Kebelakangan ni Eyza selalu sakit kat perut. Bulan ni period pulak datang sikit je. Eyza dah mula rasa takut. Bukan apa, risau takut penyakit lain je datang bertandang. Kalau tak ada apa-apa Eyza lega la.
Fikir punya fikir, Eyza pun decide nak pergi Scan dekat Sonoworld. Orang kata lebih baik kita mencegah dari mengubati kan? lebih baik la Eyza tahu dari tertanya-tanya benda yang tak nampak.
Alhamdulillah. Dari proses appoinment sampai la ke scan, memang semuanya Eyza puas hati. Tip Top la orang kata.
Kat sini, nak booking just online je. Memang senang. Tak perlu nak call bagai. Masuk je web MySonoworld dan boleh check kat kalendar sama ada tarikh tu masih free atau dah ada yang booking. Kalau tarikh yang kita nak tu free, just klik je kat tarikh tu dan pilih waktu. Nanti pihak MySonoworld akan emailkan temujanji kita.
Sonoworld ni sebenarnya dibuka oleh 3 Sonographer yang komited memberikan servis ultrasound yang berkualiti, terbaik dan berpatutan kepada masyarakat.Ia merupakan Pusat Ultrasound yang pertama di Malaysia yang menyediakan pelbagai servis berkaitan Ultrasound.
Eyza dah pergi 15 Oktober hari tu.Senang je nak cari. Waze je MySonoworld. InsyaAllah sampai depan MySonoworld. Dengan hiasan dalaman yang simple menggunakan warna turqoise buatkan sejuk je mata memandang.
Sebelum scan, Kena isi borang dulu. Ala.. prosedur biasa je.Just untuk simpanan.
Memandangkan Eyza tak mengandung, Eyza just Scan Pelvis untuk tahu keadaan rahim. Risau jugak takut ada cyst atau fibroid. Selain Scan Pelvis, ada jugak scan lain. Kebanyakkan yang pergi kat sini nak scan baby.
Dr Lim yang scan Eyza. Ya Allah. lembutnya Doktor ni. Dia terangkan detail satu persatu. Scan rahim sekali dengan buah pinggang. Alhamdulillah. Semua ok. Tak ada yang membimbangkan.Syukur sangat. Sebelum ni memang risau.
Eyza rasa ralat sangat sebab banyak gambar Eyza Sonoworld ni hilang sebab fon rosak hari tu.Ni pun ada beberapa keping je yang sempat adik Eyza snap dengan fon dia. Dalam fon Eyza semua musnah. Tak dapat nak tunjuk saat Eyza scan. Berdebar tau. Macam nak scan baby jugak. Hahaha. Nasib baik la pihak Sonoworld ada print gambar hitam putih untuk Eyza, terubat jugak rasa kecewa tu.
Prosedur ultrasound adalah selamat dan tidak menyakitkan. Ia menghasilkan gambar-gambar bahagian dalam tubuh menggunakan gelombang bunyi. Pengimejan ultrasound, juga dikenali sebagai imbasan ultrasound atau sonografi, melibatkan penggunaan transduser kecil (probe) dan gel ultrasound diletakkan terus pada kulit.
Pengimejan ultrasound adalah ujian perubatan invasif yang membantu untuk mendiagnosis dan merawat keadaan perubatan.
Pengimejan ultrasound adalah ujian perubatan invasif yang membantu untuk mendiagnosis dan merawat keadaan perubatan.
Ruang menunggu pun selesa. Hubby ngan adik Eyza siap santai-santai tengok TV lagi sementara tunggu Eyza siap scan.
Selain dari Scan, kat sini juga ada jual barangan baby. Comel sangat semuanya. Rasa macam nak beli je. Tengok kasut kecik-kecik tu rasa kiut sangat.
Apa yang Eyza boleh cakap, Eyza memang puas hati scan kat sini. Lokasi senang nak cari, Doktor baik, Persekitaran bersih dan paling penting harga pun sangat berpatutan. Memang berbaloi sangat.
Terima kasih sangat pada Doktor Lim dan pihak Sonoworld yang sudi layan Eyza. Sekarang Eyza dah rasa lega sebab semuanya dah terjawab. InsyaAllah, kalau ada rezeki untuk Eyza mengandung nanti Eyza memang nak scan kat sini.
Sonoworld Cente
BG 14, Residensi Bistaria Apartment,
Ukay Bistari,Hulu Kelang,
68000 Ampang,
Selangor.
Website: http://mysonoworld.com/
Tel: 03-41622754 / 010-2256224
Email : sonoworldmalaysia@gmail.com
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat
2.00 petang - 5.00 petang (Walk in)
6.00 ptg-9.00 malam (Booking)
Sabtu/Ahad/Cuti Umum
10.00 - 4.00 petang (Booking)
nampak best je.. harga pun berpatutan... memang patut la org pergi kan..
ReplyDelete