Tips Bags Tidak Mudah Rosak - Blog Eyzamiel

7.11.16

Tips Bags Tidak Mudah Rosak

Eyza ni jenis yang suka jugak kumpul koleksi handbags. Kalau dulu, setiap acara yang Eyza pergi mesti bertukar-tukar handbags cuma sekarang ni je macam malas. Selesa pakai satu je sebab kkdg bila tukar bag, mesti ada benda terlupa nak letak dalam bag yang Eyza bawak.

Tidak dinafikan bahawa ramai wanita yang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk memiliki koleksi beg tangan kegemaran mereka. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memang pengumpul koleksi beg tangan berjenama atau branded bags, setiap satu beg tangan sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri. 


Oleh kerana itu juga, majoriti pengumpul beg tangan atau handbags collector biasanya amat cerewet dalam soal penjagaan koleksi bags mereka terutama sekali beg-beg yang berharga mencecah ribuan ringgit. Dan untuk entri kali ini, Eyza nak bagi beberapa tips penjagaan bags untuk memastikan ia tidak mudah rosak dan kekal lebih lama. 


1.      Pertama sekali, penting untuk anda mempunyai ruangan khas untuk menyimpan beg-beg ini tersebut. Sebaik-baiknya, simpan koleksi beg anda di rak khas penyimpanan beg.
2.      Untuk beg yang tidak digunakan dalam jangka masa yang panjang, simpan beg tersebut di dalam kotak atau sand paper untuk mengelakkan beg tersebut daripada terkena habuk atau serangga perosak.
3.      Jangan gantung beg tersebut kerana ia boleh menyebabkan pemegang atau tali beg anda mudah rosak atau terkoyak.
4.      Untuk mengekalkan bentuk beg tersebut, masukkan gumpalan kertas ke dalam beg tersebut apabila tidak digunakan.
5.      Bagi koleksi beg tangan kulit, anda boleh menggunakan krim kulit khas untuk menjaga kualiti kulit beg tersebut agar tahan lebih lama. 

So, kalau sayangkan handbags mahal uolls, bolehlah ikut tips yang Eyza bagi ni ye.

No comments:

Post a Comment