FashionValet dan Andrews Models Bergabung Kembali untuk Pentas Peragaan Musim Perayaan Paling Besar! - Blog Eyzamiel

10.5.16

FashionValet dan Andrews Models Bergabung Kembali untuk Pentas Peragaan Musim Perayaan Paling Besar!

Pejam celik pejam celik sekejap je dah nak puasa. Lepas tu raya. Baju raya dah beli? Beli awal-awal senang. Nanti tak ada la kelam kabut. Lagipun sekarang ni ramai suka beli baju siap dari tempah. Senang. Tak ada masalah baju raya tak siap di pagi raya kan? hihihi.

Baru-baru ni eyza sempat pergi Pertunjukan Fesyen untuk Koleksi Raya dari Fashion Valet yang bertempat di White & Black Box Publika, . Setiap tahun Fesyen Valet atau lebih dikenali dengan FV akan mempersembahkan koleksi istimewa hari raya.Masa ni la portal Fashion Valet boleh dikatakan agak sibuk memandangkan FV cukup terkenal dengan seleksi fesyen raya  dari jenama-jenama fesyen tempatan dan Asia Tenggara.


Eyza dan kawan-kawan blogger lain pun tak sabar nak tengok koleksi Hari Raya dari FV ni. Tahun ni FV sekali lagi berbesar hati dapat bersatu kembali dengan penganjur KL Fesyen Week dan Andrews Model untuk Gaya koleksi Raya untuk kali yang kedua. Acara ini berlangsung selama 4 hari bermula 3 Mei hingga 6 Mei 2016.


Sebagai penganjur rasmi, FV telah mendominasi hari terakhir Majlis dengan 6 slot peragaan tanpa henti antaranya ada Studio 133 Biyan, Mimpikita, nh by NURITA HARITH, Alia B dan INNAI. 

Ini Antara koleksi yang mencuri hati penggemar fesyen tanahair.

AFIQ M
ALIA B

ARARED

EGGIE AZMAN

FZK BY FITRI ZAINAL
HIDY
INNAI

LANA
LOCKA

MIMPI KITA
NH By NURITA HARITH
PIKAT KL
POPLOOK PREMIUM
RIZMAN RUZAINI
S.BAHARIM
SYOMIRIZWA GUPTA
Koleksi eksklusif ni boleh dibeli di laman web www.fashionvalet.com . Bukan sahaja dalam Malaysia, peminat koleksi FV dari seluruh dunia pun boleh shopping kat sini dan menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.


Bagi yang selesa membeli secara fizikal, korang bole pergi ke Butik Pertama FV yang terletak di Lantai Pertama Bangsar Village II dimana koleksi eksklusif ini akan dijual disana.


3 comments: