Breakfast Bersama Adi Putra dan Mira Filzah - Blog Eyzamiel

4.3.16

Breakfast Bersama Adi Putra dan Mira Filzah

Walaupun Cerita Cinta Si Wedding Planner dah habis. Tapi bahang drama tu masih terasa tau. Sebab tu la, bila Denaihati Network  umumkan yang ada Majlis sarapan Pagi Adi Putra dan Mira Filzah bersama Blogger, cepat2 aku roger Kid bagitau nak join. Dah la aku memang peminat Adi Putra, pucuk dicita ulam mendatang orang kata. hihihi.


Nama pun sarapan pagi kan, dah tentu-tentulah Majlis start awal. gigih tau aku drive ke bangi walaupun waze bawak aku sesat 2 kali. Nasib berjaya gak sampai.


First time tau Majlis sarapan bersama artis. Sebelum ni orang buat Lunch atau Dinner je. Kiranya kami la pelopor sarapan ngan artis ni. Masa ni la kita boleh tengok muka artis di awal pagi. 


Mira dengan Adi tak sombong langsung. Layan je soalan dari kami-kami ni. Suka tengok Mira.. Kecik molek je orangnya. Lemah lembut plak tu.


Makanan untuk breakfast kami pagi tu disediakan oleh Bangi Golf Resort. Ada Nasi lemak dan kuih muih. Sambal nasi lemak sedap sangat.


Selesai makan ada sesi cabutan bertuah. Alhamdulillah, rezeki aku dapat Shawl Mira Filzah. Aku dah pakai pun shawl ni. Kain lembut dan tak jarang. senang terbentuk plak tu. Boleh beli tambah koleksi lepas ni.


Mira tak dapat nak lepak lama dengan kami semua sebab dia ada shooting pulak. So, kak ngah kena balik dulu. Tapi, takpe sebab kak ngah tinggalkan abang ngah lepak santai ngan kami.


Adi ni nampak pendiam tapi rupa-rupanya banyak cakap jugak. Macam-macam yang dia cerita. Kat Majlis ni jugak baru aku tahu yang Adi Putra ada Travel Agency untuk uruskan orang yang ingin menunaikan umrah.


Pakej yang ditawarkan amatlah berpatutan. Setiap slot Umrah, adi akan turut serta bersama seorang artis jemputan yang berbeza untuk setiap tarikh.


Di Majlis yang sama, ada surprise untuk Adi iaitu sambutan Hari Jadi Adi. Wah. Kek cantik dan sedap ditaja oleh kak asfieda



Terima kasih untuk semua penaja yang menaja Program Breakfast ni iaitu Jemaah Denaihati , EvoWang , CVS Production , Abang Ensem , Pav's Lover Bakery dan Sohaini Cookies







2 comments:

  1. Wahh untung laa dpt makan2 dengan artis.. :)

    ReplyDelete
  2. syoknya breakfast dengan artis. suka tgok adi putra ni muka sweet je

    ReplyDelete