Kebelakangan ni Hubby sibuk sangat. Nak ajak ke mana-mana
pun susah. Kekadang kecik jugak hati tapi kenangkan dia cari rezeki, Eyza
bertabah je la. Nasib baik Isteri dia ni jenis yang kental dan dah lali dengan kesibukkan dia. Takde
la nak merajuk-rajuk.
Ni pun dah lama kami tak pergi bercuti. Bosan jugak asyik
lepak kat rumah je. Nak pergi bercuti sorang tak best pulak. Semalam ada jugak tanya
Hubby, bila nak bercuti lagi. Dia cakap Cuti Hari Krismas nanti. Sebab masa ni
dia cuti lama sikit sebab habiskan cuti hujung tahun.Yeay.
Hubby suruh Eyza pilih nak pergi mana. Ikutkan hati banyak
je tempat nak pergi. Maklumlah, dah gian nak pergi merehatkan fikiran.
Tambah-tambah pulak bila hujung tahun ni.Lagipun Hubby cakap sebab nak bagi
hadiah Birthday yang tertunggak hari tu. Takpe. Wife u ni faham u sibuk. Biar
lambat janji dapat. Hahaha.
Dalam dok mencari tempat nak bercuti tu, tetiba teringat
dekat web Traveloka. Jom la kita terjah cari hotel dekat Promosi Traveloka
atau laman web Traveloka . Wah.
Pucuk dicita Ulam mendatang. Memang mudah la kerja Eyza. Terdapat lebih kurang
100 hotel di Malaysia, Singapore dan Indonesia yang boleh dipilih. Cari je kat
situ. Bukan setakat Hotel, Flight pun boleh booking kat web ni. Mudah je. Just
register untuk yang pertama kali nak tempah atau Log in je untuk yang dah
pernah daftar.
Eyza pun survey-survey la dulu harga hotel untuk tempat
percutian sekitar Malaysia. Mula-mula ingat nak pergi Melaka, pastu macam nak
pergi Cameron Highlands. Haish susahnya sebab banyak sangat pilihan. Rambang
mata la pulak.
Dah la harga yang ditawarkan dekat web ni murah. Sebab tu la
Eyza tak tahu nak pergi bercuti kat mana. Kalu pergi Melaka Eyza nak stay dekat
Philea Resort & Spa.
Philea Resort & Spa ni sangatlah sesuai untuk kami suami
isteri tenangkan fikiran sebab suasana kawasan ni sangat tenang dan santai. Dah
la mengidam nak dating sini. Suka dengan konsep dia yang ala-ala kayu tu.
Tapi kalau pergi Cameron, teringin pulak nak stay dekat De’La
Ferns Cameron Highlands. Tengok hotel ni ramai yang puji. Dah tu harga pulak
masih dibawah bajet honeymoon kitaorang.
Eyza dah mengidam nak pergi 2 tempat ni. Hubby ok je. Tapi,
sambil-sambil tu dia suruh check jugak tiket flight dan hotel dekat Bali. Nasib
baik dekat laman web Traveloka ni tiket Flight pun ada. Senang
sikit. Semua boleh check dalam satu web je.
Senang sangat. Just pilih destinasi, tarikh pergi balik dan
berapa orang. Nanti terus akan terpampang harga tiket sekali dengan syarikat
penerbangan. Dekat sini kita boleh compare yang mana satu lagi berbaloi untuk
kita pilih.
Dah tahu harga flight, jom la kita tengok hotel kat Bali
pulak yang berkenan di hati. Eyza suka hotel Atanaya by Century Park. Suka dengan
konsep kolam renang dia.
Lagipun tengok dekat review, ramai yang bagi feedback
positif. Suka betul. Bilik dia pun ok. Menepati citarasa Eyza.
Sekarang ni Eyza dah jadi confuse. Nak pergi bercuti kat
mana ni.. Adoi. Awat la Traveloka ada banyak sangat pilihan. Confuse. Nak
bercuti dalam Malaysia ke kat luar Negara. Erm.. Balik ni nak kena bincang
betul-betul dengan Hubby ni. Semua best. Tapi, nak pergi semua tempat untuk
cuti hujung tahun ni memang tak sempat la.
Macam mana ni? Kalau uolls akan pilih bercuti kat mana? I
dah confius. Hahaha.
No comments:
Post a Comment