Yeay... Eyza dapat "Parcel Of Joy" dari Lazada. Macam-macam ada dalam tu. Ada Bag Milo "Ola Bola", Maggi Oatmee, Nescafe, Cereal, Tefal Manual Chopper, Pen, Wet Tissue Mamypoko dan serum rambut dari Loreal. Happy tau.
Eyza dapat "Parcel Of Joy' ni sempena Lazada Online Revolution yang akan bermula esok sehingga 14 Disember 2016 dan ianya adalah kali kelima dibuat sejak dilancarkan.
Lazada
Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara,
“Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000
peniaga tempatan dan antarabangsa.
Wah.. Dah bersedia ke? Esok je ni. Eyza memang tak sabar nak tunggu "Online Revolution" ni. Banyak yang Eyza dok fikir nak beli.
Tema untuk
jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands
for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama
kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara
“Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft,
ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.
Hans-Peter
Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata,
“Di Lazada
Malaysia, kami komited
untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81%
daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang
terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online
Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk
memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan
jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di
luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna
untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.
“Pada hari
ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan
lebih subbandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami
berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana
itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih
daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaku kami
termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”, ujar En. Ressel di
hujung kata.
Semasa
acara ini, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500
000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama
tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang
eksklusif. Lazada Malaysia juga akan
menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang
untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah
tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV
Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016.
Mengenai
“Online Revolution” Lazada
“Online Revolution”
Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia
Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam
buah negara.
Lazada memulakan
“Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik
para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang
bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan
membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap
tahun.
Semenjak itu,
“Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan
runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam
Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama
tiga hari.
“Online Revolution”
2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus
akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang
terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.
Mengenai Lazada
Group
Lazada Group mengendalikan Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia
Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).
Dilancarkan pada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan
e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah
dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika
penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma.
Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada
barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan
peralatan sukan.
Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan
akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui
satu saluran runcit tunggal.
So, jangan lupa tau. Esok ramai-ramai kita terjah laman web Lazada untuk shopping!!
setiap tahun gak le tnggu sale ujung tahun lazada.
ReplyDeletehope tahun ni price lg best.
Kotak fun of joy.. mmg fun sungguh.. ok siap sedia terjah.. hasil kotak kita sama isi nyer :D
ReplyDeleteBestnya eyza. Box kami sampai esok rasanya
ReplyDeleteuntung laaaaaaa dapat~ hahahahaha...happy shopping kak oii!
ReplyDeleteBanyaknyaaa... Suka suka suka.. lama tak nyoping kat lazada
ReplyDeleteuntung laaa weii
ReplyDeleteHello,
ReplyDeleteIni adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)