Buffet Ramadhan 2016 ~ Bangi Golf Resort - Blog Eyzamiel

28.5.16

Buffet Ramadhan 2016 ~ Bangi Golf Resort

Alhamdulillah.. Tahun ini eyza dapat jemputan untuk preview Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Thanks Kak Suria sudi invite eyza.

BGR telah mendapat persijilan halal dari JAKIM sejak dari tahun 2009. So, memang dijamin halal tanpa was2. Buffet Ramadhan di BGR akan bermula pada 9 Jun hingga 4 Julai 2016. Harga bermula dari RM 58.00 untuk dewasa dan RM 29.00 untuk kanak-kanak.

Tahun lepas eyza pernah berbuka puasa di BGR ni tapi bukan sebagai blogger tapi sebagai customer sebab menang baucer dari Kid dan Cik Lily Putih. Tahun lepas eyza puas hati sangat dengan menu kat sini. Memang banyak dan sedap. So, bila dapat peluang tahun ni mesti la eyza happy kuasa dua. Hihihi...


Sampai2 je kami disambut oleh kakitangan BGR yang peramah dan very friendly. Ada pelbagai makanan yang buat kami rasa tak sabar nak try. Jom kita ushar sikit makanan2 best kat BGR tahun ni.


Sate kat sini memang juicy. Kuah pun sedap. Nak lagi best makan kuah kacang dengan nasi impit. Memang terangkat.



Roti jala lembut. Kuah kari pun sedap.


Bole makan panas2 kat situ sebab chef menjala depan kita. Leh minta chef buat baru kalau nak yang panas.


Tiap2 tahun mesti ada menu telur separuh masak ni. Telur ni kira speciality kat BGR ni. Rugi kalau datang sini tak try telur separuh masak dengan sos mushroom. Lain dari yang lain tau. Kat BGR je ada.


Selain itu juga, menu-menu ni pun tak kurang hebatnya.






Tahun ini BGR telah membuat kelainan dengan menambah menu baru iaitu Nasi Kerabu yang dihidangkan bersama ulam, ikan masin, telur masin, ikan celup tepung, budu, cili dan keropok.



Eyza suka dengan nasi kerabu kat BGR ni. Semua cukup rasa.


Part yang paling eyza suka.. dah tentu la desert.. banyak pilihan pulak tu.. sape datang sini wajib try tiramisu.. soo yummy...








Tak lengkap la buffet Ramadhan kalau tak ada Kambing Golek. Kambing Golek kat BGR ni memang cepat habis. Jangan lambat ambik, nanti x merasa.


Tengok.. sekejap je dah tinggal tulang..


Pihak BGR juga ada memperkenalkan menu baru. Untuk menu ni kami semua dibawa keluar ke taman.


Cuba teka apa menu baru kat BGR ni?


Rupanya BGR buat kelainan dengan memperkenalkan Cendol Gelato.



Rasa seperti cendol tapi dibuat dalam versi gelato.

Selain itu, ada jugak churros coklat untuk penggemar churros.


BGR juga memperkenalkan Jem buah buatan BGR sendiri. Rezeki eyza dapat menang jem ni. Kiranya eyza antara orang terawal yang dapat merasa.


Terima kasih pada Bangi Golf Resort atas makanan yang sedap2. Ramadhan nanti gerenti eyza repeat datang.

Bangi Golf Resort
No. 1, Persiaran Bandar,
43650 , Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Operasi bermula dari pukul 6.30 pagi hingga 9.30 malam

GPS Coordinate: 2.9576N, 101.76518E
Waze : Bangi Golf Resort

Untuk Tempahan & Pertanyaan:
03-89253728 / 03-82100265

Website: 
FB :
Instagram :
@bangigolfresort


4 comments:

  1. Makanan kat BGR ni memang sedap2.. dari dulu lagi pergi, memang perghhhh!

    ReplyDelete
  2. Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma, fuhhhh gila panjang nama telur setengah masak! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun nama telo tu panjang, bila makan sesuap dua dah habih. hahahah

      Delete