Tips , Itinerary Dan Bajet Ke Hatyai untuk 3 hari 2 malam - Blog Eyzamiel

10.3.19

Tips , Itinerary Dan Bajet Ke Hatyai untuk 3 hari 2 malam


Patutnya aku dah lama buat entry ni tapi aku lupa wei. Sorry sangat untuk sesapa yang tanya aku kat whatsapp, FB atau IG. Aku tak dapat jawab berapa total lost selagi aku tak buat entry ni sebab aku tak kira lagi.

Tips

Ok. First aku nak share tips ke sana.

1.Beli tiket ETS pergi dan balik sebulan lebih awal dari tarikh nak pergi sebab tiket ETS cepat Sold Out. Boleh beli online dekat sini.


2.Train Thailand cuma ada 2 kali dalam sehari. Macam kitaorang, dari KL Sentral ambik train yang paling last iaitu pukul 11.30 malam sebab kitaorang nak naik train Thai pukul 8.55 Pagi (waktu Thai, Waktu Malaysia pukul 9.55 Pagi).

3.Pukul 9.00 Pagi waktu Malaysia baru kaunter tiket bukak. Bagi sesapa yang naik train malam macam kitaorg, aku suggest dlm pukul 8.00 @ 8.30 pagi dah pegi beratur dekat kaunter tiket tu sbb nanti ramai.

4. Untuk naik Train Hatyai ni, hanya sesuai untuk orang yang sabar je. Yang takde kesabaran, aku suggest korang naik van. Yang tu pagi-pagi buta pun dah ramai yg offer masa dekat Station Padang Besar. Satu kepala cuma RM 20. Diaorang hantar terus ke hotel di Hatyai. Tapi kalau tanya aku, rugi la kalau tak merasa naik Train Thai ni sebab ianya macam train dulu-dulu. Open Air.


4. Jangan lupa bawak passport! Ni paling penting

5. Tukar duit siap-siap kat Malaysia. Kat Hatyai aku rasa mahal sikit.

6. Plan siap-siap tempat mana korang nak pergi

7. Bajet masa untuk balik supaya tak terlepas train


8. Kena try Nasi Lemak dekat Cafe atas Stesyen Padang Besar. Sambal dia sedap.

Itinerary

Hari Pertama
- Naik ETS dari KL Sentral pukul 11.30 Malam dan sampai Stesyen Padang Besar Pukul 5.30 pagi.

- Cuci Muka dan rehat sekejap. Kalau nak solat ada surau dekat situ.

- Beratur dekat Kaunter Tiket Thai pukul 8 pagi. Naik Train Thai ke Hatyai.


- Naik Tuk Tuk ke Kai Tod Decha untuk Lunch.

- Lepas Lunch, Check In Hotel

- Petangnya ke Central Festival Mall

- Malamnya ke Asean Night Market

Hari Kedua
- Ambik Pakej 8 jam ke:
1. Dimsum Chabura Hatyai
2. Municipal Park
3. Hatyai Cable Car
4. Chang Puak Camp
5. Samila Beach
6. Floating Market
7. Khlong Hae Seafood Steamboat

Untuk pakej 8 jam ni kami ambik dengan James. Yang baju biru dekat tengah tu la dia. Recommend!


Boleh contact dia kalau nak ke sana :
James - +66986719254

Habis pakej tu, kami naik tuk tuk dari Steamboat dan sambung shopping dekat Lee Garden Plaza

Hari Ketiga
- Naik tuk tuk ke Kim Yong Market
- Makan di Hamid Restaurant
- Shopping Arabus di 7e
- James hantar balik ke Sempadan Thailand dan Padang Besar
- Dari Padang Besar ke KTM kami naik Hilux Poksu. Dia hantar terus ke Tangga KTM, tak payah menapak naik jejantas. Ni nombor Fon Poksu. Boleh contact dia.


Bajet

Hari Pertama:

Tiket ETS (KL Sentral - Padang Besar) - RM 76.00

Sarapan Pagi di Padang Besar - RM 3.00

Tiket Special Train Hatyai - RM 7.00

Sim Card Thailand - 110 Baht (RM 14.30)

Tuk tuk (train station ke Kai Tod Decha ke hotel) - 30 Baht (RM 3.90)

Makan di Kai Tod Decha - Fahmi Belanja

Hotel - RM 93.80 (include tax) 2 malam

Tuk tuk (Central Festival mall) - 20 Baht (RM 2.60)

T-Shirt Hubby + 5 Anak Buah - 870 Baht ( RM 113.10)

Seluar Pendek Hubby - 100 Baht (RM 13.00)

T Shirt sedondon - 180 Baht (RM 23.40)

Seluar Palazo - 100 Baht (RM 13.00)

Pancake - 60 Baht (RM 7.80)

Tuk tuk balik hotel - 20 Baht (RM 2.60)

Hari Kedua:

Pakej Tour 2000 Baht bahagi 6 - 334 Baht (RM 43.29)

Dimsum Chabura - Abg Zahari Belanja

Beli Mineral dan Arabus - 45 Baht (RM 5.85)

Hatyai Cable Car - 200 Baht ( RM 26.00)

Beli Gambar - 200 Baht (RM 26.00)

Buah di Chang Puak Camp - 40 Baht (RM 5.20)

Beli T-shirt dan Fridge Magnet di Samila Beach -  (RM 41.60)

Aiskrim Kelapa di Floating Market - 30 Baht (RM 3.90)

Buffet Seafod - 289 Baht (RM 37.57)

Tuk tuk ke Lee Garden Plaza - 150 Baht (RM 19.50)

Shopping Seluar di Lee Garden - 200 Baht (RM 26.00)

Passport Holder di Lee Garden - 100 Baht (RM 13.00)

Pulut Mangga + Air Tembikai - 100 Baht (RM 13.00)

Pedicure Manicure - 200 Baht (RM 26.00)

Tuk Tuk Balik Hotel - 20 Baht (RM 2.60)

Hari Ketiga:


Tuk tuk ke Kim Yong Market (Pergi Balik) - 34 Baht (RM 4.42 )

Gajus, pes tomyam & kacang cerdik - 260 Baht (RM 33.80 )

Makan di Hamid Restaurant - 176 Baht ( RM 22.88)

Arabus, Meiji & Yogurt - 135 Baht (RM 17.55)

Bayar James utk ke Border - 137 Baht  (RM 21.71)

Bayar Poksu utk ke KTM (RM 10.00)

Arabus di Padang Besar  (RM 6.50)


Tiket Komuter ke Tasek Gelugur (RM 10.40)

Total Habis untuk seorang : RM 790.27


Bajet ni boleh kurang lagi kalau tak shopping. Below RM 500 je. Aku terover bajet sebab tershopping.

*semua baht dah convert ke RM ikut tukaran 100 Baht = RM 13.00

Harap entry ni dapat bantu korang buat perancangan dan bajet. Selamat bercuti.

11 comments:

  1. hello.. apa website nak booking tiket ets ya? sy cek redbus, ktm train kl-perlis or kl-padang besar untuk date bulan 11 langsung tak da keluar. it said no bus.hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk website KTMB. Nanti kat sana masukkan tarikh akan keluar.

      Delete
  2. Salam. No poksu tu coverage line Malaysia or Thailand ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau tgk nombor macam no thai. Tapi xpe, wasap je dia. Kitaorg hr tu jumpa trs

      Delete
  3. salam, sis menginap di hotel mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Eyza menginap dekat Hotel Lee Garden

      Delete
  4. Jenuh akak baca entry Eyza ni,sebab plan nak pergi bulan 4 ni sebelum puasa..kena plan dari sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Eyza mmg suka buat part by part supaya semua info x tertinggal. Selamat bercuti kak

      Delete
  5. asean night market buka setiap malam ke?

    ReplyDelete
  6. Buka setiap hari dari pukul 4 petang kalau x silap

    ReplyDelete
  7. Assalam. Nak tanya berkenaan jarak dari KTM Padang Besar ke Train Thailand. Berapa jauh ya? Boleh jalan kaki tak?

    ReplyDelete