Minori Japanese Restaurant memperkenalkan makanan Jepun yang unik dan berbeza - Blog Eyzamiel

22.5.16

Minori Japanese Restaurant memperkenalkan makanan Jepun yang unik dan berbeza

 Eyza memang peminat Sushi. Kalau pergi Aeon mesti sushi aje yang eyza cari. Tapi eyza blom pernah makan dimana-mana Restoran Jepun. Dan bila dapat peluang untuk makan di Restoran Minori berkonsepkan makanan Jepun memang eyza tak nak lepaskan peluang. 


First dalam kepala dok ingat makan Sushi. Maklumla dok biasa makan sushi je tak pernah tahu pun rupa-rupanya selain sushi banyak lagi makanan Jepun yang sedap.

Masuk je dalam restoran, eyza dah rasa tenang sebab susun atur dalam tu simple tapi sedap mata memandang. Gabungan warna pun tak serabut dan nampak kemas.


Kita boleh pilih nak makan dikerusi panjang atau kerusi single. Selain itu, ada 2 buah bilik vip yang boleh memuatkan 8 hingga 20 orang kalau tak silap eyza. So, kalau waktu lunch tak tahu nak makan kat mana, suruh la bos blanja satu opis makan kat sini. Hihihi


Restoran Minori dah dapat pelbagai award. Dalam restoran tu ada banyak trofi serta sijil penghargaan atas pencapaian Restoran ni. Restoran Minori pernah memenangi "Malaysia Tatler Best Restaurant 2014 & 2015 serta pernah muncul dalam Malaysia International Gourmet Festival 2015.




Mesti ada yang tertanya-tanya maksud Minori ni kan? Eyza pun mula-mula macam tu jugak. Tapi bila owner restoran ni iaitu Dato' Jessie Yow beritahu barulah eyza tahu. Rupa-rupanya Minori ni maksud dalam bahasa melayu ialah tuaian.Dan chef untuk restoran ni dibawa khas dari Jepun iaitu Chef Takahiro San.



Dekat Minori ni ada menu yang unik dan eksotik. Untuk hari tu kami langsung tak dihidangkan dengan Sushi tapi dengan makanan-makanan lain yang eyza tak pernah makan. Memang satu pengalaman baru bagi eyza. Bila dah makan, baru eyza tahu rupanya banyak lagi makan Jepun yang sedap selain Sushi. Hihihi

Ok, jom kita tengok apa yang eyza try dekat Restoran Minori ni.

Yum Tofu and Grilled Seasoning Eggplant with Crab Sauce Ginger Fervor with Mountain Kaviar.

~Ini adalah menu pembuka selera.

Steam Egg on the Organic Wasabi Leaf and Asari Shell "Ohitashi" Yuzu Orange Falvour.

~sup jernih ni penuh dengan perisa dari seafood yang digunakan.

White Miso Marinated Butter Fish "Saikyo Yaki" served witb Vinegar Tomato, wasabi lotus Roots with sweet potato.

~ ikan ni sedap. Rasa perapan dan ada rasa rangup diluar dan lembut didalam.

Tender Steam Beef Tongue with Special Sauce

~kalau tengok dari rupa hidangan mesti ramai yg cakap ni daging kan? Tapi, sebenarnya ni lidah lembu. Salah satu makanan eksotik kat sini. Rasa sama macam daging lembu cuma eyza rasa ianya lagi sedap dari daging. Susah nak terangkan, cuba dulu baru tahu.

Scallop Porridge Minori Style with Fried Cherry Blossom Prawn

~yang ni lebih kurang bubur yang biasa kita makan cuma rasanya agak unik sebab ada udang kecik2 tu. Gabungan bubur dan udang ni betul2 buat tak cukup semangkuk. 

Antara blogger yang hadir


Ada juga promosi untuk pemegang kad maybank.


Untuk pencinta makanan Jepun, apa kata try di Restoran Minori pulak. Mana tahu lepas ni bole jadi Restoran kegemaran korang.

 keterangan lanjut:

Minori Japanese Restaurants
The Royal Chulan Damansara Hotel
1st floor, No. 2 PJU 7/3
Mutiara Damansara

03-79599099


No comments:

Post a Comment