Eyza ni memang peminat setia rangkaian wangian dari Enchanteur. Dari zaman sekolah lagi tau. Tapi dulu Eyza suka Enchanteur Charming. Sweet je bau. Sekarang ni Enchanteur dah keluarkan pelbagai variasi wangian, deodoran dan losyen badan.
Sekarang ni Eyza suka dengan Enchanteur Paris sebab ianya dapat menyerlahkan personaliti dan diperkaya dengan seleksi wangian mewah. Bau Enchanteur Paris ni memang kena sangat dengan jiwa Eyza.
Ada 3 variasi wangian dari jenama Enchanteur Paris ni. Semua Eyza suka. Tak boleh nak buat pilihan. Bukan tamak tapi dah suka nak buat macam mana kan? Hihihi.
Enchanteur Paris Mon Amie (Kuning)
Wangian ni sesuai dipakai jika keluar bersantai-santai dengan kawan-kawan sebab baunya Fresh dan membuat kita rasa muda je. Ianya sesuai dipadankan dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion), Double Moisture Parfum Serum yang mempunyai Hyaluronic dan Minyak Zaitun.
Enchanteur Paris Belle Amour (Pink)
Wangian ni sesuai dipakai jika keluar bersama yang tersayang. Pendek kata keluar dating la sebab baunya lebih bersifat romantik gitu. Losyen Wangian Pencerah Enchanteur Paris Belle Amour ni mempunyai 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan -ekstrak likoris, ekstrak sakura dan Vitamin B3.
Enchanteur Paris Adore (Ungu)
Wangian ni membangkitkan Nostalgia sebab baunya mengingatkan kita pada zaman kita kecik-kecik dulu. Ianya juga ada perlidungan UV dan membuat kulit menjadi sihat dan cerah berseri.
Produk enchanteur Paris ini dijual dengan harga rm 7.90 / rm 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga rm18.00 / rm16.95 (275ml / 300ml). Deodoran wangian anti peluh enchanteur paris pula dijual pada harga rm8.70.
Ketrangan lanjut sila layari:
Suka bau segala jenis dari jenama Enchanteur... wangi!! Sedap je bau hehehehe
ReplyDeleteWahh....bestnye eyza... LeYa nak jugak laa...
ReplyDelete