Minggu lepas eyza sempat ke Sunway Putra Hotel bagi memenuhi jemputan preview Buffet Ramadan. Ini adalah kali pertama eyza merasa Buffet Ramadan kat hotel ni.
Untuk tahun ni, Sunway Putra Hotel membawakan Tema 'Dapur Ummi'. Untuk tema hebat ni, mesti la ada Chef yang hebat juga.Nama pun dapur Ummi kan, dah tentu la semua masakan adalah hasil resepi dari ibu masing-masing. Antara Chef yang terlibat adalah Chef Rossham Bin Rosli, Chef Samsudin Bin Ahmad, Chef Madhavan a/l Velayuthan, Chef Shaari Bin Ismail dan Chef Rukedi Bin Yazid @ Aziz.
Executive Chef di Sunway Putra Hotel iaitu Chef Rossham menghidangkan Sajian Nasi Ayam kampung. Dari jauh kita boleh bau wangi ayam goreng tu sebab ayam digoreng panas-panas dekat situ jugak. Memang terbaik la resepi dari Ibu Chef Rossham ni.
Bagi penggemar Kari, jangan risau tau sebab kat sini juga ada dihidangkan Kari Kepala Ikan. Wow. tengok kari tu pun dah tahu sedap. Rugi tak cuba yang ni tau.
Buffet Ramadan dan kambing Golek memang tak dapat dipisahkan. Macam satu kemestian untuk ada kambing Golek ni sebab ramai penggemar kambing. Kalau lambat, memang habis la sebab ramai yang berbaris untuk merasa kambing golek kat sini. Kambing Golek ni langsung tak ada bau hamis. Perapan pun sedap. Lembut plak tu dagingnya.
Selain dari tu, ada pelbagai jenis makanan yang boleh buat eyza tak tahu nak makan yang mana. Semua sedap. Hahaha
Cucur kelapa |
Bahagian Sup. Ada pelbagi jenis sup termasuk Sup gearbox |
Udang Kalio dengan Pucuk Paku |
Ikan yang telah diperap dan menunggu masa untuk dibakar |
Daging Masak Lemak Cili Api |
Perut Masak lemak dan Rebung |
Ikan Patin Masak Tempoyak Dengan Timun |
Selain masakan kampung, ada juga gerai celup-celup. Kat sini, korang boleh pilih nak makan dengan Sup atau Tomyam. Kalau tak suka berkuah, boleh juga cicah dengan sos je.Ada sos cili, sos soya manis, sos rendang, sos masala, sos bijan dan juga sos percik.
Bagi penggemar Sushi macam eyza, ni stall yang kita wajib terjah. Semua Sushi tu sedap. Ianya telah di 'f'usion' kan.Rasa Sushi ni lain tau sebab dia buat ikut tekak kita orang Malaysia.Yang rasa rendang pun ada..
Air pun banyak pilihan kat sini, kalau 5 kali ambil air, boleh ambik lima jenis air yang berlainan. Untuk sesapa yang nakkan kelainan, boleh cuba Jus Kurma. Memang rasa lain, tapi sedap.
ABC dan Cendol pun ada. Jangan malu-malu. Layan diri je. Boleh letak bahan-bahan ikut citarasa kita sendiri.
Untuk penggemar Kuih Tradisional Melayu. Ada pelbagai jenis kuih talam yang kita boleh pilih.
Ada juga Rojak Buah, Pasembor, dan pelbagai jenis salad untuk membuka selera.
Eyza ni penggemar Desert dan desert kat sini memang ada banyak pilihan dan rasanya tak mengecewakan. Rasa tak puas makan. Semua nak rasa.
Churros ditaburi gula dan serbuk kayu manis - memang terbaik |
Siapa peminat kumpulan Nasyid Mirwana? Ha.. Sepanjang bulan ramadan ni, kumpulan Mirwana akan membuat persembahan kat sana ketika berbuka puasa. Dah la dapat makan sedap-sedap, dapat pulak hiburan dengan lagu-lagu ketuhanan dari Kumpulan Mirwana ni. Kiranya pakej 2 dalam 1 la. hihihi
Thanks Sunway putra Hotel sebab sudi jemput kami. Makanan semua terbaik!
Credit: AmirNawawi
Buffet Ramadhan Sunway Putra Hotel:
6 Jun 2016 - 21 Jun 2016 (FULLY BOOKED)
22 Jun 2016 - 4 July 2016 (Available for Booking)
Waktu: 6.00 petang - 10.30 malam
Dewasa: RM138 Nett
Kanak Kanak: Diskaun 50% untuk kanak kanak berumur 12 tahun ke bawah.
FREE: Kanak kanak yang berumur 4 tahun ke bawah
Tempat: Coffee House Sunway Putra Hotel (Tingkat 9)
Telefon: 03-4040 9888
Sunway Putra Hotel
Website: www.putra.sunwayhotels.com
Facebook: www.facebook.com/sunwayputrahotelkl
Instagram: www.instagram.com/sunwayputrahotel
No comments:
Post a Comment