Hatyai Trip : Cara ke Hatyai Menaiki ETS dan Special Train Thailand - Blog Eyzamiel

6.2.19

Hatyai Trip : Cara ke Hatyai Menaiki ETS dan Special Train Thailand


Assalammualaikum n Selamat Tahun Baru Cina. Mesti semua tengah mood bercuti lagi kan? Minggu lepas aku dengan member-member ofis aku buat Trip ke Hatyai.

Kami plan ni lama dah. Dari aku mula-mula tukar masuk kat Ofis tu lagi. Alhamdulillah, Akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu sampai jugak. Kalau tak, jenuh la bebudak kat opis tu dok dengar kitaorang bercerita pasal trip Hatyai ni. Sabar je la korang.

Trip kali ni ala-ala backpackers. Semua bawak bagpack je. No More bag tarik. Kami pergi berenam je. 2 lelaki dan 4 perempuan. Dalam group kami ni 3 dah kahwin n 3 belum. Bagi kami-kami yang dah kahwin ni, kira Me Time la untuk kami. Tq sangat untuk husband masing-masing yang bagi izin wife pergi berlibur. Nasib gang travel ni semua sekepala n gila-gila. Baru la best.


Kami gerak malam dari KL Sentral. Ambik tiket pkl 11.30 malam hari Khamis (31/1/2019). Lagipun 1 Feb tu hari Wilayah n kami semua cuti. Dah plan baik punya sebab tak mau bertembung dengan orang masuk Hatyai waktu Chinese New Year. Rezeki kami la orang tak ramai sangat.


Tiket ETS

Tiket ETS boleh beli di Kaunter atau boleh beli online. Kami beli dekat KL Sentral je sebab online masa tu asyik tak boleh je.

Kalau nak beli online pun boleh. Masuk je website KTM . Daftar dan pilih je destinasi dekat situ. Lagi senang sebenarnya. Nanti dah beli just print je.


Harga Tiket ETS
KL Sentral - Padang Besar
- ETS Gold (RM 76 - sehala)
- ETS Platinum (RM 102 - sehala)

Waktu Sesuai
Train Thailand cuma ada 2 kali dalam sehari. Kalau korang nak sampai pagi macam kitaorang, Aku memang syorkan korang ambik train terakhir iaitu pkl 11.30 malam. Korang akan sampai di Padang Besar pukul 5.30 pagi. Sempat la korang nak cuci muka, sembahyang subuh dan sarapan dulu dekat stesyen kereta api Padang Besar sementara tunggu Train Hatyai.


Tapi kalau korang tak nak naik train hatyai pun boleh. Banyak je yang offer perkhidmatan van/kereta terus ke hotel di Hatyai. Seorang cuma RM 20.


Kalau macam aku, aku lebih rela tunggu sebab nak merasa pengalaman naik train Hatyai yang open Air tu. Klasik sangat. Pakai kipas je dalam train. 

Untuk makan, korang boleh naik atas sebab ada kedai makan.Cuma dia bukak dlm pkl 6 macam tu. Kena tunggu sikit la. Tapi Nasi Lemak kat kedai tu sedap. Kena try.

Untuk beli tiket train ke Hatyai, korang boleh ke Platform 2. Kiranya sebelah menyebelah je dengan platform 1 (tempat turun ETS)


Untuk train pertama (pagi), kaunter akan buka pukul 9.00 pagi waktu Malaysia. Sementara nak buka tu, bertabah la ye tunggu kat situ.


Kebanyakan yang naik ETS dari KL ke Padang Besar, diaorang malas nak tunggu n terus naik Van/Kereta yang RM 20 sekepala tu. Tak ramai la yang tinggal untuk naik train Hatyai. Tapi, yang naik komuter dari Butterworth ke Padang Besar yang ramai. Nasib baik la member kami, Abg Zahari nak beratur awal kat kaunter tiket Thailand. No 1 kau. Depan sekali. Dalam pkl 8.30 pagi tu orang dah makin ramai. Nasib baik sangat.


Tiket untuk Train Hatyai ni kita boleh bayar dalam RM atau Baht. Kami pilih bayar dalam RM sebab sayang duit Baht. Tapi rugi sikit la. Sebab kalau bayar dalam Baht cuma 50 Baht tapi dalam RM kena byr 7 ringgit. Rugi dalam 50 sen je pun. Hihihi.


Dah lepas pemeriksaan Imigresen, kami pun masuk la ke dalam untuk naik train Thailand. Sekarang ni dah tak perlu selit RM 2 sbb Thailand dah tak benarkan bagi tips. Yeay.. Jimat duit. Hihihi

Dekat tepi sebelum naik train, ada la akak ni jual Sim Card Thailand. Benda penting ni. Kang mati kutu plak kalau internet tak ada. Kami beli 3 sim je. 1 sim share 2 orang sebab unlimited data. 3 Sim kami dapat 660 Baht. Kalau tak satu sim dah 240 Baht.


Kalau beli dekat akak ni, korang tak perlu daftar. Kalau beli dalam Thailand kena daftar dulu. 

Memang klasik betul Train Thailand ni. Seronok pulak bergambar. Kalau buat photoshot mesti cantik ni.






Perjalanan dari Padang Besar ke Hatyai lebih kurang 45-50 minit je. Seronok la jugak boleh tengok kampung-kampung kat Hatyai ni.


Akhirnya kami pun sampai ke Train Station Hatyai. Train Station dia berkonsep open jugak. Banyak orang berniaga dekat tepi-tepi tu.



Next entry nanti aku cerita aktiviti kami untuk hari pertama di hatyai. 

Bajet (Seorang) :

Tiket ETS (KL Sentral - Padang Besar) - RM 76.00

Sarapan Pagi di Padang Besar - RM 3.00

Tiket Special Train Hatyai - RM 7.00

Sim Card Thailand - 110 Baht (RM 14.30)

Total : RM 100.30

*kadar tukaran 100 Baht = RM 13.00

12 comments:

  1. best sharing. boleh follow rapat2 ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai..mai.. follow kita. Tak sabar nak abiskan entry ni. Hihihi

      Delete
  2. Ala... Teringinnya nak pegi sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. nnt boleh pegi.. Cuma kalau bawak anak2 tak berapa sesuai naik train thai ni sbb jenuh nak tunggu. Hihihi. Eyza pun macam nak repeat lagi je.

      Delete
  3. Wah tak sabar nak baca next entri eyza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun tak sabar nak laju-laju abiskan entry ni.

      Delete
  4. Hi semua. Saya nak pergi Hatyai bulan 12 ni (6-9 Dec 2019) by bus. Ikut trip #AkuTravel agency. RM299/pax termasuk transport, hotel,tour guide & travel insurance. Kalau berminat nak tahu full itinerary boleh contact sye 018-9581995(najwa) or najwaakutravel@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Kena lepas dari imegresen dulu ke baru boleh beratur beli tiket train to hatyai di platform 2 ?

    ReplyDelete
  6. X perlu. Beratur dulu beli tiket Hatyai pastu baru beratur Imigresen. Nak lagi mudah kalau ramai, sorg beli tiket hatyai, yg lain beratur imigresen

    ReplyDelete
  7. Eh..murah plak kalau naik ETS ngan train..kalau x nak naik train amik kereta sewa bayar RM20 tu pun kira masih murah lagi..

    ReplyDelete
  8. Info dan tips yang terbaik.. Kami yang membaca pengalaman ini pun rasa seronok dan ingin mencuba... tips tips dan gambar amat memuaskan hati.. dan mudah untuk kami faham... terimakasih..

    ReplyDelete
  9. Kalau dengan kanak² agak² renyah tak?

    ReplyDelete