April 2018 - Blog Eyzamiel

28.4.18

Set Lunch di Secret Recipe

Saturday, April 28, 2018 1
Set Lunch di Secret Recipe
Set Lunch di Secret Recipe|Semalam Eyza dengan kawan-kawan opis sempat la makan fekat Secret Recipe Mid Valley. Kami suka kalau makan cari Set Lunch sebab murah sikit dari harga biasa. Nasib baik Secret Recipe ada Set Lunch ni. Jimat. Hihihi


Set lunch ni ada 6 pilihan makanan. 3 set harganya 18.90 setiap satu dan 3 set lagi berharga RM 20.90 setiap satu.

Eyza ambik yang set RM 20.90. Ada Aglio Olio dengan Air Lemon Tea.



Pastu, kawan-kawan Eyza tambah kek pulak. Adoi.. Habis la diet macam ni. Kek kat SR ni tak pernah la tak sedap.



Aglio Olio tu sedap cuma pedas. Tapi Eyza makan pedas dan bagi Eyza rasa pedas tu ok.


So, kalau korang tak tahu nak makan apa bila lunch bolehlah terjah Secret Recipe. 

24.4.18

Buffet Ramadhan 2018 : 13 Keistimewaan 'IFTAR' di Bangi Golf Resort

Tuesday, April 24, 2018 1
Buffet Ramadhan 2018 : 13 Keistimewaan 'IFTAR' di Bangi Golf Resort
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort | Alhamdulillah.. Tahun ni Eyza masih berkesempatan untuk join Preview Buffet Ramadhan 2018 di Bangi Golf Resort. Tiap-tiap tahun BGR memang tak pernah kecewakan Eyza sebab banyak sangat pilihan makanan yang sedap.

Ada 13 keistimewaan Buffet Ramadhan BGR yang bermula 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.

1. Harga Istimewa Untuk DURIAN!!
BGR akan menerima tempahan untuk durian Musang King (RM 110 sekotak) dan D24 (RM 55 sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya. Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/




2. Disahkan Halal
Sejak tahun 2009, Restoran BGR ni telah disahkan HALAL oleh JAKIM. BGR juga telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Dato' Menteri Besar Selangor pada 2017.

3. Sajian Eksklusif 
Tetamu akan dihidangkan dengan Kambing Bakar dan pelbagai makanan lain yang menarik. Tahun ni, BGR juga memperkenalkan menu Laksa Sarawak.





4. Masakan Melayu Tradisional
Menggunakan bahan mentah yang ditanam sendiri di "Kebun dalam Bandar" berlokasi di Premis Bangi Golf Resort sendiri.







5. Hidangan Barat Moden
Tiap-tiap tahun sajian dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma memang jadi kegemaran Eyza. Tak lengkap berbuka kat sini kalau tak rasa signature Dish BGR.








6. Sajian Timur yang disediakan dengan sempurna
Jangan lupa try Daging Masak Hitam dan Filet Ikan goreng dengan Sos Mentega.






7. Pelbagai Pencuci Mulut
Eyza kalau datang sini memang akan cari pencuci mulut sebab kat sini ada pelbagai jenis pencuci mulut yang sedap seperti Tiramisu, kuih muih melayu, Salted Caramel Brownies, Red Velvet Durian Mousse dan macam2 lagi. Pilih je yang mana suka.






8. Persembahan secara langsung
Untuk memeriahkan suasana, ada persembahan muzik yang dimainkan secara langsung dari 6.30 petang hingga 9.30 malam.

9. Tempat Letak Kereta PERCUMA!!
Ada lebih dari 800 lot parking disediakan di sini. Jangan risau tau..

10. Surau disediakan
Ruang solat yang luas juga disediakan untuk tetamu.

11. Buat Baik!
Masa bulan Ramadhan ni, Restoran BGR akan menyumbangkan 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi membantu mereka yang kurang baik.

12. Suka Makan Benci Kepada Pembaziran
Restoran BGR mengamalkan konsep sifar pembaziran dan akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan dari Buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

13. Nilai untuk wang anda!
Restoran BGR menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidangan melayu, barat dan timur. Harga untuk tempahan dalam talian di web https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM 59 nett untuk dewasa dan RM 29.50 nett untuk kanak-kanak.

Happy sebab menang Contest di FB dari BGR.

Dah la banyak makanan, murah plak tu. Cepat-cepat buat tempahan, takut baucer Sold Out nanti.

GIVEAWAY!!!!
Giveaway ni khas untuk follower ig Eyza iaitu @eyzamiel ... Korang just follow IG Eyza dan IG Bangi Golf Resort . Tag 3 orang rakan dekat komen gambar Giveaway ni. Nanti Eyza akan cari seorang pemenang untuk memenangi sepasang baucer Buffet Ramadhan di Restoran Bangi Golf Resort. Senang je kan cara nak menang.Ikut je semua syarat. Tarikh tutup adalah pada 30 April 2018. InsyaAllah Eyza akan umum pemenang pada 1 Mei 2018 nanti ye.


17.4.18

Menangi RM110,000 Duit Raya dengan Lam Soon’s Raya Fiesta Berganda Contest

Tuesday, April 17, 2018 0
Menangi RM110,000 Duit Raya dengan Lam Soon’s Raya Fiesta Berganda Contest
Ramadan semakin menjelang , dan dengan itu datang penyucian rohani, jasmani dan pembersihan rumah secara rapi sebelum Hari Raya.

Memahami tekanan kenaikan kos sara hidup terutama ketika melakukan persiapan untuk musim perayaan, jenama-jenama penjagaan rumah dan peribadi di bawah Lam Soon telah bergabung untuk menggembirakan pelanggan dengan peraduan Raya Fiesta Berganda yang menawarkan 416 hadiah sepanjang 13 minggu, termasuk 390 hadiah mingguan sebanyak RM100 setiap satu, 21 hadiah istimewa sebanyak RM 1,000 setiap satu serta lima hadiah utama  sebanyak RM 10,000 yang berjumlah RM 110,000 dalam bentuk duit Raya! Peraduan ini akan berlangsung dari 2 April sehingga 2 Julai, 2018.

Jenama Lam Soon yang terlibat dengan peraduan Raya Fiesta Berganda termasuk Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal no 1 di Malaysia, bio-home rangkaian pembersihan rumah mesra alam yang diperbuat daripada bahan terbiodegradasikan dan berasaskan tumbuhan, pembersih khusus wanita Orchid, rangkaian penjagaan diri May dan Fruitale serta  bahan pencuci rumah Zip dan Labour.


Peraduan Raya Fiesta Berganda ini sangat mudah untuk disertai kerana kebanyakan orang akan membeli produk-produk ini pada kebiasaannya: Beli mana-mana product Lam Soon sebanyak RM20 dalam satu resit.  Kemudian namakan 3 jenama Lam Soon yang terlibat dalam peraduan ini. Hantarkan jawapan anda melalui Whatsapp ke +6012 526 3391 termasuk nama penuh, nombor IC dan jawapan. Sertakan gambar resit anda sebagai bukti pembelian untuk tujuan pengesahan. Jika resit pembelian RM20 termasuk dua atau lebih jenama yang mengambil bahagian, anda berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 21 hadiah istimewa bernilai RM1,000!


Menurut En. Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Jabatan Penjagaan Isi Rumah dan Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd’s Bahagian Pemasaran, syarikat ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pengguna untuk sokongan mereka terhadap jenama-jenama kualitinya.  

“Kami faham persediaan untuk musim perayaan boleh menyebabkan ketegangan perbelanjaan isi rumah kerana terdapat terlalu banyak benda yang perlu dibeli. Produk-produk kami adalah keperluan sepanjang tahun untuk isi rumah dan individu untuk mengekalkan kebersihan rumah dan peribadi. Musim perayaan adalah masa yang terbaik dan paling bermakna untuk menggembirakan mereka dengan hadiah wang tunai yang boleh digunakan untuk perbelanjaan mereka yang lain dan menjadikan sambutan perayaan meninggalkan kenangan yang lebih mendalam,” kata En. Ng.


Kebersihan dan Petua Pembersihan untuk Ramadan!

·  Gunakan rangkaian mandian Antabax kerana ia memberikan perlindungan 24 jam daripada 99.9%  kuman berbahaya, serta menjadikan kulit kekal lembap dan segar.

·    Pencuci Dapur bio-home adalah agen pencuci yang mesra alam, dibuat daripada 100% bahan aktif berasaskan tumbuhan yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil juga pada kesan minyak. Pada masa yang sama, bahan ini lembut pada kulit – sesuai digunakan untuk membersihkan permukaan dapur selepas memasak hidangan sahur atau iftar.  

·  Kaum hawa pula boleh menjaga kebersihan bahagian intim mereka dengan mudah menggunakan pembersih khusus wanita Orchid yang mengandungi herba traditional seperti manjakani, kacip Fatimah dan daun sirih serta mempunyai pH seimbang 3.5 yang sesuai untuk bahagian intim.

Kebersihan dan Petua Pembersihan untuk Raya!
·  Travel kit Antabax yang terdiri daripada Penyembur Pembersih, Gel Pembersih Tangan Segera, Tisu Pembersih Anti-Bakteria dan krim mandian digunakan untuk pembersihan di mana sahaja tetapi terutamanya berguna semasa dalam perjalanan balik kampong.

·   Untuk menyegarkan lantai ruang tamu, ruang makan dan dapur antara tetamu yang ramai, gunakan pencuci lantai mesra alam bio-home dalam bauan Asia iaitu serai dan teh hijau kerana ia tidak perlu dibias dan tiada sebarang toksik..

·   Untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoron degil seperti kunyit, cecair pencuci pinggan ZIP berkuasa, menjimatkan dan lembut pada tangan. Amalkan pembersihan secara terus di dalam dapur and ruang makan untuk mengelakkan timbunan pinggan mangkuk dan perik kuali bertambah.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Raya Fiesta Berganda contest, sila layari  www.rayafiesta.com.


Buffet Ramadhan 2018 : Chakri Palace menawarkan Buffet Ramadhan bertemakan makanan Thailand

Tuesday, April 17, 2018 5
Buffet Ramadhan 2018 : Chakri Palace menawarkan Buffet Ramadhan bertemakan makanan Thailand
Buffet Ramadhan 2018 : Chakri Palace menawarkan Buffet Ramadhan bertemakan makanan Thailand | 9 April lepas, Eyza sempat ke Chakri Palace Pavillion untuk menyambut Ulangtahun Chakri Palace yang ke 19 tahun sekaligus untuk preview Buffet Ramadhan.


Tahun ni Chakri Palace mengetengahkan Buffet Ramadhan "Tantalizing Taste of Thailand" di Chakri Palace KLCC dan Pavillion bermula 18 Mei 2018.

Terdapat lebih dari 50 jenis makanan moden dan authentic Thai serta makanan tempatan seperti ulam-ulam, kerabu,Thai Mango Salad, Thai Papaya Salad dan makanan yng paling popular dekat Chakri iaitu "Mieng Kam".






Ada macam-macam jenis makanan yang buat Eyza terliur. Eyza ni dah la gemar makanan Thailand. Makanan kat Chakri ni memang menepati selera Eyza.



Pulut mangga kat sini memang terbaik. Tahun lepas banyak Eyza makan, tahun ni Eyza masih dalam pantang Eyza terpaksa la tengok saje Sally makan.. Huhuhu. Nasib baik la ada Red Ruby, dapat la Eyza makan.
















Lagi satu, kalau datang Chakri korang wajib try "Mieng Kam". Ianya adalah daun kaduk yang dimakan bersama sos khas dan kita boleh pilih nak letak bahan-bahan apa atas tu. Sedap tau! Eyza belajar makan "Mieng Kam" ni pun masa buffet Ramadhan Chakri tahun lepas la. Tahun ni memang wajib kena cari lagi.



Ya Allah.. tengok la susun atur kuih tu.Semua nampak sedap. Sampaikan Eyza jadi rambang mata tak tahu nak pilih kuih apa. 


So, kalau korang nak kelainan dan lari dari kebiasaan berbuka dengan lauk pauk kampung, korang bolehlah berbuka di Chakri Palace dengan hidangan Authentic Thai. Gerenti puas hati!

Buffet Ramadhan di sini bermula pada 18 May 2018 di Chakri Palace KLCC dan Pavillion. Menu akan berubah setiap hari supaya kita tak rasa bosan kalau datang lebih dari sekali. Buffet Ramadhan akan dibuka pada pukul 7 petang .

HARGA
Harga untuk dewasa RM 98.90++(KLCC)/RM 88.90++(PAVILLION) dan kanak-kanak RM 49.90++(KLCC)/ RM 42.90++(PAVILLION) berumur dari 6 hingga 12 tahun dan untuk warga emas (umur lebih dari 56 tahun) dan kanak-kanak bawah 6 tahun adalah PERCUMA!!! Wah.  Bestnya..

EARLY BIRD OFFER
(Minimum order 4 orang)
Beli sebelum 14 Mei 2018 - RM 78.90++ seorang dewasa (KLCC)
Beli sebelum 14 Mei 2018 - RM 68.90++ seorang dewasa (PAVILLION)
Early Bird Offer ni boleh dibeli pada 8 April hingga 14 Mei 2018 sahaja.
Kalau group booking pulak, beli 5 baucer PERCUMA 1 baucer.

TEMPAHAN
Untuk pertanyaan dan tempahan boleh call 03-23827788 (KLCC) / 03-21431141 (PAVILLION)
atau 
Email : marketing@chakri.com.my