Eyza dulu suka sangat skip breakfast. Kekadang dah nak dekat lunch baru nak makan.Tapi lepas tu mula la perut masuk angin. Rasa tak selesa.
Sekarang ni, busy macam mana pun Eyza akan pastikan Eyza ambil sarapan walaupun dengan sekotak Susu.
Sebenarnya sarapan dengan susu sangat bagus untuk sistem pencernaan. Eyza ni boleh dikatakan peminat susu tegar. Dekat rumah, memang Eyza akan pastikan ada stok susu dalam peti ais tu. Bebila nak minum ambik je dan terus minum.
Sebab tu, Eyza teruja giler bila Dutch Lady (M) buat kejutan dengan hantar susu dan sarapan untuk Eyza sempena kempen Sarapan 7 hari bersama Susu Dutch Lady. Wow. Macam tau-tau je Eyza ni penggemar susu.
Packaging pek sarapan ni betul-betul menarik. Sweet sangat sebab Pihak Dutch Lady sanggup buat kejutan kat opis. Sampaikan bebudak opis semua tanya macam mana boleh dapat. Semua nak.hihihi.
Boleh tahan berat jugak pek sarapan ni. Bila bukak, dekat dalam tu ada sarapan untuk Eyza dan 7 kotak susu Dutch Lady Pure Farm. Wah.. patut la berat.
Eyza sangat berbesar hati sebab diberi peluang untuk sama-sama menyahut cabaran 7 hari Sarapan Dutch Lady ni. Siap dibekalkan 7 kotak Susu Dutch Lady PureFarm untuk 7 hari sarapan.
Jom kita tengok menu sarapan Eyza untuk 7 hari sempena Cabaran ini.
Untuk hari Pertama, Sarapan Eyza ditaja oleh Dutch Lady (M).
Menu #day1
- Sandwich Tuna lengkap dengan Tomato, Salad, Mayonis dan Oat yang dibancuh dengan Susu Dutch Lady dan ada buah Strawberry serta tak ketinggalan sekotak susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk.
Menu #day2
- Untuk hari kedua, Eyza cuma bersarapan dengan 2 ketul karipap kentang, seketul pau kacang dan sekotak Susu Dutch Lady PureFarm. Kenyang sampai lunch. Badan pun rasa bertenaga je nak buat kerja-kerja kat pejabat.
Menu #day3
- Untuk hari ketiga, Eyza ada konvoi ke Perak. Singgah sarapan di R&R Sungai Buloh. Walau mana pun Eyza pergi, Eyza mesti pastikan Susu Dutch Lady PureFarm sentiasa ada dalam handbag. Sebab konvoi ni memerlukan tenaga yang banyak sepanjang hari, Eyza pun decide nak sarapan berat sikit. Eyza sarapan Nasi Lemak Bungkus dan Sekotak Susu Dutch Lady PureFarm.
Menu #day4
- Hari keempat, Eyza ada trip ke Pusat Penanaman Padi dan kat sini kami dihidangkan dengan Sarapan Ala Desa. Wah. Macam-macam sarapan ada.Eyza ni memang tak boleh minum kopi. Nanti sakit kepala. Nasib baik Eyza bawak Susu Dutch Lady PureFarm ni. Eyza sarapan Nasi Lemak dengan ikan masin, Kuih Cucur Badak dan kuih tepung pelita bersama sekotak Susu Dutch Lady PureFarm.Menu #day5
- Untuk hari kelima. Eyza cuti sebab hari Ahad. Masa ni dah balik rumah. Mood rajin sampai, so Eyza buat Nasi Goreng Cili Padi bersama telur mata kerbau, sebiji Epal Merah dan Sekotak Susu Dutch Lady Pure Farm.
Menu #day6
- Hari keenam, Eyza sarapan simple je sebab dah plan tengahari nak makan heavy. Eyza ambil Yogurt Blueberry Dutch Lady dan sekotak Susu Dutch Lady PureFarm. So Yummy.
Menu #day7
- Hari ketujuh, Eyza cuma sarapan Semangkuk Dasto Granola yang terdiri dari pelbagai bijirin dan sekotak Susu Dutch Lady PureFarm. Sedap plak kombinasi Granola dan susu ni. Tak cukup semangkuk tau.hihihi.
Bagi yang tertanya-tanya kenapa perlu ambil Susu untuk Sarapan, ni Eyza nak bagitau apa khasiat susu yang buat Eyza suka sangat.
10 Khasiat susu (kredit: Blog Ni)
- Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
- Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
- Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
- Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
- Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
- Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal
- Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
- Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman
- Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
- Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)
Alhamdulillah. Sejak Eyza amalkan minum susu setiap hari ni, Eyza dah kurang sakit sendi dan badan rasa bertenaga je sepanjang hari.
Jom mulai hari ni, kita ubah pemakanan dengan ambil sekotak Susu Dutch Lady Untuk sarapan pagi.Sebab apa kena ambil Susu jenama Dutch Lady? Sebab Susu Dutch Lady adalah Susu No.1 untuk sarapan anda.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari:
Website :http://www.dutchlady.com.my/
Facebook : Dutch Lady
Instagram: https://www.instagram.com/dutchladymy/
fuiyoo serba serbi dutch lady
ReplyDeletewaaa.. bestnya dapat tajaan breakfast dari Dutch Lady... Heee nak juga :)
ReplyDelete