Iklan Perayaan Petronas untuk Deepavali Tahun Ni banyak maksud tersirat - Blog Eyzamiel

30.10.16

Iklan Perayaan Petronas untuk Deepavali Tahun Ni banyak maksud tersirat

Eyzakan setiap kali Deepavali Eyza paling suka tengok orang pakai Sari. Corak dan bling bling kat sari tu buat Eyza rasa kagum. Tu belum lagi masuk hiasan macam gelang, subang dan  rantai. Cantik sangat. Dan tiap kali tibanya Deepavali mesti teringatkan Maruku. 

Dulu, family Eyza memang rapat dengan family kawan ayah iaitu Uncle Thiru. Tiap kali Deepavali dia akan buat Rumah terbuka. Yang bagusnya pasal Uncle ni, dia akan ambik katering melayu sebab dia tak nak kawan-kawan melayu dia was was nak makan. Bagus kan? Lama tau Uncle dengan Ayah Eyza kawan. Dari zaman muda sampai la sekarang.

Dulu, Eyza selalu tertanya-tanya, apa maksud Deepavali. Sekarang Eyza dah dapat jawapan. Rupanya, Deepavali adalah gabungan antara "Dipa" bermaksud cahaya dan "Gavali" bermaksud  barisan.

Hari Deepavali disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh Dunia. Selalunya Deepavali akan jatuh pada bulan Okt atau Nov. Eyza pernah 2 kali birthday jatuh pada Hari Deepavali dan kebanyakkan kawan-kawan Eyza bagi hadiah Maruku. Eyza memang penggemar maruku. Tambah-tanbah maruku bulat tu. Boleh habis sebalang kalau mengadap sorang.

Dalam menyambut Hari Deepavali ni, Rakyat Malaysia seharusnya memupuk semangat saling hormat menghormati perbezaan dan meraikan persamaan antara kita.

Festival cahaya ini adalah sebagai peringatan bagi memupuk semangat perpaduan dan toleransi antara pelbagai kaum dan sesama kita. Pesta cahaya kali ini juga diharap dapat membuat kita semua kekal hidup aman dalam satu kelompok masyarakat dan saling hormat menghormati. Keharmonian yang lebih baik dapat dicapai dengan toleransi dan sikap bertimbang rasa yang tinggi.

Eyza ni kan tiap-tiap kali ada perayaan, mesti tertunggu-tunggu Iklan dari Petronas. Sebab Iklan Petronas sentiasa ada mesej untuk kita yang menontonnya. Tengok kat TV tak puas kan? Jangan risau, ni Eyza letak video tu kat sini. Boleh tengok banyak kali.



Banyak mesej yang terdapat dalam video ni kan? Kita jangan terlalu prejudis pada orang yang kita nampak selekeh. Belum tentu yang bergaya tu baik dan yang selekeh tu jahat. Thumbs up untuk Video Petronas yang best ni. Moga akan lebih banyak iklan-iklan Petronas yang dapat menyampaikan mesej kepada Masyarakat.

No comments:

Post a Comment