Prestasi Kutipan Zakat PPZ-MAIWP Tahun 2018 - Blog Eyzamiel

13.2.19

Prestasi Kutipan Zakat PPZ-MAIWP Tahun 2018


Sebagai Umat Islam, kita wajib membayar Zakat tak kira la Zakat Harta atau Zakat Pendapatan bagi yang mampu.

Aku tau mesti ramai yang selama ni dok tertanya-tanya berapa hasil kutipan setahun dan mana duit-duit tu semua pergi.

Sebab tu la, Aku sanggup pegi sampai Putrajaya semata-mata nak dengar sendiri jumlah kutipan dan Agihan duit Zakat masa Majlis Pengumuman Prestasi Kutipan Zakat bagi Tahun 2018 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato' Seri Dr. Mujahid Yusof.


Sidang Media ni turut dihadiri oleh Pengerusi MAIWP, Dato' Sri Syed Hussien Abd Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Haji Che Mat Che Ali. Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha MAIWP, Tuan Hj Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Selama ni aku tak pernah tau pulak yang PPZ-MAIWP hanya menguruskan bahagian kutipan dan Baitulmal-MAIWP serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sendiri yang bagi agihan langsung dan tidak langsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Dari apa yang dibentangkan oleh Dato' Seri  Dr Mujahid, jumlah kutipan zakat di PPZ-MAIWP bagi Tahun 2018 adalah sebanyak RM 651,228,032.94 iaitu ada peningkatan sebanyak 6% berbanding kutipan Tahun Lepas  (2017) iaitu RM 615,199,108.06.

Jumlah pembayar Zakat pun naik jugak iaitu dari 169,372 orang pada Tahun 2017 dah bertambah menjadi 180,958 pada Tahun 2018. Kenaikan sebanyak 7%.

Ni plak adalah Kutipan Zakat mengikut jenis Zakat:

1. Zakat Pendapatan
2017 - RM 408,848,038.25
2018 - RM 445,442,587.94
Peningkatan sebanyak 9%

2. Zakat Perniagaan
2017 - RM 122,142,889.95
2018 - RM 118,140,629.41
Penurunan sebanyak 3%

3. Zakat Simpanan
2017 - RM 42,812,531.38
2018 - RM 45,951,227.27
Peningkatan sebanyak 7%

4. Zakat Harta
2017 - RM 37,738,539.11
2018 - RM 38,021,846.21
Peningkatan sebanyak 1%

5. Qadha Zakat
2017 - RM 1,071,490.83
2018 - RM 777,187.42
Penurunan sebanyak 27%

6. Lain-lain kutipan
2017 - RM 2,585,618.54
2018 - RM 2,894,554.70
Peningkatan sebanyak 12%

Untuk Tahun 2019 ni pulak, Pihak PPZ-MAIWP target sebanyak RM 710 juta dengan pembayar Zakat seramai 190 ribu orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Selama ni ada je aku dengar Orang pertikaikan mana perginya duit Zakat. Susah nak faham kalau kita tak faham. Macam ni. Biar aku terangkan.

Agihan zakat dibuat menerusi 28 skim bantuan zakat yang membantu masyarakat asnaf daripada segala aspek merangkumi keperluan asasi, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun dan bukanlah bulan-bulan terpilih tau. Sepanjang tahun untuk yang memerlukan, iaitu Asnaf. 

Sebagai contoh satu keluarga yang dikenalpasti tergolong dalam golongan asnaf miskin, mereka akan dibantu dari segi:

- bantuan kewangan bulanan
-bantuan sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah
-bantuan pelajaran kepada anak-anak
-bantuan perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
-bantuan perniagaan sekiranya mreka ada membuat perniagaan kecil-kecilan 

MAIWP juga memudahkan proses permohonan dan penyaluran zakat ye. Kalau nak tahu, sebelum ini, proses permohonan bantuan zakat hanya boleh dibuat di ibu pejabat Baitulmal MAIWP. 

Akan tetapi bermula tahun 2008, nak memudahkan orang ramai berurusan dengan Baitulmal, maka MAIWP telah membuka cawangan dikenali sebagai Pusat Agihan Zakat atau ringkasnya PAZA. Sehingga kini PAZA telah dibuka di 9 lokasi di Kuala Lumpur dan satu lagi di Labuan. 

Lagi best Skuad Jejak Asnaf Baitulmal ASNAF telah ditubuhkan untuk turun padang dan menjejaki kalau ada yang tercicir dan layak mendapat bantuan zakat. Skuad ini secara rutin turun padang ke PPR dan kawasan atau lokasi yang dipercayai memerlukan. 

Cara lain MAIWP agih zakat secara tidak langsung pun ada juga. Dana Zakat dimanfaat untuk penubuhan prasarana yang dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang. Dalam aktiviti pendidikan pula, MAIWP membuka institusi bermula dari peringkat usia muda sampailah pengajian tinggi. Ini senarai institusi pendidikan di bawah MAIWP. 

1. Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri.
2. SMA- MAIWP Labuan
3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak.
4. Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan
5. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
6. Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
7. Darul Ilmi di Sungai Penchala
8. Pondok moden Al-A'Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak
9. Ma'alim al - Sunan Li dirasati al-Sunnah al- Nabawiyyah 

Institusi Perlindungan dan Kebajikan pula 

1. Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak untuk anak-anak yatim
2. Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial.
3. Darul Hidayah - perlindungan untuk muallaf

Dah jelas kan? Lega rasanya sebab aku dah tau mana duit Zakat ni disalurkan. Senang lepas ni kalau nak jelaskan untuk sesiapa yang rasa MAIWP tak jalan agihan dengan betul. Terus pm page mereka okay kalau ada kemusykilan. Terima kasih MAIWP dengan penjelasan panjang lebar mengenai agihan zakat. Sekarang dah tahu. Boleh la share dengan kawan-kawan atau saudara mara tentang ni.

Jangan lupa online di www.zakat.com.my atau di ig Pusat Pungutan Zakat

1 comment: