Kembara Media Sempena Sambutan 50 Tahun Felcra Berhad - Blog Eyzamiel

2.10.16

Kembara Media Sempena Sambutan 50 Tahun Felcra Berhad

Alhamdulillah. Pada 23 dan 24 September hari tu, Eyza bersama-sama media yang lain dapat join Kembara Media Sempena 50 Tahun Felcra Berhad ke Lumut, Perak. Eyza memang teruja nak join Kembara ni sebab ada ramai Blogger dan wartawan yang turut serta. Terima kasih pada Halim dari Hai Blogger yang sudi bagi peluang ni.


Ni pengalaman pertama Eyza join Konvoi macam ni. Sebelum ni, kalau konvoi ramai-ramai just nak pergi kenduri kahwin je. Hihihi.

Bila sebut Felcra, mesti ada yang tak berapa tahu kan fungsi sebenar Felcra ni. Ye la, kalau nak dibandingkan Felda dan Felcra, ramai yang lebih mengenali Felda kan? Walaupun Bapak Mertua Eyza kerja dengan Felcra, tapi tak pernah sekalipun Eyza tanya dia tentang Felcra ni. Tapi, bila Eyza join Kembara ni, barulah Eyza tahu banyak peranan Felcra dalam membantu anak bangsa kita.

FELCRA atau nama lainnya Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Ok, berbalik tentang Kembara Media ni, seawal jam 9 pagi kami semua dah berkumpul di R&R Sg. Buloh. Eyza tumpang Blogger Achik Huda. Kira macam Co-Pilot la.


Setelah selesai tampal sticker Kembara Media, bermulalah Konvoi Kembara kami. Memandangkan hari itu adalah hari Jumaat, kami sempat singgah untuk kaum Adam menunaikan solat Jumaat dulu di Masjid Nur Sa'adah.

Selesai solat, kami pun teruskan Kembara ke Felcra Lekir yang kini dikenali dengan nama Kampung Aman Jaya. Teruja Eyza bila sampai sini. Meriah betul sambutan penduduk dekat sini. Siap ada paluan kompang bagai. Rasa macam VIP pun ada.


Kami juga dihidangkan dengan lauk pauk yang sedap-sedap belaka. Dah la dapat makan best, kami juga dihidangkan dengan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, duku dan rambai. Tercapai hajat kami nak makan durian.


Selesai makan, kami dibawa bersiar-siar keliling kampung dengan menaiki traktor yang dihias cantik. Pengalaman pertama untuk kami ni. Pakcik Hamzah banyak bercerita tentang jerih perit diaorang sebelum Felcra ni berjaya. Sekarang ni, Banyak kemajuan yang penduduk kampung ni capai. Boleh dikatakan, kebanyakan peneroka Felcra ni semua ada bisnes. 


Pakcik Hamzah ni merupakan salah seorang Ketua Kampung kat sini dan beliau memiliki bengkel membaiki jentera. Wah. Memang hebat.


Sebelum balik, kami semua dibekalkan dengan Ikan Bilis. Bukan sekilo, tapi rasanya lebih dari 3 kilo tu. Rezeki betul.

Selesai di Felcra Lekir, kami pun bertolak ke tempat penginapan iaitu di Swiss Garden Beach Resort.  


Sempat la kami melepak kat pantai sebelum bersiap-siap untuk Networking Dinner Bersama Felcra Berhad. Majlis malam tu, dihadiri oleh Pengerusi Felcra iaitu Datuk Bung Mokhtar Raden. 



Eyza macam biasa la, kalau part cabutan bertuah memang tak bertuah. Hihihi. Tapi, kami semua tak balik dengan tangan kosong. Dapat kain pasang dari Jakel. Dah la dapat warna kegemaran. Happy la.

Selesai Dinner, semua dah penat. Balik bilik tido.

Esoknya, seawal jam 6.30 pagi kami semua dah berkumpul di Lobi.

Kredit: Yazid Izzat
Selesai Check Out hotel, kami semua bertolak ke Seberang Perak untuk ke Pusat Komersial Pembenihan Padi. Tak sangka Eyza, rupanya Felcra Berhad ada kawasan penanaman padi lebih kurang 80,000 hektar yang terletak di Seberang Perak.

Selesai sarapan, kami dibawa ke bendang untuk melihat padi ditanam secara moden menggunakan Transplanter. Dengan menggunakan mesin ini, kira-kira 3000 benih padi dapat ditanam dalam sehari.


Kredit : Felcra

Eyza rasa teruja diberi peluang untuk naik transplanter ni. Dan yang lagi best, Eyza berpeluang pandu Transplanter dan tanam padi cara moden ni. 

Kredit : Felcra
Kredit : Felcra
Selain itu, kami juga diperkenalkan dengan ELA Gyrocopters. Di Malaysia ni, hanya Felcra satu-satunya yang menggunakan ELA Gyrocopters untuk menyembur racun. Ianya boleh terbang serendah 2 meter. Juruterbang yang ditugaskan membawa ELA Gyrocopters ini merupakan anak peneroka Felcra. Bangga sangat.

Selesai tanam padi, kami semua bertolak pulak ke Felcra Seberang Perak. Felcra Seberang Perak mempunyai Koperasi Peserta-peserta Rancangan Felcra Seberang Perak. Koperasi ini dimiliki oleh Peserta-peserta Rancangan Felcra Seberang Perak dan anak-anak anggota koperasi. Di bawah koperasi ini, telah banyak yang dapat dicapai seperti penubuhan Stesen Minyak Shell, Coop Mart, Coop Cafe, Bengkel Kejuruteraan dan banyak lagi.


Bermula dengan saham hanya berjumlah RM 35,000 dan 5 orang pekerja, kini koperasi telah berkembang dengan Modal Syer Saham terkumpul telah berjumlah RM 4,211,155.72. Wow. Banyak tu.

Selesai melawat kawasan sekitar koperasi, kami dibawa pula untuk melawat Rumah Generasi Kedua iaitu Taman Felcra Jaya.


Ada 4 jenis rumah yang ditawarkan untuk generasi kedua ni. Harganya pulak, sangat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran sekarang. Rumah ini hanya dibuka untuk anak-anak peneroka Felcra. Bagi yang bujang tu, boleh beli tapi kena kahwin dengan anak peneroka Felcra dulu la.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra berulang kali mengingatkan anggota Felcra supaya tidak menjual tanah pertanian yang ada sebab ianya merupakan harta yang tidak ternilai.


Sebagai acara penutup Konvoi Kembara Media ni, kami dijemput makan tengahari dulu. Semua lauk pauk sedap sangat. Ada Patin Masak Tempoyak, Ayam Bakar, Masak Lemak Udang, Ulam-Ulaman dan yang paling best ada Ikan pekasam. Betul-betul membuka selera.


Banyak pengalaman yang dapat Eyza kutip sepanjang Kembara Media ni. Selama ini, Eyza ingatkan Felcra hanya tertumpu pada Kelapa Sawit, tapi tekaan Eyza tu salah. Sebenarnya Felcra merangkumi Kelapa Sawit, Padi dan juga Getah.

Kredit : Felcra
Moga Felcra makin pesat membangun dan makin ramai anak-anak Felcra yang berjaya tak kira dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

2 comments: