Eyza suka tengok orang berfesyen. Sekarang ni wanita berhijab pun boleh bergaya dengan fesyen-fesyen terkini selagi ianya patuh syariah dan tidak keterlaluan.
Seiring dengan perkembangan fesyen Muslimah, Majlis Amanah Rakyat ataupun lebih dikenali dengan nama MARA telah menganjurkan program "MARA in Fashion (MiF) Runway 2016.
Program ni dibuat bagi mengetengahkan bakat-bakat pereka muda dan seramai 20 peserta telah dipilih menyertai MiF, tapi dalam ramai-ramai tu cuma 17 peserta saja yang layak ke peringkat akhir dan diberi peluang untuk memperagakan rekaan mereka sempena program ni.
Sempena majlis ini, MARA dah pun memilih 3 pereka fesyen yang dirasakan ada potensi untuk menyertai program London Muslim Lifestyle Show yang akan diadakan pada 30 April 2016 hingga 1 Mei 2016.
Dalam majlis ini, Eyza sempat tengok rekaan dari pereka-pereka muda ni.Idea yang segar serta rekaan yang cantik buatkan penonton rasa tak puas nak tengok apa lagi koleksi yang akan diperkenalkan.
Semua koleksi ini menampilkan idea yang berbeza dari setiap pereka.
Baju2 yang bergaya elegant. Sesuai untuk ke pejabat atau untuk acara rasmi.
Eyza suka sangat baju ni. Walaupun ianya bergaya klasik tapi tetap nampak kelainan dan ada ciri2 moden disitu.
Selain baju yang kasual dan santai, ada juga jubah yang direka khas untuk kita mengerjakan umrah atau haji.
Untuk wanita muda yang sukakan kelainan dan stail yg lebih santai bolehlah cuba fesyen seperti dibawah ni.
Koleksi batik dan songket yang dimodenkan ni pun menarik perhatian eyza. Ianya lari dari kebiasaan. Selalunya batik dan songket cuma buat kain pakai, tapi pereka ni buat seluar. Cantik dan sopan je.
Tengok dari koleksi-koleksi ini tak sangka yang ianya adalah hasil pereka muda tempatan. Mereka terdiri dari 17 orang. Setiap rekaan mereka mempunyai tema yang berbeza.
17 pereka muda itu adalah:
1.DANIAL ARIF BIN SHAHBUDIN
2.SURYANI BINTI ROSLI
3.SITI MARYAM BINTI MUSA
4.NOR ATIQAH BINTI NOR OZMAN
5.FADZLUN BT ABAS
6.NUR ANIS BT MOHAMED NOOR
7.FARAH HANI BT SHAHARUDDIN
8.SHAHRI BIN MAHATIR
9.SHARIFAH NOOR AISYAH BT SYED ABDULLAH
10.FAUZI B ABDUL HAMID
11.SITI FAUZIAH BT MASNAN
12.AMIRA FATIHA BT ABD HAMID
13.NUR AIN BT MOHD SALEH
14.NUR SABRINA BT ABU HASSAN
15.AMIRUL FADZUAN BIN SHAHAROM
16.NADIA HASMIN BT HASSAN
17.MOHD HAZZERWAN B MOHD HAZLEE
Di antara pelbagai koleksi dan jenama ini, ada satu jenama iaitu Mardhiyah Hijab datang dari jauh tau. Dari negeri Sabah. Mardhiyah hijab mengetengahkan rekaan baju, tudung dan mutiara Sabah. Ada sesetengah baju dari koleksi ini dihiasi dengan mutiara asli Sabah.
MiF dapat memperkukuhkan strategi pembangunan usahawan fesyen dengan meningkatkan nilai rekaan, kualiti jahitan dan tukang jahit yang berkemahiran tinggi. Ianya dapat dizahirkan dengan menjalinkan pelbagai jaringan dan kolaborasi serta mewujudkan peluang-peluang perniagaan fesyen yang lebih besar bersama.
Alhamdulillah dan tahniah kepada Mara kerana berjaya menganjurkan program ni serta memberi peluang kepada anak2 muda menunjukkan bakat masing2.
Cantik-cantiknyaa baju yang diperagakan.. perghhh!!!! Terdode
ReplyDelete