Lebih kurang seminggu je lagi kita semua akan menyambut Bulan Ramadhan. Mesti ramai yang tercari-cari pakej Buffet Ramadhan yang sedap dengan harga yang berpatutan.Ini adalah salah satu tempat yang memang eyza suggest korang pergi untuk berbuka puasa.
Minggu lepas eyza sempat ke Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur untuk preview Buffet Ramadhan yang bertemakan Sajian Ibunda. Resident Chef di Retro Cafe iaitu Chef Ashar Daud adalah pakar dalam masakan Warisan Melayu. Eyza ni dah la penggemar masakan melayu, memang kena betul la dengan selera. Chef Ashar ni ada banyak pengalaman sebelum beliau mula bekerja di Vivatel KL. Beliau pernah bekerja di Hotel Parkroyal, Legend, Regent, Westin, Mandarin Oriental dan pernah berkhidmat di Sheraton Imperial Brunei. Wah. Bukan calang-calang Chef ni.
Selalunya apabila permulaan berbuka puasa kita akan berbuka dengan kurma kan? Kat sini, diaorang buat kelainan sikit sebab berbuka dengan kurma, strawberry dan biskut almond London. Menarik kan?
Di antara masakan istimewa Chef Ashar pada Buffet Ramadhan kali ini ialah Kari Kepala Ikan (Mamak Style) , Gulai Kawah, Patin Tempoyak, beberapa jenis sup seperti Sup urat keting, Sup 'Gear Box' , Sup Ekor dan banyak lagi menu menarik.
Ada juga dibuat konsep gerai yang menampilkan menu popular Asia seperti Mee Rebus, Vietnamese Beef Noodles Soup (Bihun Sup Daging Vietnam), Laksa Johor, Mee Kari dan semua makanan ini dimasak di Vivatel Kuala Lumpur. Kiranya ianya segar dari dapur Vivatel KL sendiri.
Jom kita tengok apa menu menarik kat Vivatel Kuala Lumpur ni.
Sup Aneka -Sup Ekor, Sup Ayam Kampong, Sup Perut, Sup Bebola Daging, Sup Bebola Ayam |
Sup 'Gear Box' Kambing -Gear Box Kambing dimasak dengan cara 'Mamak Style'. Ini merupakan salah satu menu istimewa di sini. |
Mee Rebus |
Ikan Bakar |
Otak-otak |
Kambing Golek -Sedap dan tak bau hamis. Sekejap je dah togel kambing tu. |
Vietnamese Beef Noodles |
Ayam Golek |
Udang Galah Sambal |
First Buffet Ramadhan yang eyza pergi tahun ini yang menghidangkan Udang Galah sambal. Memang sangat-sangat sedap. Bukan eyza seorang je cakap macam tu, kawan-kawan lain pun sama. Eyza siap bangun ambil udang 2 kali. Ingat nak ambil lagi, tapi malu la pulak. First eyza makan Udang Sambal ni dengan nasi dan second eyza makan dengan ketupat palas. Dua2 sedap.Memang sangat puas hati dengan menu ni.
Kari Kepala Ikan |
Kari Kepala ikan ni memang menu special kat sini hasil sentuhan Chef Ashar. Rugi tau tak try. Menu ni pun eyza baru jumpa dekat Vivatel KL je. So, jangan lupa try ni. Mabeles.
Ikan Patin Masak Tempoyak |
Best o bukak puasa makan nasi putih dan Patin Tempoyak. Tak cukup sepinggan nasi.hihihi
Ada juga pelbagai jenis ikan masin. Eyza memang suka kalau makan nasi dengan ikan masin. Selain itu, kat sini juga ada ubi kayu untuk dimakan bersama ikan masin. Memang menu yang dah jarang kita jumpa. Kalau kat kampung dulu, sarapan mesti cari menu ni.
Ulam-ulaman dan kerabu pun ada pelbagai jenis. Petai pun ada tau.
Selalu kalau Buffet Ramadhan, eyza suka try semua air yang ada. Air Special kat sini? Fruit Punch. Eyza suka sebab ada masam2 sikit.
Nak ABC pun ada. Boleh buat sendiri. Terpulang la nak letak banyak atau sikit bahan-bahan yang ada.
Ketupat Palas dan lemang dipadankan dengan kuah kacang.
Tak dilupakan juga Murtabak dan Roti Boom yang bila makan sekali rasa nak makan lagi.
Untuk penggemar Seafood ada satu ruang yang dinamakan 'SEAFOOD ON ICE'. Ada pelbagai jenis Seafood kat sini tapi yang paling menarik hati eyza dah tentu la Tiram. Ni kalau beli kat luar mahal ni. Alang-alang dah masuk dalam pakej, jangan lupa try.
Pilihan untuk Desert pun banyak. Ada pelbagai jenis bubur yang terdiri dari Bubur Pulut Hitam, Bubur Kacang dan Pengat pisang pun ada tau.Terdapat juga pelbagai jenis Kuih Muih Melayu, Cream Caramel, pelbagai Pastry yang sedap, Puding, Jelly, Buah-buahan, Sago Gula Melaka, Tapai Pulut, Lompat Tikam dan Dodol. Tak dilupakan juga Aiskrim. Banyak kan? Penggemar Desert macam eyza ni memang rambang mata kalau pergi seksyen ni.
Buffet Ramadhan 'Sajian Ibunda' ini bermula dengan harga RM 98nett seorang untuk Dewasa dan RM 68nett seorang untuk kanak-kanak.
Untuk tempahan atau pertanyaan bolehlah menghubungi
(603) 92058888
atau
email ke
enquiry@vivatel.com.my.
Nak harga istimewa? Dah tentu la ada. Korang boleh beli secara beramai-ramai sebab ada 10+1 offer. Maksudnya RM880 untuk 10 orang (RM88nett untuk seorang) dan lagi best bila beli 10 baucer akan dapat 1 baucer free.Suka ke idok? Sure la suka kan? Beli 10 baucer, tapi boleh pergi 11 orang.
Promosi Bilik di Vivatel Kuala Lumpur
Selain dari promosi Buffet Ramadahan, Vivatel Kuala Lumpur pun ada buat promosi Pakej Bilik Waktu Bulan Ramadhan ni. Wah macam menarik je. nak tau tak apa Pakej Istimewa tu?
Pelanggan boleh menginap di Bilik Deluxe dengan hanya membayar harga Bilik Standard. Yang lagi best ianya termasuk sekali dengan Sahur dan Buffet Ramadhan 'Sajian Ibunda' untuk 2 orang.
Harga untuk pakej ini ialah:
RM358 nett sebilik untuk semalam
(bermula 6 hingga 12 Jun & 27 hingga 4 Julai 2016)
RM 368 nett sebilik untuk semalam
(bermula 13 hingga 26 Jun 2016)
Pekej ini juga termasuk sekali dengan:
~Wifi percuma
~Lewat checkout sehingga pukul 2 petang
*semua harga termasuk gst.
Untuk tempahan atau pertanyaan bolehlah menghubungi
(603) 92058888 ext 8909
atau
email ke
rsviva@vivatel.com.my.
Pakej Jamuan Ramadhan
Untuk yang ingin berbuka secara berkumpulan dan secara privasi, Vivatel Kuala Lumpur ada menyediakan Ballroom.Pakej Ballroom bermula dari RM128nett seorang dengan tempahan sekurang-kurangnya 30 meja dan ke atas. Kalau ada syarikat yang nak anjurkan Majlis berbuka puasa beramai-ramai, bolehlah menempah di Vivatel KL.
Untuk tempahan atau pertanyaan bolehlah menghubungi
(603) 92058888 ext 8928
atau
email ke
kamarol@vivatel.com.my.
web: www.vivatel.com.my
Thanks En. Shah sudi jemput kami. Harap tahun depan boleh jemput lagi. Ahaks. ;) |
Hoho.. memang asik dapatmakan mcm ni tapi beringat juga. Jgn csmpur ikan dgn daging dan ayam. Utk kesihatan yg lebih baik..
ReplyDeleteKan. sesekali makan macam2 memang sedap. Betul tu, memang kena beringat, kalau tak sendiri yang merana. Thanks kak atas nasihat tu.
DeleteSally suka makan bubur yang pelbagai tu...ada bubur cha cha, bubur pulut hitam dan banyak lagi laaa...hihihi...Sago Gula Melaka, Tapai Pulut, Lompat Tikam Dengan Pulut Merah, dan Dodol pun ada!!
ReplyDeleteK.eyza terlupa nak try bubur masa tu.. rugi2.
Delete