Baru- baru ni aku sempat hadir untuk "Scarf Machine Launch" untuk Tudung Aidijuma. Majlis yang diadakan di Piazza The Curve ni sangat la menarik. Dari jauh aku dah nampak warna kegemaran aku, Pink dan Purple. Semuanya disusun cantik.
Macam biasa la, bila sampai je kena daftar dulu kat kaunter pendaftaran. Selesai tu, baru la kita bergambar.
Sementara menunggu Majlis mula, ada banyak kuiz dan games yang disediakan oleh pihak penganjur.Hadiahnya tentu la Tudung Aidijuma. Aku nak join tapi malu. Hihihi.
Selain itu, Aidijuma telah bermurah hati memberi 500 helai tudung secara percuma kepada pengunjung. Best tau.
Pihak Aidijuma juga mengumumkan yang pada hari tu diaorang jual semua tudung Aidijuma ( kecuali plain & white label) pada harga cuma RM10. Wow. Macam x percaya. Murah sangat sangat. Tapi tawaran ni cuma sehari je. Pada hari event tu. Aku dengan membe2 blogger lain pun x lepaskan peluang memborong tudung murah dari Aidijuma ni.
Rupa-rupanya ada surprise uolls. Tetamu jemputan adalah Dato siti Nurhaliza. Bestnya. Cantik dan manis muka Dato CT.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari Pengasas Aidijuma iaitu Datin Norjuma. Ya Allah, first time aku jumpa datin depan2. Sangat cantik. Kecik molek je orangnya.
Di Majlis Pelancaran ni jugak, Datin Norjuma telah mengumumkan sebanyak 25 agen reseller Aidijuma yang telah mencapai target dan diaorang memenangi Percutian ke Paris uolls.. Wah.. jeles i.. Dalam ramai2 tu, terselit jugak membe sama2 jual Seqy Beauty ngan aku iaitu Syeka. Wah.. Bangga aku ngan dia.
Bila la aku nak dapat gi Paris ni. Hihihi.
Di Majlis ni jugak, Dato CT nyanyi 2 buah lagu. Bestnya dapat dgr live. Suara maintain.
Selain Dato CT, ada juga #villagepeople iaitu Faizdickie. Dia pun ramai peminat. Tak menang tangan nak layan.
Tudung Aidijuma ni diasaskan oleh Datin Norjuma Habis Mohamed di bawah syarikat Colors Addiction Sdn. Bhd. Ianya bermula pada 16 Disember 2011 dan dikenali dengan nama "BawalScarf by Aidijuma"
Tudung Bawal Aidijuma dijual dengan harga yang murah dan berpatutan setimpal dengan kualiti yang ditawarkan. Ianya diasingkan mengikut label iaitu Blue Label, Black Label, White Label, Red Label dan Green Label.
Mesti korang tertanya-tanya tentang Scarf Machine ni kan? Aku pun macam tu jugak masa mula2 tu. Rupa-rupanya, "Scarf Machine" ni adalah sebuah lori khas seperti kiosk untuk membawa dan menjual tudung2 koleksi Aidijuma dan Blossom Box Store. Destinasi pertama lori ni adalah di Kedah. So, orang2 Kedah jangan lepaskan peluang ni.
Lepas ni dah makin senang kita nak dapatkan tudung2 cantik dr Aidijuma ni.
Aidijuma juga akan membuka cawangan ke 20 di Putrajaya dan di Lot 10 utk cawangan yang ke 21.
Untuk keterangan lanjut bole layari:
FB : Tudung Aidijuma - cetusan idea Datin Norjuma
Youtube : Aidijuma Channel
Instagram : @aidijuma @aidijuma_brunei
#BawalScarf #SehelaiPelbagaiGaya
Customer Service : 0193252111
9.00 pg-6.00 ptg (Monday-Jumaat sahaja)
Banyaknyaaaa tudung AJ akk dapatttt.. perghhh.. Nak satuuu
ReplyDeletehahaha... kalau ikutkan lagi banyak. Rajin tk rajin nak beratur je.
Deletememey kecik comey Juma tu.. cantik =)
ReplyDeleteKan. Bila la boleh dapat badan camtu. hahahah
DeleteThis is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing blog that understand the value of providing a quality resource for free. Full face CPAP mask
ReplyDelete