Makanan Halal di Hatyai - Blog Eyzamiel

9.2.19

Makanan Halal di Hatyai


Sebenarnya kan.. Tujuan utama kami semua ke Hatyai sebab nak makan-makan je pun. Masa aku pergi dulu tak de la banyak sangat tempat makan yang aku terjah. Kali ni aku nak try semua tempat-tempat makan viral kat Hatyai ni. Ni antara tempat makan yang aku sempat makan.

Kai Tod Decha


Dekat sini ramai yang recommend try Agam Goreng. Aku pun order la Nasi Ayam Goreng dengan Teh Ais Buih.


Ayam Goreng kat sini memang sedap tapi nasi dia manis sikit. Tapi aku suka la sebab Nasi dengan Ayam tu lembut. Dia bagi sekali sup dengan acar jelatah. 

Kawan aku ada yang order tomyam Seafood. Pun sedap jugak. Kalau nak rasa tomyam thailand, boleh la order.


Lagi satu, korang jangan lupa try teh ais buih. Sedap! Pekat likat n tak manis sangat. Sedang-sedang je rasa.

Food Court Asean Night Market


Kalau korang nak try pelbagai jenis makanan, aku memang suggest korang makan dekat Food Court Asean Night Market ni. 


Ada pelbagai jenis makanan yang korang boleh pilih. Kalau tengok dari mata kasar memang la semua kita akan tergoda. Tapi ada juga makanan yang cantik di luar tapi rasa so-so je.


Kena pepandai cari gerai. Aku just beli dekat gerai yang ada ayat Al-Quran, bertudung atau berkopiah je. Yang takde, aku tak berani beli.



Pancake Pisang campur coklat ni sedap jugak. Ramai org Malaysia berhenti dekat meja aku semata-mata nak tanya beli dekat gerai mana. Tu, kat atas tu ada gambar owner gerai ni. Tapi aku tak galakkan korang beli pancake jagung sebab manis giler. Tak berapa boleh masuk dek tekak.


Kat Hatyai ni memang femes dengan Udang besar-besar ni. Kami pun beli la sepinggan dan share. Boleh la kalau nak makan. Tapi, manis udang tu dah tak berapa ada la. Maybe dah banyak kali panaskan.


Dimsum Chabura Hatyai


Ha.. ni pun antara tempat wajib korang kena makan kalau dah sampai Hatyai. Dimsum dia dah la banyak pilihan. Murah pulak tu.


Kalau tak nak makan Dimsum, ada jugak makanan lain tapi aku recommend korang try Daging Bakar kat sini. Cornfirm tak menyesal sebab daging dia sedap dan lembut.

Khlong Hae Seafood Buffet


Ni pun salah satu tempat makan viral yang aku suggest korang try. Dah la murah, banyak pilihan pulak tu. 


Sampai tak tahu nak makan yang mana. Tak terdaya rasanya nak try semua makanan. Kat sini ada air nenas yang sedap. Kena try tau!



Seafood kat sini banyak n palingggg korang kena try ialah Ikan Bakar Garam. Kami ambik ikan siakap. Simple je sebenarnya tapi sedap.


Floating Market


Ini antara tempat favourite pelancong kalau ke Hatyai. Sini pun banyak pilihan makanan cuma agak tak best sebab ada anjing berkeliaran. Nak beli pun risau je.


Tapi harga makanan kat sini still murah la n banyak makanan halal kat sini.

Hamid Restaurant


Asalnya kami nak sarapan dekat Salma Restaurant tapi tengok orang beratur sampai luar kedai, kami pun teruskan je la ke Hamid Restaurant.


Aku order Teh Ais dan Nasi Goreng Sambal Udang. Kalau korang penggemar pedas, aku memang recommend menu ni. Nasi goreng ni jenis pedas pijar dalam mulut tapi sedap.

Jangan order Nasi Goreng Pattaya sebab nasi dia just goreng dengan sos tomato n bungkus telor. Tak pedas langsung and tak kena selera aku. Tapi kalau korang suka tak pedas boleh la order.

Ni je la antara kedai-kedai makan yang aku sempat terjah. Rasa tak cukup 3 hari 2 malam. Macam nak repeat lagi je. Oh, by the way kalau nak beli Pulut Mangga aku recommend korang beli dekat area Lee Garden Plaza. Sedap!

Entry Hatyai yg lain:

Cara ke Hatyai Naik ETS

3 comments:

  1. ohoohoi makanan2 street food dia pergh..!! itu memang kelemahan tu hehe mleleh ailio =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. kita pun x leh move on lagi ngan makanan kat sana.. sedap2

      Delete
  2. suka tengok orang pergi hatyai..sebab makana ddekat situ macam-macam..

    ReplyDelete