Dari dulu lagi Eyza ni memang penggemar barangan dari Safi. Bila Safi keluarkan Mask dari Safi Rania dan Safi Balqis memang Eyza nak la cuba.
Ada 2 mask yang dikeluarkan iaitu Masker Pencerah Safi Balqis dan Masker Keremajaan Wajah Safi Rania Gold.
Masker Pencerah Safi Balqis
(RM 5.90)
Manjakan kulit wajah dan rasai kombinasi Nano Biowhite, Arbutin dan Kiwi yang kaya dengan vitamin C bertindak menyerap masuk ke dalam 3 lapisan kulit bagi menghasilkan kulit wajah yang halus mulus dan cerah dengan efektif. Hialuronik Asid pula membekalkan lembapan berpanjangan agar kulit wajah terasa lembab dan lembut. Gunakan masker ini selama 20 minit sebelum tidur dan nikmati kesegaran kulit wajah yang halus, mulus & cerah sempurna keesokan harinya!
Masker Keremajaan Wajah Safi Rania Gold
(RM 6.90)
Disebakan Eyza pun dah 30an, memang Masker Keremajaan Wajah Safi Balqis la yang sesuai. Nak pakai pun senang je sebab just tepek je kat muka dalam sejam camtu. Pastu cuci.
Eyza suka sangat-sangat sebab muka Eyza jadi lembut dan lembap. Tak perlu dah mekap tebal-tebal.
Produk ni boleh dibeli di semua pasaraya besar, farmasi dan kedai runcit terpilih.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari :
huihh! lama gila sampai sejam kak pakai...Sally tdo dah kalau macam tuu..muahahahaha...tapi akak mmg cantik!
ReplyDelete