap dap blend blend. Dah nampak macam pakai bedak.

Yang bestnya bila concealer ni dapat tutup parut-parut jerawat dekat muka aku ni. Nampak sekata je.


Untuk pembelian, boleh klik sini

EYE PALLETE SUNRISE AND MOONRISE BCL X A
RM 140


Serius korang kena ada Eye Pallete ni. Kaler dia sangat terang dan berbaloi untuk beli. Sapu sikit pun dah nampak. Tak perlu tonyoh banyak kali.

Dah la semua kaler yang ada tu cantik. Sampaikan aku sendiri pun x tahu nak pakai yang mana tu. 

Paling best yang glitter tu. Cantik sangat bila kita dah sapukan dekat atas mata. Melekat kaler dia.


Kalau ada yang mencari Eye Pallet yang kaler dia terang dan tahan lama, korang kena beli ni. Dah la murah. Cornfirm tak menyesal.

Kalau nak beli, korang boleh klik sini

WATERCOLOUR CREAM TINT
RM 20 (4.5 ML)


Serius Warna Cream Tint ni sangat-sangat terang. Korang just sapu sikit pun dah berbaloi. 

Cream tint ni dicipta untuk uolls2 yang suka bibir ala-ala kpop gitu. Sapu sikit n ketap bibir pun dah menyerlah warnanya.

Cream Tint ni pun ada 4 warna iaitu:

√ #01 Plum Cream
√ #02 Strawberry Cream
√ #03 Peach Cream
√ #04 Marron Cream


Aku dah cuba empat-empat warna. Memang terbukti semua kaler terang. Cream Tint ni jugak boleh buat blusher. Sapu sikit je kat pipi dan dap dap. Cantik tau.





Kalau nak beli, boleh klik sini

SPOTLIGHT EYE GLITTER
RM 24 (4.5 ML)


Eyza ni bukan la kategori yang pandai pakai eyeliner atau eye glitter. Eyza rasa macam comot je. Tapi orang kata praktis makes perfect kan.

Bila dah try pakai, rasa macam cantik plak. Tapi kalau nak pakai hari-hari macam over plak. Maybe ada event ke boleh la pakai. Kang kalau pakai pegi keje kang. Ada plak yang mengata. Hihihi.


Eye Glitter ni didatangkan dalam 2 warna iaitu :

√ #01 Gold Light
√ #02 Pink Light

Bila dah pakai, aku rasa cantik tau Eye Glitter ni. Takde la over pun. Mata pun nampak menarik gitu.

Kalau nak beli, boleh klik sini


Maklumat lanjut dan pembelian boleh layari Web  Althea

2 comments:

  1. heyyy...awak ni mmg cantik sejak kecik ke apa ni! hahahaha...tapi suka kaler cream tint dia...hahaha...sbnrnya mmg Sally jenis uska warna merah mak ngah ni..hahaha

    ReplyDelete